Pages

Saturday, May 29, 2010

Anda di maafkan...


Beberapa minggu lepas aku ada buat entry tentang pengalaman aku di salah satu franchise McDonald's di Shah Alam. Pengalaman dan layanan yang aku terima masa itu buat aku sedikit panas. Kalau nak tahu yang mana satu entry, klik kat sini "Kita Masih Ketinggalan"

Tetapi baru-baru ini ada salah seorang staf McDonald's cawangan itu yang meminta maaf. Ayat staf bernama Syazana itu berbunyi" Saya crew leader McD Giant Shah Alam. Saya tak tahu pun perkara itu berlaku. Saya minta maaf bagi pihak crew itu"

Mula-mula aku terkejut juga terima response tu tapi dengan ayat dari Syazana yang ikhlas aku senyum sendiri sebab masih ada harapan untuk sektor layanan pelanggan kita. Pada Syazana, saya puji kerana sudi meluangkan masa untuk respon dan teruskan kerja baik sebagai crew leader.

P/s: Kalau dapat Glass World Cup 2010 satu set pun best juga.

McDonalds's Contour Coke Glass kembali..


Contour Coca Cola Glass Meal kembali lagi. Kali ini, McDonald's mengeluarkan gelas minuman eksklusif FIFA yang ada 6 warna dan 6 jenis gerakan bola sepak. Set unik ini di keluarkan sempena Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan (World Cup 2010 South Africa).

Untuk mendapatkan set gelas minuman ini hanya perlu order Large McValue Meal + Sundae. Tip aku, pergilah beli masa time lunch sebab boleh dapat murah sikit dan kalau setakat nak gelas tu, belilah set yang murah-murah aje cukuplah.

P/s: Aku tak bekerja untuk McD atau suka sangat McD cuma rasa set gelas minuman ini agak unik untuk tidak di kumpulkan.

Thursday, May 27, 2010

Kanak-kanak kena jual di China

Budak malang yang kena rantai

Kesian budak dalam gambar atas tu. Di rantai pada tiang di  tepi jalan oleh bapanya dengan tujuan untuk jual anak dia pada sesiapa yang berminat untuk membeli. Di letakkan satu meja dengan details kanak-kanak malang ini yang termasuk nama, tarikh lahir, berat, tinggi dan kebolehan untuk melakukan kerja keras.

Ibu budak ini dah mati 3 tahun lepas dan bapanya dah tak mampu jaga, so ambil keputusan untuk menjual anak dia. Bapa yang tak guna kalau cenggini rupa. Tapi budak ni terselamat bila sekumpulan orang yang lalu-lalang menangkap bapa budak ini semasa dia tengah berusaha untuk menarik perhatian pembeli.

Bapa budak kena tangkap dan di belasah oleh orang ramai

Bapa budak ni menjelaskan yang dia terpaksa menjual sebab dia dah tak mampu menjaga anak dia dan sebenarnya tak berminat dengan duit jualan anak dia. Nasib budak ini baik bila orang ramai menghantar budak tu pada jabatan kebajikan untuk di jaga.

Kenapalah tak fikir awal-awal untuk hantar pada Jabatan Kebajikan? Kan senang?

Monday, May 24, 2010

Perginya seorang pejuang...


Entri ini a bit overdue but better late than never. Two weeks ago, Zul @ Bozord meninggalkan kita. Pemergian Zul di rasai oleh kami yang mengenalinya. Di harapkan dia gembira dan tenang di tempat dia berada sekarang iaitu Melbourne, Australia. Hehehe....ayat opening bunyi lain macam aje. Knock on wood.

Dua minggu dia takde ni rasa sessi melepak kawan-kawan kurang ceria. Sunday Futsal NATS dah hilang competitive edge and fun. Tapi sebab kami nak Zul, Maz and the kids be more succesful and happy, kitorang accept their move.

Good luck Zul, Maz, Zareef and Zara. Try to keep in touch and come back whenever you guys can. Also, we'll try to get ourselves over there seeing that dah confirm ada tempat tidur and makan free...hehehe. Don't be a stranger and all the best.

Saturday, May 22, 2010

Bibik oh bibik

Topik yang hangat di bincangkan sekarang ini ialah keadaan kerja untuk pembantu rumah dari Indonesia. Kerajaan Indonesia dah halang pengambilan orang Indonesia sebagai pembantu rumah @ bibik sebab kononnya hak kemanusiaan dan pekerjaan rakyat mereka ini tak terjaga. Selagi satu persetujuan tak diadakan, maka tiada lagi pengambilan mereka ke Malaysia sebagai pembantu rumah.

