Ads by Nuffnang

Showing posts with label Muhammad Kaisan. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Kaisan. Show all posts

Saturday, January 14, 2012

Ehhh....dia main belon




Senang aje nak distract Kaisan and biar mama pergi shopping kejap. Ayah tiup belon buih, Kaisan pun suka.

Friday, January 13, 2012

Stadium Putra dalam rumah


Mama dan Kaisan membawa keriuhan BWF Malaysia Open di Stadium Putra ke rumah. Riuh rendah jadinya.

P/s: Tak sabar nak bawak Kaisan pergi stadium bila dia dah besar nanti.

Sunday, December 25, 2011

Melentur buluh biar dari rebungnya

Kaisan tolong mamanya mengemas

Bak kata pepatah, kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. 

Sunday, October 30, 2011

Babysitter untuk Kaisan

Lunch @ La Manila Cafe Midvalley Megamall


Sejak saya beli tablet Asus Eee Pad Transformer bulan lepas, memang banyak kegunaanya. Tapi function yang paling penting dan saya rasa paling berguna ialah jadi "babysitter" untuk Kaisan bila kami keluar makan.

Dulu kena bergilir-gilir untuk makan sebab sorang kena jaga Kaisan, while sorang lagi makan. Kekadang tu hilang mood nak makan sebab kena makan cepat-cepat. Sekarang dah tak ada masalah ini. Saya dah download favourite Kaisan iaitu Upin & Ipin dan juga apps education lain macam kenal huruf, kenal nombor dan warna. Apps lain macam Angry Bird tu dah macam wajib aje ada.

Kaisan @ Tea Pot Cafe SACC Mall Shah Alam

Bila kami keluar makan pun, memang boleh nampak parents lain pun buat "taktik" yang sama. Memang berguna betul ada tablet pc ni dan saya pun recommend parents lain beli kalau mampu untuk memudahkan tugas menjaga anak.

Sunday, October 23, 2011

Hello....Fiona ada?

Assalamuaalaikum, boleh Kaisan bercakap dengan Fiona?
Apa makcik? Fiona dah keluar? Keluar dengan Azroy?
Iye ke makcik? Kaisan sedih. Lisa ada tak?
Tak dapat Fiona, terus target Lisa ye Kaisan? That's my boy!

Muda sangat ke untuk Kaisan main-main cinta? Muka jambu macam ni mesti ramai yang suka.

Wednesday, August 17, 2011

Sunday, August 14, 2011

Kaisan jumpa doktor

Mama, nanti turn Kaisan panggil ok. Kaisan nak baca storybook

Ooooo....C is for cat

Lamanya kena tunggu doktor ....

Monday, July 25, 2011

Kaisan, The Little Blogger

Kaisan taking out his new lappy from outta the box
Setting up his lappy. Very serious.
Kaisan maybe replying urgent email. Sampai terangkat bontot dia..hehe

Monday, July 11, 2011

Lagi busy dari Donald Trump

Busy hantar BBM & balas email, atok Kaisan tgh tengok televisyen sebelah
Cool aje anak saya, Muhammad Kaisan hantar sms pada kawan mama dia. Atok dia layan TV sebelah, dia pula sibuk BBM & SMS. Baru 1 tahun lebih.

p/s: habis melambung bill telephone aku.

Monday, July 4, 2011

Aku berjumpa dengan pemain terbaru Manchester United

Tidak dapat lagi aku sorokkan betapa excitednya aku untuk berjumpa dengan pemain baru kelab terhebat di dunia, Manchester United. Di sangka hanya bersantai bersama keluarga pada hujung minggu bertukar menjadi satu experience yang tidak dapat di lupakan.Youtube.com

Dia dikatakan bakal menggantikan legenda midfield, Paul Scholes kerana kebolehannya membuat hantaran tepat & teknikal permainan yang tertinggi. Dia juga di katakan bakal menyaingi populariti bekas pemain, David Beckham & Cristiano Ronaldo kerana paras rupa yang agak babyface.


Inilah dia Muhammad Kaisan, anak lelaki Bo yang berbakat besar. Pemain terbaru Manchester United yang di beli dengan harga perpindahan EURO1.5 billion dan di beritakan mendapat gaji EURO 550k/minggu dan juga supply pampers Huggies dan susu yang tiada limit. Glory Glory Man Utd!


Dia juga bakal menggantikan Safiq Rahim sebagai kapten Harimau Malaya. Muhammad Kaisan tidak di panggil ke skuad Harimau Malaya kali ini kerana ingin menghormati pemain-pemain senior negara. Walaubagaimanapun, Muhammad Kaisan sentiasa bersedia menyarung jersey hitam kuning negara dan mengaum bangga. Rawwwrrr!!!



Muhammad Kaisan menjanjikan 50 gol musim ini
Atuk, Kaisan dah tak sabar nak masuk Old Trafford dah ni!
Full kit Muhammad Kaisan
Pemberian adik & adik ipar.

Friday, June 24, 2011

A'ah tak tahu...siapa buat?



