Pages

Tuesday, February 28, 2012

Konsert Erykah Badu di batalkan kerana tatu kalimah Allah

Saya tak mahu meletakkan gambar tatu kalimah Allah yang berada di badan Erykah Badu kerana ia adalah aurat seorang wanita dan saya tidak mahu menambahkan dosa kerana menyebarkannnya. 

Baru tadi mendapat tahu konsert artis Erykah Badu yang sepatutnya di adakan di Kuala Lumpur malam esok di batalkan kerana tatu kalimah Allah di badannya. Tatu yang terletak berhampiran kawasan bahu dan ketiak di kedua-dua belah badan, telah di siarkan gambarnya di surat khabar The Star.


Islam melarang umatnya meletakkan tatu di badan apatah lagi jika meletakkan kalimah Allah. Memang dia bukan orang Islam, tetapi tatu itu sudah di anggap satu penghinaan pada Islam.

Saya memang menyokong konsert ini di batalkan kerana sebab di berikan oleh kerajaan Malaysia iaitu menyalahi undang-undang yang menyentuh sensitiviti agama di Malaysia. 


Bagus juga Editor suratkhabar The Star di panggil untuk memberi penjelasan mengenai penyebaran gambar tatu Erykah Badu ini, kerana ini bukan kali pertama suratkhabar ini menyiarkan perkara-perkara yang menghina umat Islam dan agama Islam.

Lebih lanjut, sila baca sini. Konsert Erykah Badu di batalkan

P/s: Orang Islam yang tidak setuju dengan konsert ini di batalkan, sila cerminkan diri dan ingat akan agamamu.

Kaisan dah mula kenal alphabets

Anak-anak kecil ni macam span. Semua benda yang di lihat, dengar atau sentuh sentiasa dia ingat atau di belajar. 


Sekarang Kaisan pun dah kenal hampir semua huruf-huruf dalam alphabets. Walaupun dia belum lagi berumur 2 tahun, rasanya patut juga mula didik dia dari awal.

Ini 3 cara kami mengajar Kaisan:

Gunakan youtube dan cari ABC Songs atau video berkaitan ABC
Gunakan permainan seperti fridge magnet ABC. Add fun to learning process
Guna magnetic board untuk uji kefahaman Kaisan untuk kenal huruf. W huruf favourite Kaisan.


Setakat ini, Kaisan cepat menangkap huruf-huruf dan selepas ini nak kenalkan pada nombor-nombor dan juga huruf-huruf alif ba ta (muqaddam). Biar Kaisan cukup ilmu dunia dan akhirat.

Apa lagi ye cara untuk educate anak-anak?

Monday, February 27, 2012

Wanita dan tudung

Apa yang ramai-ramai ini?
Ohh...tudung bawal rupanya. Macam-macam warna ada
Isteri mula membelek-belek pilihan hati
"Cantik tak sayang?". "Cantik sangat" jawab saya
Tudung bawal Aidijuma menjadi pilihan isteri 

Tudung Aidijuma (www.aidijuma.com)

Lot PC 29, Ground Floor (berhadapan Padini Store)

The Curve, Mutiara Damansara,

Petaling Jaya, Selangor

FB: Tudung Aidijuma

* Lokasi-lokasi lain kedai atau store Tudung Aidijuma boleh di jumpai di website Tudung Aidijuma *

Friday, February 24, 2012

11 April Hari Pelepasan Am


Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan mengumumkan 11 April nanti adalah hari pelepasan am bagi seluruh negara sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah.

Tuanku Abdul Halim yang di lantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke 14 pada 13hb Disember 2011 bakal menjadi pemerintah negeri pertama di tabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong untuk kali kedua kerana pernah di lantik Yang di-Pertuan Agong ke-5.

Berita penuh sila klik sini.

Ada apa dengan Canon G12?


Mungkin kena cari camera yang lebih bagus untuk menangkap kenangan bersama keluarga terutama anak-anak. Canon G12 mungkin menjadi pilihan sebab ada function DSLR tetapi lebih kepada point and shoot features macam compact camera. 

Siapa yang ada pandangan tentang Canon G12? Ada alternatif lain?

Thursday, February 23, 2012

Takziah buat keluarga arwah adik Faris Nur Daniel

Arwah Faris Nur Daniel semasa sihat (ehsan: www.mazidulakmal.com)


Pagi tadi, adik Faris Nur Daniel berusia 6 tahun, telah pergi selama-lamanya. Allah lebih menyanyangi arwah dan insya'Allah tempatnya di syurga. Arwah Faris di masukkan ke Sime Darby Medical Centre Subang Jaya pada awal bulan ini kerana barah darah dan tgelah menjalani kimoterapi sebanyak 4 kali.

Kepada yang ingin memberi sumbangan kepada keluarga arwah adik Faris boleh menyumbangkan kepada akaun Maybank ayahnya En. Shamrulismawi Ismail 114011152218. Semoga sumbangan kita dapat membantu keluarga arwah dari segi bil perubatan serta menguruskan jenazah mahupun untuk bersedekah.

Sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah serta doa-doa buat arwah serta keluarga arwah. Al - Fatihah.


Boleh juga baca => http://www.mazidulakmal.com/2012/02/faris-telah-pergi-buat-selamanya-al.html

Sunday, February 19, 2012

Siapa pernah pergi makan di Gulam Mee Kota Damansara?


Sudah 2 tahun duduk di Kota Damansara tapi tak pernah sampai kat Gulam Mee ni. Selalu juga dengar reputasi mee goreng mamak dan nasi lemak bakul yang sedap. Plan nak bawa family pergi dinner malam ini kat situ.

Yang sudah pernah pergi tu, apa yang sedap kat Gulam Mee ni? Tolonglah rekomen, nanti boleh cuba.

Tuesday, February 14, 2012

Mana arah tuju? Mana jalan keluar?


Banyak pulak benda-benda yang buat kepala ini serabut.

Kerja, duit, studies, kesihatan. Semua benda ini sebenarnya boleh handle tapi lately isu-isu ini makin menonjol pulak. Menjadi isu yang susah nak handle orang lain mula express risau.

Rasa macam duduk dalam "Maze". Ada banyak jalan tapi hanya ada satu saja jalan untuk keluar.


P/s: Aku hanya mampu beristighfar bila akal mula berserabut dan perkara-perkara keji muncul. Syaitan mula melakukan kerja.

Peringatan kepada saudara - saudara Islamku

Monday, February 13, 2012

Kaisan @ Mia's 2nd Birthday Party

A very close friend's daughter birthday party. Tiap-tiap tahun mesti fun and happy. Tahun ini tema party memang favourite Kaisan, Upin & Ipin! Memanglah Kaisan suka sangat especially bila ada kiddie pool. 

Thanks Mazlan & Deanna for inviting us to share the day with you guys and your beautiful family.










Sunday, February 12, 2012

Whitney Houston dead at 48

I'm not really a fan of hers but was somehow quite surprised, well not really surprise of her passing at only 48 years old (click here for full story) She used to be one of music's top entertainers but had let drug abuse ravaged her life and career. Her hit songs were I Will Always Love You, I Wanna Dance with Somebody, I'm Every Woman and When You Believe with Mariah Carey.

This just proves that abusing drugs and not taking care of yourself will lead to a broken paths and can kill you. Cause and location of the singer's death is still to be determined.


P/s: Elakkan wish RIP utk bukan saudara seagama kita ye. Haram hukumnya.

Keputusan & kedudukan Liga Super Malaysia 2012 Selepas Minggu Ke-7

Friday, February 10, 2012

Isu ayam pun boleh bertumbuk...


Sejak video "Pekerja KFC yang kurang ajar" (klik link) menjadi viral, makin menjadi perbualan orang ramai pula tentang isu ini. Ada yang cuba buat kelakar dan anggap perkara ini remeh tapi ada juga yang cuba menjadikan ia isu perkauman. Kenapa nak sangat tengok huru hara? Dah bosan ke hidup aman damai?

Ada beberapa benda yang buat aku tertanya-tanya:

  1. Tiada provokasi dari pihak pelanggan? Betul ke ni?
  2. Pelanggan kata beli voucher online. Voucher tu tak boleh guna di KFC lain ke?
  3. Tahap kesabaran menunggu beratur sampai 45 minit? Hebat!
  4. Siapa yang membela nasib staf KFC pula?
  5. Kenapa pelanggan buat press conference bersama wakil parti politik? Motif?
Itulah antara persoalan yang aku ada. Tapi hari ini ada pulak terbaca komen-komen dan status-status kat FB yang macam tak sensitif dengan isu KFC ini. Antaranya "Rasa nak makan KFC lunch nanti. Boleh makan sambil tengok fight" atau "Nak order Snack plate kungfu lah nanti". Perlu ke letak status macam ini?

P/s: Masing-masing punya hal lah kan bila letak status FB tapi berhati-hati. Jangan tertangkap macam student USM hari tu.

Zaman kanak-kanak ..tiada kerisauan..tiada beban...




Seronok (jeles pun ada) tengok telatah Kaisan bermain-main tanpa beban hidup dewasa. Teringat zaman kanak-kanak masa tinggal di kampung.

Perlu ke hantar anak-anak pergi pra-tadika?

Saturday, February 4, 2012

Bonus dividend 6 % bagi tahun 2011 untuk penyimpan akaun Tabung Haji



Alhamdulillah. Tabung Haji mengumumkan pemberian dividend bonus sebanyak 6 % bagi tahun 2011 buat pendeposit akaun Tabung Haji.

Ini adalah kenaikan sebanyak 0.5% dari tahun sebelumnya dan pemegang-pemegang buku akaun Tabung Haji akan dapat melihat jumlah bonus dividend mulai 3 Februari 2012.

Boleh baca lebih lanjut di artikel Berita Harian.

Ads by Nuffnang