Pages

Tuesday, March 29, 2011

Kena pergi tengok Never Say Never


Sabtu ni 2hb April kena pergi pulak tengok movie Justin Bieber, Never Say Never kat GSC Pavillion. Company tempat aku kerja, Tune Talk jadi sponsor utama untuk movie ni, so kenalah pergi untuk tunjuk support. Dapat dua pass free & dua kupon popcorn combo free, kenalah pergi kan? Kalaulah aku boleh bagi passes ni kepada orang lain. Siapa yang nak tikets ni rasanya?

Mesti nanti concert Justin Bieber kat Stadium Merdeka 21hb April nanti ni pun kena pergi juga. Mesti kena pergi untuk tunjuk support sebab nanti dapat tiket free...hmmm...

Monday, March 28, 2011

Vettel captures first GP of the 2011 Formula One Season

Sebastian Vettel delighted with Melbourne win

The reigning Formula One champion, Sebastian Vettel drove his RB7 from pole to race win in a very forgettable Australian Grand Prix. He finished of  McLaren's, Lewis Hamilton & Lotus Renault's suprise, Vitaly Petrov.

Vitaly Petrov brings Lotus Renault first podium finish since the 80's

The race saw the introduction of the movable rear wings and the return of the KERS system but other than that it was a dour race. Jenson Button was nursing a wounded McLaren, both Ferrari's of Massa and Alonso just couldn't find their pace and also the durability of the Pirelli tyres were in question as they cut up easily.

The Formula One circus will make their next stop at the Petronas Malaysian Grand Prix in Sepang from  8th - 10th April 2011.

Kita kerja kerana...........?


"Kerja itu ibadah selagi kerja itu halal. Oleh itu, kerja lah sebaik yang mungkin"

Aku berpegang kepada kata-kata di atas. Tetapi selain tu, kita kerja sebab apa? Memang kita di bayar dengan wang ringgit tapi mesti ada sebab lain kita terus melakukan kerja itu.

Ada yang tidak kisah di bayar tidak setimpal dengan usaha sebab memang suka dengan kerja tu atau keadaan sekeliling kerja tu. Boleh keluar settlekan hal peribadi semasa kerja, keluar hisap rokok bila hendak atau sebab bos relax & dah kamcing.

Ramai saje dari kita yang kerja sebab memang untuk mencari rezeki semata-mata. Selalu melompat-lompat dari satu kerja ke satu kerja sebab memerlukan duit yang lebih dari pekerjaan sebelumnya. Tak suka dengan kerja tu, tapi sebab bayar tinggi, sapu sajelah.

Ada yang bernasib baik. Mereka ini memang melakukan kerja yang memang mereka hendak sangat dari dulu. Masa time sekolah rendah, cikgu tanya "Besar nanti nak kerja apa?" Jawabnya "Bomba". Tup tup, besar join pasukan Bomba.

Ada yang lagi bernasib baik. Di bayar untuk main-main. Contohnya pemain bola. Kalau yang bertaraf Premier League, La Liga atau Serie A, diorang boleh di bayar hingga beratus ribu seminggu. Bayangkan kalau setahun berapa dah gaji diorang.Fuhh...

Sebab apa awak kerja? Nak tahu...

Saturday, March 26, 2011

Santai ala-ala majalah Mangga di hujung minggu

Time hujung minggu memang di tunggu-tunggu. Dapat siapkan kerja-kerja di rumah, bayar apa yang patut, exercise sikit dan yang paling penting dapat spend time dengan family terutama sekali Kaisan.

Semalam, cukup dah dia 11 bulan. Cepat betul masa berlalu. Bulan depan dah cukup setahun. Time-time macam ni memang kena cherish betul-betul sebab nanti bila dia dah besar sikit mesti dia tak nak dah bermanja-manja dengan parents dia.

Akhirnya, hari ni aku dapat bawak dia swimming kat pool kat rumah kami. Swimming pool depan rumah aje, tapi tak pernah pun jejak. Hari ini kena jugak terjun. Bawa sekali Kaisan. Kena ajar dia dari kecil untuk tak takutkan air. 

Mama Kaisan tak mandi. Segan katanya. Bagus jugaklah, nanti siapa yang nak amik gambar kenang-kenangan kan?

 
 
 
 
 

Earth Hour: Apa nak buat masa 1 jam tanpa elektrik?

Sekejap lagi akan bermulalah Earth Hour iaitu dari 8.30 malam hingga 9.30 malam. Rakyat dunia di galakkan menutup segala peralatan yang menggunakan eletrik. Nak guna internet, modem dah pasti kena tutup. WIFI McD pun mesti tutup sebab McD pun buat Earth Hour ni.

So, apakah aktiviti anda semasa Earth Hour?

P/S: Lepak dengan wife dan anak jalan keliling area rumah.