Baru-baru ini ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengadakan persetujuan dengan seteru Indonesia untuk sediakan beberapa syarat. Di antara syaratnya:


  1. Pembantu rumah diberi sekurang-kurangnya 1 hari cuti setiap minggu.
  2. Pasport atau dokumen pengenalan pembantu rumah yang pegang. Kalau ada persetujuan dengan majikan, lain lah cerita.
  3. Gaji minima RM 800 sebulan (masih lagi dalam perbincangan)
Pada aku, dua syarat ini saja dah cukup menyusahkan majikan sebab sekarang pun kalau majikan pegang dokumen perjalanan pun orang gaji lari. Bukan selalunya salah majikan kalau orang gaji lari. Kekadang, ada yang ikut kekasih (jumpa kat Malaysia), lari ikut suami atau kena pancing dengan orang lain.

Pengalaman aku dengan orang gaji, masa aku sekolah menengah, orag gaji keluarga aku yang di anggap sebagai ahli keluarga lari masa adik aku yang baru 14 bulan tengah tidur. Nasib baik aku balik awal dari training bola petang tu. Kalau tidak, apa entah yang boleh jadi.

Pasal cuti tu pula, bolehlah terima. Cuma, kalau sekarang gaji dia RM 500 sebulan, kenalah bayar kurang sikit dari itu. Kita potonglah gaji dia untuk hari yang cuti tu. Kira adil pada kita juga kalau macam tu. Bukannya ada surat "confirmation" macam kerja syarikat tunjuk berapa hari cuti yang dia boleh ambil.

Kalau di beri peluang berforum dengan PM tentang perkara ini, ada beberapa syarat aku nak kemukakan:

  1. Makan dan minum kena cari sendiri. Kalau nak makan atau minum dari keluarga majikan, kenalah bayar.
  2. Bayar sebahagian dari bil air, elektrik atau telefon yang di gunakan. Kalau dulu percuma sebab kita anggap sebagai keluarga, sekarang silalah bayar.
  3. Pemberian gaji seperti apa yang di tulis di atas. Cuti tanpa gaji lah senang cerita.
Idea lain aku takde buat masa ini. Aku tahu orang gaji Indon ini manusia, tetapi pandai pula demand sekarang ni. Kalau susah sangat, ambil aje orang gaji Filipina. Comel pun lagi comel..hehe..ke situ pulak. Fikir-fikirlah ye kawan-kawan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur kena bayar ganti rugi RM 750,00 kepada seniman.



Hampir tersedak aku pagi ini semasa baca tajuk berita dalam akhbar Kosmo hari ini. Datuk Bandar Kuala Lumpur perlu bayar ganti rugi RM 750k kepada seniman dan pencipta arca UMBC, Datuk Syed Jamal Syed Jamil Sahil sebab mengubahsuai bentuk dan menukar bahan binaan arca pada hasil ciptaannya.

Bukan sahaja kena bayar ganti rugi, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur arahkan Datuk Bandar KL untuk menanggung kos guaman Datuk Syed Jamal dan bayar 8% faedah setahun sejak kes di failkan. Aku memang setuju dengan keputusan mahkamah ini sebab sekarang ini kebanyakan orang atasan dalam negara kita memang sombong dan rasa besar diri. Ini terbukti bila Datuk Syed Jamal kata bila di ajak berbincang, permintaan beliau tidak di endahkan pihak Datuk Bandar. Sekarang, siapa yang rugi? Rakyat rasanya.

Persoalannya sekarang, Datuk Bandar Kuala Lumpur ada duit ke nak bayar ganti rugi banyak itu? Aku macam ada feeling yang ada kemungkinan duit cukai rakyat yang akan di gunakan untuk melangsaikan pembayaran ganti rugi itu. Apa pendapat kawan-kawan semua?

Tuesday, May 18, 2010

Video explaining why Lin Dan beat Chong Wei easily..

I came across a video showing how Chinese badminton ace, Lin Dan practices. No wonder he toyed with all his opponents and beaten Datuk Lee Chong Wei quite easily.




P/s: I know its a camera trick ala Nike with Ronaldo.

Sunday, May 16, 2010

Dia yang buat....

Sekarang ini aku memang tak cukup masa untuk update blog ni. Idea, pandangan dan material memang banyak tapi ada seorang manusia kecil yang memerlukan perhatian. Banyak bunyi kalau aku tak pay attention. Nak tahu siapa dia?

