Pages

Saturday, March 31, 2012

Jom try Triple Chicken Sensation Pizza!!


Nampak macam sedap Triple Chicken Sensation Pizza dari Pizza Hut ni. Katan ya lagi sedap kalau makan dengan Triple Sensation Platter. Banyak jenis daging ayam dan cheese yang memang sticky and gewy.

Pemegang kad Maybank boleh dapat diskaun 30% apabila membuat pembelian a' la carte. Apa lagi? Jomlah serang Pizza Hut yang terdekat! Jom!

Monday, March 26, 2012

The Perfect Cure to the Monday Blues

A whole range of hot drinks that can be brewed from my office pantry


But this is my favourite
Barista's Blend
Dark and Intense
Which is the way I like my coffee to be

The perfect cure to my Monday Blues

Sunday, March 25, 2012

Buah tangan dari Makkah



Baru-baru ni parents in law baru balik dari umrah. Pergi dan balik semuanya sempurna. Seronok dengar mereka bercerita tentang pengalaman mereka kali kedua atau ke berapa menziarah tanah suci Makkah. Lama juga saya dan isteri duduk mendengar cerita mereka sambil makan kurma dan kismis yang di bawa balik.

Banyak perubahan kata mereka yang sedang berlaku di sekeliling Masjidil Haram. Banyak hotel-hotel baru yang cantik, kurang dah penjual tepi jalan dan banyak bangunan tinggi naik.


Macam-macam jenis coklat arab, kacang dan kismis 


Kemudian pergi melawat Mesir. Kata mereka, kesian keadaan rakyat Mesir sekarang. Semakin miskin rakyat mereka dan tak berapa seronok untuk membeli barang sebab penjual sana terlalu mendesak. Cuaca memang sejuk kat sana.

Macam biasalah mesti ada ole-ole macam kismis, air zam-zam, kurma, cokolat arab, kacang dan jubah-jubah. Dapat pulak sepasang jubah dengan kopiah yang memang lembut. Ada gambar ole-ole yang kami sekeluarga dapat dari mak dan ayah. Tengoklah sendiri ye, saya nak pergi mengunyah pistachio dari Makkah. 

Pistachio memang favourite
Jubah, kopiah, sejadah dan t-shirt Egypt
Yang ini untuk Kaisan, masa kecik-kecik dulu pun ada dapat dari arwah  atok

Thursday, March 22, 2012

Murah rezeki bila rezeki di kongsi


Ramai orang selalu merungut gaji keciklah. makan tak cukuplah, itu mahal, tak mampu hidup selesa dan macam-macam lagi bila sebut tentang rezeki. Walaupun kerja dan berusaha kuat, rezeki masih lagi di takuk lama. Asyik tak cukup aje. Manusia memang sentiasa tak berpuas hati. Tapi itu bukan topic entri kali ini.

Tapi pada saya, kalau ada rezeki tu kenalah bersyukur sebab DIA yang Maha Pemberi. DIA akan memberi kepada hamba-NYA yang tahu bersyukur. Cara bersyukur ada banyak cara. Bukan setakat mengucapkan Alhamdulillah.

Beribadat adalah cara terbaik menunjukkan syukur. Cara lain untuk menunjukkan syukur seperti bersedekah, menjamu kawan-kawan atau keluarga makan atau memberikan sebahagian dari harta yang kita ada orang lain.

Insya'ALLAH, apa yang mungkin kita terima akan berlipat kali ganda dari yang kita beri, janji yang kita beri tadi tu ikhlas.


P/S: Entri ini berdasarkan amalan seorang kawan yang tidak lokek membawa kawan-kawan makan kari kepala ikan kampung attap setiap kali mendapat rezeki lebih. Semoga dia dan keluarga sentiasa terpelihara oleh-NYA.

Wednesday, March 21, 2012

Hump Day Quotes: Humbling



"Always be humble because you will never know when you will some day be humbled"

Everyday you might meet new people, in different sizes, maneurisme and personalities. Don't forget also race, religion and nationalities. You will never know when you will be humbled by them. Be humble.

If you like this reminder, make a contribution here.

Monday, March 19, 2012

Apa dialog favourite dari Pendekar Bujang Lapok?

