Ads by Nuffnang

Showing posts with label Daily Happenings. Show all posts
Showing posts with label Daily Happenings. Show all posts

Thursday, May 27, 2010

Kanak-kanak kena jual di China

Budak malang yang kena rantai

Kesian budak dalam gambar atas tu. Di rantai pada tiang di  tepi jalan oleh bapanya dengan tujuan untuk jual anak dia pada sesiapa yang berminat untuk membeli. Di letakkan satu meja dengan details kanak-kanak malang ini yang termasuk nama, tarikh lahir, berat, tinggi dan kebolehan untuk melakukan kerja keras.

Ibu budak ini dah mati 3 tahun lepas dan bapanya dah tak mampu jaga, so ambil keputusan untuk menjual anak dia. Bapa yang tak guna kalau cenggini rupa. Tapi budak ni terselamat bila sekumpulan orang yang lalu-lalang menangkap bapa budak ini semasa dia tengah berusaha untuk menarik perhatian pembeli.

Bapa budak kena tangkap dan di belasah oleh orang ramai

Bapa budak ni menjelaskan yang dia terpaksa menjual sebab dia dah tak mampu menjaga anak dia dan sebenarnya tak berminat dengan duit jualan anak dia. Nasib budak ini baik bila orang ramai menghantar budak tu pada jabatan kebajikan untuk di jaga.

Kenapalah tak fikir awal-awal untuk hantar pada Jabatan Kebajikan? Kan senang?

Thursday, April 15, 2010

Musical chairs atas Federal Highway


Hari ni dalam driving nak balik rumah, ternampak lori ni bawak kerusi-kerusi plastik susun tinggi menggunung. Yang aku pelik tu kenapa tak susun rendah lagi sebab ada aje space untuk susun kerusi tu. Kalau jatuhlah keluar lori tu, naya karang sesiapa yang terkena.

Korang rasa kerusi-kerusi ini berterabur tak atas jalan?

Sunday, April 11, 2010

Kita masih lagi ketinggalan....


Pagi tadi, isteri aku ajak pergi makan McDonald's breakfast set. Memandangkan dia pun tak lama lagi nak deliver (14 May) & aku pun ada free coupon McD, so aku pun penuhi permintaan dia. Nanti bila dah berpantang, dia tak boleh makan semua-semua ni. Nama pun berpantang. Kitorang suami isteri pun pergilah McDonald's Giants Sek 13 Shah Alam, sebab lepas tu nak beli barang-barang rumah.

Fast forward, bila time nak order, aku tengok budak perempuan yang jaga kaunter tu macam dah ready nak ambil order. So, aku pun mula lah nak order. Baru tiga patah perkataan aku sebut, budak tu bersuara. Nak tahu budak tu kata apa? "Encik boleh bersabar tak? Sabar sikit boleh? Saya tak bersedia lagi untuk ambil order". Pergghh. Hanya Allah aje yang tahu macam mana panas hati aku masa tu. Aku tak buat kecoh sebab wife aku yang mengandung 8 bulan di sebelah and tak nak dia susah hati. Aku pun senyap aje.

Lepas order aku dah siap, aku bawak ke meja, baru aku sedar yang hash brown pulak takde. So, aku pergi balik pada kaunter untuk mintak.Budak perempuan yang sama boleh tanya balik pada aku "Encik dah makan kot?" Apalagi, terus aku sound. "I am not that cheap to do that & awak ni kurang ajar".

Terus manager dia datang, tanya apa yang terjadi. Manager tu pun terus bagi satu lagi set free pada aku dan minta maaf bagi pihak staff dia tu. Budak perempuan tu tunduk aje. Tak nak pulak minta maaf.

Set free Big Breakfast McD

Pada aku, orang kita masih lagi jauh di belakang negara-negara maju dalam aspek layanan pelanggan (customer service).  Mungkin tenaga-tenaga pekerja yang melayan pelanggan ni tak pernah dengar concept "The customer is always right" ataupun " Service with a smile".

Kita pelanggan yang membayar (paying customer), so kita expect layanan pun elok-elok lah. Bukan hendak di layan macam raja, tetapi layanan dengan senyuman dan sopan cukuplah. Nasihat aku, kalau tak nak buat kerja melayan customer, janganlah buat kerja bidang ini.

P/S: Itulah, dulu mak ayah hantar sekolah tak nak belajar rajin-rajin, sibuk cari pakwe.