Pages

Monday, July 30, 2012

Mangsa main mercun pertama keluar berita Ramadhan 2012


Hari tu aku ada buat entry "Berapa lama agaknya berita pertama cedera main untuk tahun ini akan keluar?" Semalam sudah terjawab lah persoalan aku.

Dua orang cedera parah selepas satu bungkus berisi 40 biji mercun bola meletup. Mangsa-mangsa yang berasal dari Kampung Kuala Kangkong, Simpat Empat adalah Mohd Sohibullah Saad, 27 tahun dan anak jirannya, Tuah Mohamad Hafiz Mohd Razali, 8 tahun.

Kejadian terjadi apabila Sohibullah yang mula-mula main sendiri di tolong oleh Tuah yang menyalakan sumbu mercun bola. Sumbu yang menyala terjatuh ke dalam bekas yang berisi lebih kurang 40 mercun bola.


Inilah rupanya mercun bola
Letupan menyebabkan Tuah tercampak hampir 2 meter dan pengsan. Sohibullah pulak cedera teruk di muka dan mata kiri. Dia kemungkinan akan buta mata kiri, Tuah pulak di rawat sebagai pesakit luar kerana cedera sedikit di peha dan mata.

Nasihat aku, tak perlulah main mercun atau bunga api. Dari dulu lagi aku anggap bermain mercun dan bunga api macam membakar duit. Imagine kerja susah payah, terbakar macam tu aje. Iyelah...kata lah aku kolot....no fun...bosan...poyo. Tapi cuba fikirkan, worth it ke jadi buta, kudung, melecur semata-mata bunyi "pop" yang sekejap aje.

Berbaloi ke? Cuba jawab, cuba jawab....

Sunday, July 29, 2012

Apa ada bawah selimut tu?

Errrkk....apa benda tu?
Tetiba ada cahaya pulak...
Alaaa...Kaisan rupanya...
Tengok Upin Ipin ..betul betul betul..
Tadaaa....

Wednesday, July 25, 2012

PM umum penjawat awam & pesara kerajaan dapat bonus raya



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penjawat awam akan mendapat bonus separuh bulan gaji dan minimum RM 500 dan bayaran khas RM 500 kepada pesara kerajaan yang akan di bayar pada 9hb Ogos nanti.

Pemberian bonus ini di beri kerana kedudukan kerajaan persekutuan yang kukuh dan sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan.

Spekulasi bertiup kencang pilihanraya mungkin akan di adakan sebelum Hari Malaysia bulan September nanti.

Bestnya jadi staff gomen ni, macam-macam kelebihan dapat. Bonus raya, skim pinjaman interest rendah dan macam-macam lagi. 

Tapi yang selalunya perkhidmatan tak setanding dengan ganjaran, berdasarkan pengalaman berurusan dengan pejabat-pejabat kerajaan. Apa-apapun, tahniah mendapat bonus raya. Alhamdulillah.


Berita sepenuhnya:


PM umum bonus raya separuh gaji untuk penjawat awam dan pesara kerajaan

Keputusan perlawanan Malaysia lawan Arsenal, Harimau Malaya patut berbangga..

Harimau Malaya 1 - Arsenal FC 2
Nyaris-nyaris tadi Arsenal kena baham dengan Harimau Malaya coach K. Rajagopal. Baru kena gigit aje tu. Tapi rembatan dari Azmi Muslim dari luar kotak penalti memang world class. Macam itulah yang kita nak, dapat bola, relax dan rembat. Marah betul Manonne bila bola tu masuk.

Vito Mannone tengok aje bola masuk rembatan dari Azmi
Walaupun, Arsenal akhirnya menjaga maruah pasukan-pasukan dari Barclays Premier League (BPL) dengan gol-gol dari  Thomas Eisfeld dan Chuka Aneke, pasukan Harimau Malaya memang patut di puji kerana persembahan mantap dari semua pemain terutama dari Farizal Marlias. Kalau tak pasal form Farizal, mesti besar lagi Arsenal menang tadi.

Lepas ni Harimau Malaya jumpa dengan juara BPL pulak, Manchester City. Persiapaan bagus untuk menghadapi dan mempertahankan Piala AFF November nanti. 

Monday, July 23, 2012

Traffic jam hari pertama bekerja di bulan Ramadhan....

View dari jejantas baru Double Tree Hilton

Siapa yang tersangkut dalam rush semua orang nak balik berbuka tadi? 

Cerita sikit apa perasaan masa tengah tersangkut dalam jam tadi....cer cerita..


