Pages

Sunday, October 30, 2011

Babysitter untuk Kaisan

Lunch @ La Manila Cafe Midvalley Megamall


Sejak saya beli tablet Asus Eee Pad Transformer bulan lepas, memang banyak kegunaanya. Tapi function yang paling penting dan saya rasa paling berguna ialah jadi "babysitter" untuk Kaisan bila kami keluar makan.

Dulu kena bergilir-gilir untuk makan sebab sorang kena jaga Kaisan, while sorang lagi makan. Kekadang tu hilang mood nak makan sebab kena makan cepat-cepat. Sekarang dah tak ada masalah ini. Saya dah download favourite Kaisan iaitu Upin & Ipin dan juga apps education lain macam kenal huruf, kenal nombor dan warna. Apps lain macam Angry Bird tu dah macam wajib aje ada.

Kaisan @ Tea Pot Cafe SACC Mall Shah Alam

Bila kami keluar makan pun, memang boleh nampak parents lain pun buat "taktik" yang sama. Memang berguna betul ada tablet pc ni dan saya pun recommend parents lain beli kalau mampu untuk memudahkan tugas menjaga anak.

Wednesday, October 26, 2011

Review semula harga tiket Final Piala Malaysia 2011?


Mungkin ada harapan harga tiket kena review semula oleh FAM selepas arahan dari Kementerian Belia dan Sukan? 


Korang rasa harga akan turun tak? Dan berapa harga tiket yang sesuai?

Boikot Final Piala Malaysia semakin panas

Banner bantahan di naikkan di STAR Paroi
Nampaknya bantahan terhadap kenaikan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia pada 29hb Oktober di Stadium Shah Alam di antara Negeri Sembilan dan Terengganu sudah makin memuncak. Banner di atas tu di naikkan oleh penyokong pasukan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Di Terengganu pula, satu lagi banner yang juga menyatakan ketidakpuashatian penyokong pasukan Terengganu di bentangkan. Nampaknya penyokong kedua-dua pasukan bersepakat untuk membantah kenaikan harga tiket oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dari RM 30 untuk perlawanan akhir pada tahun lepas kepada RM 50 pada tahun ini.

Banner bantahan oleh penyokong Terengganu
Kenaikan yang amat drastik ini tidak patut di lakukan oleh FAM dan akan hanya menyebabkan penyokong bolasepak tempatan terus menjauhkan diri dari stadium-stadium. 

Mungkin dahulu duit tajaan dari syarikat rokok menjadikan FAM antara persatuan yang terkaya di Malaysia tetapi ini bukan langkah yang adil dengan menghukum penyokong tempatan senata-semata ingin menambahkan tabungan FAM.

Saya di sini menyokong bantahan kenaikan harga tiket untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2011. Kepada yang ingin menambahkan sokongan pada boikot ini boleh meletakkan sokong pada :-


Petisyen Kami Boikot Perlawanan Akhir Piala Malaysia Kerana Kegagalan FAM Menguruskan Bolasepak Malaysia!!!


P/s: Tahun 2012 akan menjadi tahun pasukan Perak. Kejor yop kejor!

Tuesday, October 25, 2011

Pendapat saya tentang Masterchef Malaysia


Sejak MasterChef Malaysia muncul di Astro @ Ria sabtu lepas (di tayangan dari hari Sabtu hingga Rabu setiap minggu), saya tak rasa MasterChef Malaysia ini dapat kekalkan minat penonton especially penonton yang sudah biasa dengan versi MasterChef Australia, MasterChef US dan Juniour MasterChef Australia.

Tak perlulah kita tiru version yang lain itu tapi Astro perlulah cuba buatkan show lebih relax dan menyeronokkan. Komen-komen yang di beri rasa seperti macam ada dalam kelas bahasa atau lecture room di kolej. Cuba jadikan version MasterChef lain tu sebagai reference point. Peserta mereka lebih relax dan makin lama makin bagus. Saya especially suka Junior MasterChef Australia. Bayangkan budak-budak berumur 8-13 tahun boleh memasak makanan seperti di hotel 5 bintang. Terpegun.

