Pages

Saturday, February 28, 2015

Harga minyak naik semula mulai 1 Mac 2015



Mulai 12:01 pagi nanti harga runcit petrol RON 95, RON 97 dan Diesel akan naik sebanyak 25 sen. Harga baru setiap jenis petrol:

  • RON 95 - RM 1.95 seliter
  • RON 97 - RM 2.25 seliter
  • Diesel - RM 1.95 seliter
Nampaknya peniaga-peniaga yang tak menurunkan harga bila harga minyak turun akan rasa "justified" dalam tidak menurunkan harga barangan sebab sekarang harga petrol sudah naik sedikit semula.

Sunday, February 22, 2015

Rezeki terjumpa lagi Super Treasure Hunt

'69 Ford Mustang Boss 302


Terjumpa kali ke-3 Super TH ni di peg masa keluar beli roti di 7-Eleven berdekatan. Memang nampaknya ada "ong" dengan casting ini.

Kali pertama join carboot sale

Dah lama dah saya nak cuba join carboot sale atau pasar karat ni tapi tak sempat. Tak sempat nak tengok barang-barang terpakai apa boleh jual.
 
Mingu lepas join kat tapak carboot sale dekat dengan rumah hari Ahad dengan sewa satu tapak promotion RM 5 sekali dengan ahli keluarga yang lain. Bulan depan naik jadi RM7. Oklah rate tu, nak balik modal pun tak susah.

 

Tempat masih baru, so trafik pengunjung pun tak ramai. Suam suam kuku gitu tapi untuk percubaan pertama tu ok jugalah.
 
Dapat jual kereta-kereta hotwheels dan beberapa pasang baju anak-anak yang dah lama. Nanti boleh try lagi kat tapak yang lain. Sambil berniaga dan duit masuk, boleh juga clearkan sikit area rumah.
 





 
Kepada yang nak cari barang terpakai yang masih elok, mehlah singgah di Carboot Sale Galaxy Seksyen 4 Bandar Baru Bangi dari 7:30 hingga 11:30 pagi. Macam-macam ada :)
 
 

Ads by Nuffnang