Ini lah dia....

||
v
||
v
||
v
||
v
||
v
||
v
||
||
v
||
v


Walaupun tak cukup tidur, tak dapat buat blogwalking dan macam-macam lagi benda yang dah jadi rutin hidup aku, aku akan sentiasa ada bila dia perlukan aku.

Sunday, May 9, 2010

Tune Talk Menawarkan Percutian Ke London & Gold Coast


Guys, rasa nak bercuti pergi London, UK atau Gold Coast, Australia? Tune Talk sedang mengadakan tawaran kepada mereka yang bertuah untuk menjadi pengguna ke 900 ribu atau pengguna 1 juta & berpeluang memenangi pakej percutian.

Apa lagi di tunggu? Lawati lah penjual prepaid anda yang terdekat atau pun lawat lah website tunetalk www.tunetalk.com untuk maklumat yang lebih lanjut.

Happy Mother's Day!!!

Sempena Hari Ibu seluruh dunia, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu saya, Pn. Hajjah Rosnah Abdul Mualib. Ibu sentiasa ada bila kami adik-beradik memerlukan support, nasihat dan panduan. Kami semua mendoakan ibu sentiasa bahagia, murah rezeki dan sihat selalu.


P/s: Itu bukan semua anak dia. Hebat betul kalau 6 orang hero. Yang betul-betulnya 4 orang sahaja, Bo (kiri duduk), Kimi (bawah kiri), Syauqi (sebelah Kimi) & Mizi ( sebelah Syauqi)

Tuesday, May 4, 2010

Ekspresi Muka Kaisan

Apalah yang anakku tengah fikirkan sampai kerut-kerut dahi, ternaik-naik kening sebelum dia tidur. Memang lepas ni, blog Bo Is A Nerd ini akan penuh dengan gambar dan video dia. 


Mungkin bila dia dah besar nanti, sama-sama kami kenang.





Thursday, April 29, 2010

First Google Adsense Payment


Last month, I started putting Google Adsense on my site www.boisanerd.blogspot.com and it reached the cashout amount i.e. USD 100. Yesterday, I checked my account and surprise surprise....I can get my money out through Western Union Money Transfer.



You can also choose to use cheque as mode of payment but you will be charged roughly RM70 for service fees and it takes around 45 days from cashout date to get the earnings. I didn't get charged on anything and only waited since 31 March for this earning. I brought along the  payment statement from Google and fill in the form and submitted to the nearest Western Union agent and in 10 minutes....voila...RM 322.40 (USD 102.56) was in my hands.

I guess this is the "rezeki" of my newborn son, Muhammad Kaisan. Hopefully, Adsense will be a recurring and stable income like my nuffnang earnings.

Adsense & nuffnang rocks!!!


Tuesday, April 27, 2010

Ini anak saya...Muhammad Kaisan

Kawan-kawan, aku nak memperkenalkan anak sulong saya, Muhammad Kaisan. Kaisan dalam bahasa Arab membawa maksud "Yang Bijaksana". Tersebut di dalam hadith (di beritahu oleh Imam Masjid Negeri Selangor) bahawa Kaisan ini nama salah seorang sahabat Rasulullah.

Muhammad Kaisan lahir pada 6:50 pagi di Pusat Perubatan Az-Zahrah Bandar Baru Bangi. Panjang badan 51sm dan berat 2.82 kg. Di harapkan lahirnya Kaisan ni akan membawa rezeki dan cahaya ke hidup kami. Amin.
Hari pertama Muhammad Kaisan

Nenda Rosnah memberi susu pada Muhammad Kaisan

Muhammad Kaisan

Saturday, April 24, 2010

Warehouse Sale


You just got your paycheck, got money to spend and your bored. How about going to warehouse sales.

Yeah. Sometimes these places don't really have good stuff but once in a while you might find something that would be a great deal.

Click the link below for details, locations and dates of these warehouse sales. Happy shopping.

Wednesday, April 21, 2010

Tune Talk Bonus Prepaid


The nation's newest mobile prepaid with the lowest FLAT rate at 16 sen per minute is giving a RM 1 bonus to all their subscribers for every RM 5 top up. Meaning, if you top up for RM 5 you will get RM 1, if you top up RM 30 you'll get RM 6. I think this is a good deal on top of the lowest rate for calls and sms.

More information can be found at www.tunetalk.com.