Saya ada beberapa cadangan. Suasana yang relax dan kreatif mungkin dapat mengurangkan tekanan pada peserta yang memang nampak sangat-sangat kaku. Ada yang berdiri dalam keadaan senang sedia ala-ala tentera apabila menunggu keputusan judges. Di sinilah peranan judges penting. Apabila kurang tekanan, kreativiti dan kebolehan peserta akan muncul dengan sendirinya. Penonton pun akan lebih nak tahu apa yang setiap peserta akan sediakan dan pasti ada yang menjadi favourite penonton. Chef Wan pun ada komen tentang perkara ini melalu Facebook.

Peranan judges sangatlah penting menjadikan MasterChef Malaysia interesting
Komen dari judges pun adakalanya sampai tahap kelakar pun ada. Kekadang tu saya sendiri tukar channel sekejap bila rasa komen tu terlalu kelakar dan "entah apa-apa" punya komen. Peserta bergantung kepada komen-komen dari judges yang berpengalaman untuk menjadi lebih skilful dan cekap.

Para peserta harus di galakkan oleh judges dan Astro untuk lebih relax dan kreatif. Kesian juga tengok peserta-peserta tu sebab terlalu tertekan untuk impress judges. When you relax, more positive stuff will come out of it.

Apa pendapat korang tentang MasterChef Malaysia ini?

Monday, October 24, 2011

Cepat betul Wikipedia update.


Cepat betul Wikipedia update apa-apa information. Cuba korang try search tentang "Marco Simoncelli" dan pasti Wikipedia akan muncul juga dalam search results list korang.

Kalau di perhatikan pada perenggan terakhir tentang pelumba Itali yang mati tadi semasa Moto GP Malaysia 2011 tadi, ada di terangkan tentang kematian pelumba ini dari bagaimana tragedi tu berlaku dan apa kecederaan yang Simoncelli alami.

Marco Simoncelli, 24 tahun

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sesuatu kepada keluarga, kawan-kawan dan peminat Simoncelli. 


I would like to express my condolences to the Simoncelli family, the Honda team and all of his fans. Hope you guys will be strong and accept it as fate.

P/s: Kemalangan tidak boleh di duga bila boleh berlaku. Kita hanya boleh berhati-hati.

Sunday, October 23, 2011

Hello....Fiona ada?

Assalamuaalaikum, boleh Kaisan bercakap dengan Fiona?
Apa makcik? Fiona dah keluar? Keluar dengan Azroy?
Iye ke makcik? Kaisan sedih. Lisa ada tak?
Tak dapat Fiona, terus target Lisa ye Kaisan? That's my boy!

Muda sangat ke untuk Kaisan main-main cinta? Muka jambu macam ni mesti ramai yang suka.

Penyu jumpa Jang di Final Piala Malaysia 2011

Buat pertama kalinya, Terengganu akan bertemu Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 selepas kedua-dua pasukan berjaya mengalahkan pasukan lawan masing-masing di separuh akhir di gelanggang sendiri semalam.

Pemain-pemain Terengganu meraikan kejayaan mengalahkan Selangor
Terengganu 2 Selangor 1 (Terengganu layak secara agregat 4-1)

Terengganu layak ke final selepas mengalahkan Selangor 2-1 di Stadium Ismail Nasirudin Shah semalam dan agregat 4-1 di hadapan penyokong-penyokong sendiri semalam. Sokongan padu dari penyokong-penyokong pantai timur ini membantu Penyu meranapkan misi 33 pasukan Red Giants Selangor pada kali ini.

Jaringan dari Abdul Manaf Mamat dan pemain negara, Ashaari Shamsudin membolehkan Terengganu melebarkan agregat sebelum kapten pasukan kebangsaan, Safiq Rahim menanduk masuk gol saguhati pasukan dari Lembah Klang. Cubaan jurulatih Selangor dengan memasukkan Amri Yahyah pada perlawanan kali ini walaupun mengalami kecederaan nampaknya tidak menjadi.


Pemain-pemain N9 meraikan kejayaan melangkah ke final Piala Malaysia

N9 2 - T-Team 1 (N9 layak secara agregat 6-3)

Negeri Sembilan kembali ke perlawanan akhir Piala Malaysia untuk kali ke-2 dalam masa 3 tahun selepas mengalahkan T-Team di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam. Jaringan dari Shahurain Abu Samah dan Shukor Adan memberikan kemenangan kepada pasukan Hoben Jang Hoben. T-Team membalas dengan satu jaringan dari Fitri Omar.