Kaisan sekarang dah pandai berlakon. Kali ini dia berlakon tak tahu apa jadi bila dia tekan butang-butang kat tepi televisyen kami. Dia akan cuba betulkan sendiri tapi kalau dia tak dapat betulkan, dia akan cari orang lain untuk betulkan. Yang akan jadi kelakar bila takde orang nak tolong dia. Time tu dia akan jadi panik. Korang tengoklah sendiri. nora elena, aaron aziz, maharaja lawak, jozan, zizan

Tuesday, June 21, 2011

Aik?!! Tak gayat ke dia?

Tak gayat ke Kaisan ni?
Minggu lepas aku ada letak posting "Kaisan yang bercita-cita tinggi". Masa tu ingatkan lepas ini Kaisan takde nak mintak naik tempat-tempat tinggi lagi. 

Tapi sejak entry tu, suka pulak dia tempat tinggi ni, lagi-lagi kalau ada suis lampu untuk di tekan-tekan. Tengoklah koleksi gambar anak aku yang makin jadi "dare devil" macam legend Evil Knievel tu.

Nak main suis lampu punya pasal
Tempat tinggi kat dalam hotel room di Port Dickson
Kesian mama dia kena tunggu tengok dia main kat playground
P/s: Jangan risau. Kami suami isteri memang pantau setiap pergerakan Kaisan ni sebab dah makin buas bila lepas umur setahun ni.

Thursday, June 16, 2011

Pandai-pandailah buat sendiri

Kaisan tengah makan carbonara dengan bergaya

Aku perasan anak aku Kaisan ni memang suka buat kebanyakan benda sendiri. Minum, makan, tukar channel ASTRO & mandi pun dia nak buat sendiri walaupun mandi besen. Jangan risau, aku dan mama sentiasa ada masa dia mandi. Baru 14 bulan umurnya. Memang seronok dia belajar benda baru dan membesar setiap hari.

Tengok telatah dia nak buat semua benda sendiri mengingatkan aku yang kalau kita nak maju atau kehadapan, tiada siapa yang boleh bawa kita ke situ selain kita. Kita sendiri kena buat dan belajar macam mana nak buat supaya maju. Fikirkanlah.

P/s: Saja nak buat entry motivasi. Motivasi pada diri sendiri.

Sunday, June 12, 2011

Birthday cake massacre by a one year old

This is what is going to happen if you leave a one year old to his own devices with a piece of cake. Please be warned, the visuals is not for the weak hearted.

Kaisan wants to do it his own way
The massacre of a birthday cake

Tuesday, June 7, 2011

These red shiny Nike shoes are made for walking...yeah!

Kaisan bergaya dengan kasut Nike merah baru

Kaisan dah mula berjalan merata-rata. Kenalah beli kasut yang sesuai untuk dia berjalan. Biar selesa dan dia suka. Sebab tu beli warna merah. Si isteri pulak nak anak dia bergaya, so belilah Nike merah tu. Nasib baik ada offer.

Kaisan ni baru aje dapat lesen bila dia masuk 13 bulan. Walaupun makin laju dia berjalan, tapi sekali-sekala terduduk juga. Masih lagi terkedek-kedek jalannya. Atok, nenek & wan dia memang mengekek gelak tengok dia jalan.

Kaisan, Kaisan....
Kalau suka, kliklah "Like" kat sini.

Sunday, May 1, 2011

Anak saya, Muhammad Kaisan sudah 1 tahun!

Muhammad Kaisan is now 1 year old!!!
Alhamdulillah. Kaisan sudah berumur 1 tahun pada 25hb April yang lepas. Sekejap rasanya setahun berlalu. Masih ingat lagi pada jam 6:55 pagi aku melihat dia & terus meng-azankan dia.

Hari pertama Kaisan bersama kami

Pada Muhammad Kaisan, ayah & mama mendoakan Kaisan menjadi hamba Allah yang taat, beriman & bertakwa. Seorang anak yang soleh, menghormati dan menyayangi.

Kaisan sekarang
Gambar- gambar dari birthday party Kaisan. Happy birthday Kaisan!

Maksu Amanina bermain sibuk menyusun belon

Makan-makan sikit


Hadiah-hadiah dari kawan-kawan & family. Terima kasih!

Kaisan mula membuka hadiah

Dah dapat hadiah toys baru, takde nak tengok kiri kanan dah

Kaisan melayan kawan-kawan yang datang. Good boy!

Monday, April 4, 2011

Kaisan dah mula suka swimming.

Hujung minggu kali ini memang aku tunggu-tunggu. Nak bawak Kaisan turun swimming kali ke-2 selepas introduction masuk swimming pool last week.

Macam biasa, lepas bagi dia tidur terus ajak isteri turun bawak Kaisan turun swimming. Kali ini memang best sebab dia dah makin seronok bermain. Main splash-splash dengan mama dia. Letih pulak memegang dia tapi semua tu hilang bila dengar gelak ketawa dan senyum lebar dia.