Ajis, Ramlee dan Sudin sedang berguru dengan Pendekar Mustar

Semalam TV2 sekali lagi tayang movie evergreen "Pendekar Bujang Lapok". Memang gelak sakan bila tengok Pendekar Bujang Lapok ni walaupun dah banyak kali tengok.

Favourite dialog aku:

"Pakcik, diorang lempar batu pakcik"
"Kenapa kau tak elak?"
"Macam mana saya nak elak? Pasal mengelak pakcik belum ajar"

Apa favourite dialog korang dari cerita "Pendekar Bujang Lapok"?  

Forgive, Forget and Learn




"Put aside your egos and petty differences, we don't know how much time we have with each other"


Sunday, March 18, 2012

Tukar pengacara Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) TV 3, membosankan.

Jalan Jalan Cari Makan TV3 dah tak best?

Selalunya kalau ada di rumah, pukul 12 tengah hari Ahad mesti tengok Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) TV3. Nak tengok tempat-tempat yang menarik kalau nak makan. Boleh cuba-cuba atau take note kalau kita kebetulan ada kat kawasan tu.

Tapi sejak 2-3 minggu ni dah skip tengok JJCM. Ada dua sebab saya skip:

Sebab pertama: Konsep JJCM TV3 dah tukar

Sekarang ada tema lah pulak. Minggu ni semua murtabak. Minggu ni pulak semua burger. Minggu ini pulak semua roti canai. Betul-betul bosan kalau macam ni.

Ramai yang tengok JJCM bukan sebab nak tahu jenis makanan tu. Tapi lebih kepada tempat makan itself. Tak payahlah nak buat tema mingguan. Keep it simple sebab selama ni penonton memang follow.

Tema minggu ini: Karipap. Biar betul??!!


Pengacara baru ni dah buat JJCM ni lebih formal dan tak sempoi macam yang lepas-lepas. Qi Razali memang pengacara JJCM yang paling sempoi dan membuatkan penonton nak cari tempat makan yang dia pergi tu. Pengacara yang baru ni macam banyak jaga hensem (pengacara lelaki) dan jaga mekap tak comot (host perempuan tebal betul mekap dia).

Tadi JJCM ada feature Burger Bakar Kaw-Kaw Wangsa Maju. Saya yang pernah pergi makan situ dan tahu betapa nikmatnya Burger Kaw-Kaw tu boleh terus tukar channel bila tengok host berdua ni makan. Rasa tak berselera langsung. Kalau nak makan pun kena berlakon, then you have a problem. Makan je, bukan berlakon drama guys.

Burger Bakar Kaw-Kaw ni sedap, pengacara JJCM TV 3 makan buat nampak tak sedap
So, itulah luahan kecewa sikit pada perubahan rancangan Jalan Jalan Cari Makan TV 3. Rasanya nanti bila rating JJCM dah menurun, baru nak rombak semula kot.

P/s: Siapa lagi rasa JJCM dah tak best?

Friday, March 16, 2012

MATTA Fair datang lagi! Jom pergi bercuti!


MATTA Fair datang lagi. Kalau ada yang tak boleh pergi PWTC dan malas nak bersesak-sesak, boleh tengok-tengok deal dengan menekan link terus ke MATTA FAIR 2012. 



Ingin melawat dan menyaksikan sendiri keindahan Taj Mahal? Klik sini.
Ingin melihat Masjid Biru di Istanbul, Turkey? Klik sini.


Atau boleh klik  JOM MATTA FAIR 2012!!!

Putra World Trade Centre (PWTC)
16 Mac (Jumaat) - 18 Mac 2012 (Ahad)
10 Pagi - 9 Malam

Thursday, March 15, 2012

Penyamun Ashaf Rosli di penjarakan, keadilan untuk Ashraf!

Ashraf Rosli, pelajar Malaysia di samun semasa rusuhan London
Dua lelaki yang menyamun Ashraf Rosli semasa rusuhan London, John Kufunda dan Reese Donovan di jatuhkan hukuman penjara selepas di dapati bersalah semasa perbicaraan semalam.

Kufunda, 22 tahun dan Donovan, 24 tahun
Kufunda di penjara 4 tahun 3 bulan dan Donovan 5 tahun di atas kesalahan menyamun dan kelakuan yang mendatangkan kecederaan.