Sokongan padu dan jitu dari penyokong Negeri Sembilan menjadikan suasana seperti final Piala Malaysia sedang berlangsung. Perlawanan akhir di Stadium Shah Alam pada 29hb Oktober ini pasti akan menyaksikan satu perlawanan yang hebat dan menjadi bukti bahawa arena bola sepak Malaysia hidup dan kuat.


Saturday, October 22, 2011

Kejadian di KTM Komuter yang agak pelik.



Hari tu saya pergi KL naik KTM komuter. Selalunya kalau di beri pilihan, memang lebih suka pilih naik LRT kalau dekat-dekat dengan stesen LRT. Tapi sebab stesen komuter aje yang dekat, terpaksalah guna komuter. Sebab tak suka naik komuter sebab lambat, panas dan terlalu sesak. Jangan lupa waktu menunggu yang memang lama dan tak ikut jadual. 

Hari tu masa tengah menunggu nak naik, perasan jugalah masa berjalan kat platform ada tulis tempat menunggu khas untuk koc wanita. Tengok ada beberapa orang aje yang menunggu situ. Saya pun menunggulah kat koc biasa.  

Tapi hari tu ada pula benda pelik yang aku perasan. Ada juga wanita yang menunggu naik koc biasa. So, saya pun tanyalah pada wanita yang menunggu dengan saya tu.

*Dialog yang lebih kurang terjadi*


Bo: Cik, dekat situ tempat menunggu untuk koc wanita. Kenapa tak tunggu sana aje?

Wanita: Ini choice saya. Kenapa pula saya kena tunggu kat sana kalau saya dah tunggu sini. Free country kan? (Nada cam sikit terganggu dengan soalan saya)

Bo: Ok. Tapi koc wanita tu macam tak ramai and yang koc biasa ni sesak sikit. Selesa sikit kot kalau naik koc sana.

Wanita: (Senyap & tak pandang pun saya.)


Lepas tu, terus saya berjalan ke tempat menunggu yang ke depan sikit. Nanti awkward pulak kalau tunggu situ. Malas nak memanjangkan isu.

Tapi benda macam ni buat aku fikir, buang masa ajelah kerajaan sibuk buat benda-benda khas untuk kaum wanita ini.

Apa pendapat korang tentang koc pink wanita KTM komuter ini? Bagus ke? Ataupun hanya membazir saja untuk "memanjakan" sangat kaum wanita dengan kemudahan-kemudahan yang tak di gunakan sepenuhnya.

Lunch di La Manila Cafe @ Midvalley Mega Mall



Singgah lunch di La Manila Cafe bersama family. First time dining kat sini and since wife selalu cerita di lunch kat sini (sebab dia kerja kat Gardens) kami pun pergi cuba. Location cafe ini di tingkat atas sekali sama level dengan GSC cinema dan berhadapan dengan Maxis Centre.

First impression, simple decor, lapang dan cerah. Masa kami sampai masih lagi tak ramai orang mungkin sebab baru aje masuk lunch hour.


Siling yang tinggi dan kipas membuatkan cafe ini rasa luas dan lapang
Beraneka kek dan pastry dalam display case. Nampak sangat sedap.
Kaisan melayan Upin & Ipin sambil menunggu makanan
Wife order Nasi ayam dengan ayam roasted
Ayamnya portion besar dan rasa sedap
Saya order ....Nasi Goreng Pattaya Special..oklah.
Lunch set datang dengan pilihan ice lemon tea atau cincau
Selera sungguh Kaisan makan cebisan-cebisan ayam
Mama tolong suap Kaisan bagi kenyang
Overall, lunch set di La Manila value for money dan memang sesuai kalau sekadar untuk hilangkan rasa lapar. Mungkin di sebabkan cafe ini dah lama bertapak di Midvalley, servisnya agak mengecewakan kerana pekerjanya sekadar cukup mengambil dan menghantar order. Tiada senyuman atau interaksi dengan pelanggan. Sehinggakan kami terpaksa meminta berulang kali untuk high chair untuk Kaisan.


Ps: Lain kali nak datang semula sebab nak cuba kek dan pastry di situ sebab tak sempat nak order masa tu. 