Wednesday, March 23, 2011

U Mobile Offering Buy 1 Get 1 Phone Free

U MOBILE’S “1+1 JUST FOR U” PROMO

~In celebration of the launch of U Mobile Flagship Store~

Kuala Lumpur, 10 March 2011 – Celebrate good times, come on! U Mobile will be hosting one of the most anticipated launches of the month as they reveal their latest, refreshed U Mobile Flagship Store on 23rd March 2011 at Ground Floor of Berjaya Times Square.

In celebration of the flagship launch, U Mobile will reward its loyal customers with a One-Day-Only Grand Sales, coined as the “1+1 Just For U” promotion. After successfully simplifying their BlackBerry Data Plan recently, U Mobile will once again offer its customers the opportunity to stay connected in style with their best friend or loved ones by offering a chance to purchase the phone and get the second phone for “FREE”.

The selected phones available for this promo will be Nokia E5, HTC Wildfire, BlackBerry® CurveTM 9300 and Nokia 7230. This promo will be offered on an hourly basis from 1pm to 7 pm – an offer definitely worth to wait!

In conjunction of the new flagship launch, U Mobile will also unveil its freshly packaged Voice + Data Plan specially catering for intensive data users. U Mobile continuously stay true to being simply different, flexible and affordable by offering 4 tiers of plans including U Lite, U Value, U Plus and U Premium designed for different users and catering for different needs – it is that easy!

So clear your calendars now and take time off your daily schedules. Head on to Berjaya Times Square on the 23rd to be part of the greatest one day only sale from U Mobile!
This is one celebration you wouldn’t want to miss!

* Terms and conditions apply*
For more information on U Mobile, please visit u.com.my or call customer service at +6018 388 1318.

P/S: A very tempting promotion, if I only have the cash to go and buy. Anyone care me a buck or two??

Saturday, March 19, 2011

Rebecca Black, sensasi internet terbaru atau hanya satu lawak?

Muncul satu sensasi internet baru, Rebecca Black. Artis dari California ini mendapat 16 juta hits di YouTube. Lagu terbarunya "Friday" menjadi pencarian tertinggi di Twitter mengalahkan bencana gempa bumi & tsunami di Jepun.

Lagu "Friday" yang mempunyai lirik terlalu simple dan boleh di katakan bodoh telah menjadikan penyanyi ini bahan lawak dalam industri muzik dan mendapat kutukan dari banyak pihak. Mungkin publisiti murahan ataupun memang lagu yang teruk, tapi Rebecca Black mendapat perhatian.

Tengoklah video muzik dia dan apa komen korang..

Sunday, March 13, 2011

Berjumpa Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat


Yup. Aku dapat bergambar dengan salah satu hero negara yang menjulang Piala AFF Suzuki tempoh hari. Tak lain dan tak bukan, penjaga gol utama negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih senang di panggil Apekx.

Pada mulanya aku takdelah nak mengambil bahagian dalam photo shoot ni, tapi sebab kawan aku si Ahmad Nasron minta tolong aku jadi drebar Apekx, so aku pun tolonglah jadi drebar. Timing photoshoot ni lebih kurang masa perlawanan pra-Olimpik antara pasukan Olimpik Malaysia dengan Olimpik Pakistan.

Apekx ni memang santai orangnya. Peramah, senang di dekati tapi serious juga bila cerita tentang keadaan bolasepak Malaysia. Pengalaman yang agak menarik & berbangga dapat berjumpa dengan salah satu Harimau Malaya.

Sunday, March 6, 2011

Khutbah Jumaat yang macam tahu-tahu saja..

Mungkin entry ini lambat tapi aku ingin berkongsi sikit tentang khutbah solat jumaat semasa aku solat di Masjid UIA di Petaling Jaya.

Khutbah jumaat lepas bertajuk "Tekanan Dalam Kehidupan dan Bagaimana Untuk Menghadapinya". Lately, aku agak sedikit tertekan dengan keadaan di tempat kerja. Sehinggakan aku nak berhenti cari kerja lain. Apabila khatib memulakan khutbah dengan "kehidupan yang tiada tekanan, bukan kehidupan namanya". Memang betul kenyataan ni. Tapi dalam khutbah yang sama, khatib tu juga menyatakan jika kita boleh mengeluarkan diri dari keadaan stress itu tanpak memberi impak negatif pada oranglain, agama serta keadaan sekeliling, boleh lah kita usaha untuk keluarkan diri dari keadaan itu.

Allah itu Maha Kaya & Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang di hadapi oleh hamba-Nya. Pada aku, khutbah itu menjadi petunjuk pada diri untuk berusaha manage stress yang aku hadapi ini dengan lebih baik dan buangkan stress itu jika perlu.
P/s: Aku yang sedang mencari kerja baru.

Saturday, March 5, 2011

Akhirnya selesai audit.....


Akhirnya penyebab aku tak dapat update blog dengan kekerapan dahulu sudah selesai. Payah betul bila kita kerja finance nih sebab ada "cikgu" , si auditor pulak datang setahun sekali datang check kerja kita. Takpelah, audit pun dah selesai, let's blog!

P/s: Nak cari kerja lain yang bukan kerja finance.

Ads by Nuffnang