Rakaman YouTube yang menunjukkan bagaimana Ashraf di samun selepas kononnya di tolong oleh Kufunda dan Donovan membawa banyak kritikan kepada masyarakat London dari masyarakat dunia.

Akhirnya, keadilan untuk Ashraf!

Monday, March 12, 2012

Macam ada yang tak betul aje nih


Haa....bagus bagus. Khusyuk betul Kaisan mengaji. Siap bersongkok lagi tu.


Laaaa.....pakai seluar pendek?? Mengaji cara apa nih?


Takpe-takpe. Janji ada minat nak belajar.

Melentur buluh biar dari rebungnya, betul tak?

Volkswagen Passat 1.8 CKD akan mula di jual Rabu ini

PM Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan VW Passat di Pekan
Volkswagen Passat 1.8 CKD pertama yang di pasang di kilang DRB-Hicom, Pekan, Pahang akan mula di jual di negara mulai rabu ini.



Hanya 70 buah unit Volkswagen Passat akan di jual tetapi harga masih belum di keluarkan kerana masih menunggu kelulusan kerajaan. Pihak DRB-Hicom telah memberi harga cadangan kepada kerajaan dan kerajaan akan memutuskan harganya.

Ini ada model pertama selepas perjanjian memorandum di antara DRB-Hicom dan Volkswagen untuk memasang kereta VW di pusat automotif DRB-Hicom.

Agak-agak korang jauh beza tak dengan harga Volkswagen Passat 1.8 CBU (RM 184,888.00) yang di jual sekarang.


Klik SINI untuk baca berita penuh 


Update terkini:




CKD Volkswagen Passat 1.8 akan di jual di semua Dealership VW  dengan harga RM 170,888.00 mulai Rabu ini. Features tiada perbezaan dengan CBU yang sudah berada di pasaran kerana "we don't compromise on qualit" kata VP Volkswagen AG Senior Manufacturing Overseas.

Datuk Lee Chong Wei tarik diri, tidak berjaya pertahan takhta All England

Chong Wei di periksa oleh doktor kejohanan semasa game kedua
Datuk Lee Chong Wei gagal mengikut jejak langkah lagenda badminton negara Wong Peng Soon dalam memenangi 3 gelaran All England berturut-turut. DLCW terpaksa menarik diri pada game kedua semasa ketinggalan 6-2 kepada Lin Dan kerana kecederaan bahu. Game pertama di menangi Lin Dan 21-19.

Kecederaan DLCQ di ketahui sebelum perlawanan bermula tetapi untuk tidak menghampakan peminat-peminat, dia turun juga untuk mempertahankan kejuaraannya. Namun, dari awal lagi boleh di lihat Chong Wei tidak dapat menahan asakan pemain China itu. Pukulan smash dan hayunan penuh tidak boleh di lakukan dan banyak pukulan banyak sampai mid-court sahaja.

Datuk Lee Chong Wei menerima medical time out sebanyak dua kali dan akhirnya selepas berbincang dengan doktor kejohanan dan jurulatih, beliau menarik diri.

Datuk Lee Chong Wei juga telah menarik diri dari kejohanan Terbuka Switzerland yang akan bermula Rabu ini. Beliau ingin mengelakkan kecederaan ini menjadi semakin teruk sebelum Olimpik di London nanti.

Sunday, March 11, 2012

Jadual Perlawanan Akhir All England 2012



Siaran langsung perlawanan-perlawanan akhir All England 2012 bermula dari 8 malam hingga 12.30 pagi di RTM 1 dan Channel Astro Arena 801. 

Kalau ikut jadual, Datuk Lee Chong Wei mungkin lawan Lin Dan dalam pukul 11.30 malam. Tapi kalau tak nak terlepas, tengok aje dari awal.




Mungkinkah Datuk Lee Chong Wei berjaya menjadi juara 3 kali berturut All England atau Lin Dan akan membalas dendam kekalahan straight set pada DLCW pada perlawanan akhir tahun lepas?

Go Chong Wei Go! 
Malaysia Boleh!

Jom Sarapan @ Lada Hijau Sunway Damansara

Lada Hijau Restoran @ Sunway Damansara

Kali ini singgah Restoran Lada Hijau di Sunway Damansara, Kota Damansara untuk sarapan. Ternampak restoran ini masa nak pergi ke Kafe Cheechah. Maybe should give this place a shot one of these days katanya.