La Manila Cafe @ Midvalley Megamall
Lot T-026, 3rd Floor,
Midvalley Megamall,
59200 Kuala Lumpur,
Kuala Lumpur.



Thursday, October 13, 2011

That black stuff....an addiction.

McDonald's Premium Roast Coffee

Lately, I have been addicted to McDonald's Premium Roast Coffee. It comes to a point where I crave for it during those difficult nights. The thing that makes it more addictive is that you get free refills as the same as the soft drinks. The difference between these two is that you can control the sugar level in the coffee. Just don't go overboard with the sugar. Take home the rest if you think you took too much "accidentally".

Do you guy's know where to get the coffee that makes this brew? Please let me know.

Tuesday, October 11, 2011

Jangan terjun!!!


Korang ingat Kaisan ni terjun ke tak?

Pizza Hut Chunky Loaded mengecewakan


Sudah lama isteri & saya nak cuba Pizza Hut Chunky Loaded. Lagi-lagi si isteri yang memang suka pizza. Nampak dari gambar promo Pizza Hut atas tu macam memang yummylicious.

Kami pun cubalah Chunky Loaded ni di Pizza Hut Midvalley masa lunch time minggu lepas. Plan nak order a la carte tapi bila di congak-congak semula, baik go for the Chunky Loaded Meal Set. Chunky Loaded set ada regular Chunky Loaded pizza, dua mangkuk soup, satu pinggan bread dan dua cawan pepsi. Semua sekali RM 35 (tambah tolak).

Kami di suruh tunggu 15 minit dan sambil tu boleh layan soup and bread yang ada. Jeng, jeng, jeng...datang lah pizza Chunky Loaded yang di tunggu....

Pizza Hut Chunky Loaded
Alahai, thin crust rupanya. Aku memang lebih suka thick crust sebab rasa lebih puas. Tapi isteri pula lebih suka thin crust sebab senang nak makan katanya. First impression, looks apettizing, interesting and pretty. But, its thin crust! Why??!! Ingatkan 10 layers tu macam Big Mac tebalnya. Kecewa.

kecewa kecewa pun habis juga..hehehe..

Punca air cond Myvi ku tak sejuk akhirnya terjawab

Gambar selepas air cond kena repair.
Sudah dekat 3 bulan air cond Myvi tak sejuk. Mula-mula kena tukar condensor and compressor sebab dah memang rosak. Walaupun banyak belanja untuk repair, kenalah bayar. Takkan nak beli kereta baru pulak kan? Lagi mahal option tu.

Ingatkan selesai sudah masalah air cond ni, rupanya tidak. Angin ada, sejuk ada juga rasa tapi tidaklah sejuk macam biasa. Bila drive boleh terasa pening kepala sebab tak berapa sejuk. Mula sumpah seranah dalam senyap-senyap ingatkan kena tipu dengan bengkel air cond tu. Ambil keputusan pergi balik workshop tu.

Repairmen pelik sebab dua-dua part tu baru, original parts lagi. Aku siap tengok lagi certificate kata original part. Last-last ambil keputusan letih "ubat hijau" plus top up balik gas and minyak untuk air cond untuk determine kalau ada leakage kat mana-mana. Maybe condensor bocor, mungkin cooling coil bocor atau ada leak lain.

Lepas satu minggu, check balik kat workshop tu, rupanya memang ada leak. Ada batu kecik sudah kasi lubang pada kondensor. Repairmen tu pun tak pernah tengok benda macam ini terjadi. Dia kata memang nasib aku tak baik sebab memang jarang benda ni terjadi.

Total damage air cond repair dekat seribu ringgit lebih. Nak buat macam mana kan? Kenalah repair kalau nak selesa dalam cuaca panas kat Malaysia ni.
Lepas letak

Monday, October 3, 2011

Cheque Nuffnang ke 15 kunjung tiba


Alhamdulillah. Cheque ke 15 dari Nuffnang telah di terima. Walaupun sikit tapi cukuplah untuk bayar apa-apa yang patut. 


Siapa yang nak bagi rezeki begini kan? Berblogging ini seronok kalau niatnya betul dan rezeki macam ini bonus pada minat.

Terima kasih Nuffnang!

Ads by Nuffnang