Berapa lama agaknya berita pertama cedera main mercun untuk tahun ini akan keluar?

Mercun bola...pfftt..amatur.

Agak-agaknya hari ke berapa dalam bulan Ramadhan tahun ini kita akan mula dengar budak-budak (orang dewasa pun sama) cedera main mercun??

Setiap tahun mesti ada aje keluar berita, takpun mesti ada aje orang kampung (atau taman perumahan) bercerita pasal ada yang cedera.


Aku tak main mercun sebab sayangkan jari-jari dengan anggota badan lain. Lagipun, tak cukup kaya nak buat kerja bakar duit ni.

So, cuba korang bagi tekaan terbaik korang. Hari ke berapa agaknya?

Saturday, July 21, 2012

Pagi-pagi lagi dah kantoi tak puasa....

Haa....pagi-pagi lagi dah tak puasa...apa nak jadi ni?...

Hamboi-hamboi posing lagi
Buat-buat berlakon terlupa dia puasa
Sambung balik makan

Apa menu berpuasa korang hari ni? Mehlah bertukar-menu.

Friday, July 20, 2012

Tarikh Puasa 2012 ialah 21 Julai 2012





Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan bahawa tarikh mula puasa dan bermulanya Ramadhan al Mubarak pada tahun ini jatuh pada hari Sabtu, 21 Julai 2012.

Pengumuman ini di persetujui oleh kesemua Raja-Raja selepas perhitungan matematik dan process tengok anak bulan yang di lakukan pada petang 19 Julai 2012.

Semoga kita semua dapat melakukan ibadah yang di rahmati dan di terimah oleh Allah SWT pada bulan Ramadhan kali ini.

Sunday, July 15, 2012

Siapa perlukan sofa dan kerusi?



Alahai Kaisan....

Nampaknya terpaksalah mama dan ayah jual aje sofa dan perabot yang ada dalam rumah ni. 

Kalau ada orang datang, minta duduk dalam penapis dan baldi aje dah cukup.




P/s:


Jangan lupa checkout Samsung Galaxy S3 deal hanya RM 999.

A Rodent Infestation in Mid Valley Mega Mall

While waiting for the doors to the Maybank Treats Fair 2012 to open last week, I was a bit curios to see these glass casings with a familiar character in them. 

Apparently, Mickey Mouse and his minions have taken over Mid Valley Mega Mall, well the top floor at least. Just keep an eye in case they are slowly trying to take over the whole place.













Saturday, July 14, 2012

Getting re-aquainted with an old friend..




Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam (PPAS) Bertaraf Dunia



Selalu kalau kita cerita pasal pustakaan mesti terbayang tempat yang suram, sunyi dan jadi tempat baca buku aje. Time student dulu, kalau tak pasal ada assignment atau exam memang jaranglah nak jejak tempat ni. Duduk baca buku pun kepala dok melayang-layang fikir benda lain. Korang pun sama kan?

Balik ke Perpustakaan Raja Tun Uda (PPAS) Shah Alam ni, terletak di Seksyen 13, Shah Alam dalam Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah (KGSAAS). Perpustakaan Raja Tun Uda ini hadiah dari Sultan Selangor dan bernilai RM 70 juta.

Macam mana nak sampai sini? Kalau dari roundabout Kayangan (turun dari Federal Highway)


  • Masuk ikut pintu gerbang KGSAAS & jalan terus
  • Jumpa simpang tiga, belok kanan, 
  • Jumpa roundabout kecil, ambil exit pukul 3, 
  • Jalan terus dan PPAS ni ada sebelah kiri.



Aktiviti yang boleh buat kat PPAS ni:

  • Baca buku, majalah cari research material
  • Surf internet. PC di sediakan dan boleh bawa PC sendiri. WIFI Free & login kena register aje kat portal.
  • Boleh main video game. PS3 dan X-Box 360 di sediakan.
  • Santai tengok TV (Astro), video dan movie di bilik tayangan 6D.
  • Bawak anak-anak/budak kecil kenal membaca di pusat kreatif.
  • Boleh bersenam di gym yang di sediakan di tingkat bawah dengan sedikit bayaran penyertaan.
Memang seronok dan senang singgah sini sampaikan saya boleh duduk situ dari pagi sampai petang. Waktu urusan PPAS boleh tengok bawah ni.

Waktu Perkhidmatan Perpusatakaan
Kalau rasa perpusatakaan tempat bosan, korang kena cuba melawat Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam. Sambil cari ilmu, boleh berhibur. 






























Ads by Nuffnang