Masa pergi memang tengah lapar, so expecting mungkin ada variety dalam menu sarapan di Lada Hijau. Tapi kecewa. Sebab yang ada hanya nasi lemak biasa (kalau nak extra sikit, ada ayam goreng), kuey tiau goreng, nasi goreng, mee goreng dan bihun goreng. Semuanya di letakkan dalam tray untuk serve buffet. 

Bihun campur nasi goreng untuk Kaisan dan mama
Kuih muih, roti-roti dan apa-apa benda lain yang ada dalam menu, memang tak ada untuk sarapan. Pekerja di situ kata makanan ala carte mula ada time makan tengah hari. Patutlah masa belek menu tu dia kata minuman saja boleh order dari menu. Tak apa, nanti boleh try time makan yang lain.

Nasi lemak biasa dan kopi O sarapan pilihan
Nasi lemak dan sambalnya sedap dan cukup rasa.
Walaupun sedikit hampa kerana kurang variety tapi nasi lemak Lada Hijau memang sedap. Ada aroma, rasa dan di makan bersama sambal yang sedikit pedas dan juga sedap, memang terbaik.

Santai sarapan di Lada Hijau

Rating Lada Hijau @ Sunway Damansara: 2.5 out of 5 Putu Bambu


Lada Hijau Restoran,
37, Jalan PJU 5/12, Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor

Datuk Lee Chong Wei melangkah ke final All-England


Datuk Lee Chong Wei, juara bertahan dua kali bagi All-England berjaya melangkah ke final All England pada tahun ini dan berpeluang mencatat hattrik kemenangan All England jika menjuarainya. Pada separuh akhir DLCW mengalahkan Lee Hyun Il dari Korea Selatan 21-19, 21-18.

DLCW akan bertemu dengan pemenang di antara Lin Dan atau Kenichi Tago pada perlawanan separuh akhir kedua. Lin Dan menjadi pilihan untuk bertemu pada DLCQ pada perlawanan akhir nanti dan menjadikan ulangan perlawanan akhir tahun lalu apabila pemain China itu tewas 17-21, 17-21.

Pasangan bergu campuran negara Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon juga mungkin berada di final juka dapat memenangi perlawanan separuh akhir mereka menentang pasangan dari Indonesia Tuntowi Ahmad dan Liliyana Natsir.


Update:


Lin Dan (China) kalahkan Kenichi Tago (Jepun)
21-18, 21-17


Goh Liu Ying/Chan Peng Soon (Malaysia) kalah kepada Tuntowi Ahmad/Liliyana Natsir (Indonesia)
25-27, 21-17

Saturday, March 10, 2012

Kafe Cheechah Authentic Malaysian Tapas @ Kota Damansara

Kafe Cheechah Authentic Malaysian Tapas
Plaque Jalan-Jalan Cari Makan TV3 
Simple dan elegan, sesuai dengan konsep kafe
Cokodok pisang @ RM 4.50
Tauhu Bakar @ RM 4.75
Chee Chung Fan @ RM 6.75
Cantonese Char Kuey Tiaw @ RM 12.00
Penang Char Kuey Tiaw @ RM 10.80
Sampai garfu pun telan sekali sebab sedap sangat
Three Layered Tea @ RM 6.30 & Assam Boi @ RM 4.50 
Bandung @ RM 4.00
Teh Tarik @ RM 2.90
Kaisan pun suka Cheechah
Window to the kitchen
Kaisan makan cekodok depan Cheechah
Overall, decoration simple dan memang tepat dengan konsep kafe. Makanan memang ada variety dari eastern dan western dishes. Konsep tapas atau makanan ringan memang menarik, dan sesuai dengan nama kafe ini, Cheechah.

Menu memang sedikit mahal kalau nak bandingkan dengan kedai makan biasa, tetapi kualiti makanan memang tak ada complaints. Sesuai harga dengan servis dan kualiti makanan. Cuma yang tak best tu, tak kesempatan nak try dessert macam classic aiskrim goreng dan honeydew sago. 

Rating Kafe Cheechah Authentic Malaysian Tapas: 4.5 out of 5 putu bambu (Excellent!)


Kafe Cheechah Authentic Malaysian Tapas
No 2 -1 (Ground Floor), Jalan PJU 5/4,
Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor

Tel: 03-61483360

Ads by Nuffnang