Tuesday, April 20, 2010

Frustrations and disappointments


This totally reflects on how I feel these days. Don't get me wrong but I am really excited in anticipating the birth of my first child. My first son at that. That makes it way much cooler. I pray everyday that the delivery goes well and that both mother and son will be healthy.

But I am kinda a little bit disappointed on how some people around me treat me. I am usually one of those guys that if you look at me for the first time, you'll think I am a snobbish guy and whatsoever that comes along with that assumption. Well, I think once you get to know me, Im kinda bearable.

To those who know me, they usually misunderstood me. For example, when I try make an effort on knowing what my friends are up to these days, I'll just be laughed at and would usually be teased on it. I get a lot of stick for that. Well, at least I know what to talk about when I meet these people. I hope they think that I am a good friend for taking a bit of my daily time to know whats happening in their lives.

Another issue is, I am not appreciated in my efforts in trying to make things work or better for others. Well, I am thinking of just stopping helping out others. Just be more kiasu and focus on myself and my very young family. I need to do this because in the end I'll just be left frustrated and disappointed. 

Well, thats it. From now on, I'll just say NO.

Saturday, April 17, 2010

Gatsby Deodorant Street Fair


Wanna have a good time and win some great prizes while doing it? Visit the Gatsby Deodorant Street Fair. Where and when you ask? Here you go.


See you there! 
Dont miss it!

Thursday, April 15, 2010

Musical chairs atas Federal Highway


Hari ni dalam driving nak balik rumah, ternampak lori ni bawak kerusi-kerusi plastik susun tinggi menggunung. Yang aku pelik tu kenapa tak susun rendah lagi sebab ada aje space untuk susun kerusi tu. Kalau jatuhlah keluar lori tu, naya karang sesiapa yang terkena.

Korang rasa kerusi-kerusi ini berterabur tak atas jalan?

Wednesday, April 14, 2010

Cari extra income guna bakat yang ada...


Aku selalu dengar kawan-kawan mengeluh tak cukup duit, gaji tak cukup, harga barang naik tapi gaji tak naik dan macam-macam lagi. Basically, diorang mengeluh sebab gaji tak cukup.

Tapi pernah ke korang pernah terfikir yang kita boleh guna bakat-bakat atau skil yang ada pada kita untuk cari extra income setiap bulan? Walaupun takdelah best macam ada business sendiri atau jadi boss, tetapi sekurang-kurangnya ada lebih sekeping dua duit dalam wallet dari wallet kosong.


Pengalaman aku dulu masa time belajar aku buat kerja catering part time. Memang ada orang rasa kerja tu rendah atau leceh, tapi korang tahu tak selalunya server catering nih selalunya boleh dapat RM30 - RM 100 untuk satu acara? Kalau satu weekend kerja satu acara aje dapat..hhmm..katakan RM50, sebulan dah RM 200. Itu baru 1 acara, kalau rajin pergi 3-4 acara satu weekend, dah berapa dah tu? Pengalaman aku dulu, aku alhamdulillah boleh dapat RM500-800 sebulan. Siapa nak bagi tu, especially pada student cam aku.

Satu lagi cara aku cari extra income ialah aku jadi coach tenis. Aku dulu ada lah wakil tenis untuk negeri masa time sekolah menengah dan ada juga masuk tournament. Aku guna skil dan pengalaman aku main tenis dengan buat tenis kelas untuk budak sekolah dan orang dewasa yang nak belajar tenis. Dahlah suka tenis, dapat sihat kan badan & paling best dapat extra income. Sekarang aku ingat nak start balik ajar tenis kalau ada yang minat. Aku memang tengah cari students. Kalau ada yang berminat, bagitaulah ye.

itu bukan aku (gambar hiasan)

So, itulah. Lebih baik kita kreatif sikit dalam cari duit extra daripada asyik mengeluh. Mungkin ada yang boleh jual dadih ke (hantar kat kedai dekat rumah), tolong type document untuk orang lain (selalunya student selalu cari orang yang sanggup buat kerja ni), ambil gambar untuk surat khabar dan macam-macam lagi. Apalagi, berhenti mengeluh dan usahalah.

Tuesday, April 13, 2010

The lure of the iPhone and its apps


Lately, Digi has been aggressively promoting its iPhone 3GS. I think their ads are really effective because even I am contemplating of getting one for myself. Let me tell you that I never like the phone and only think of it as an accessory or fad item. I am more of a practical & " I only need the neccessary & practicality is the best" type of guy. Yeah, boring. My current phone is the Nokia E71. The E71 is practical, sturdy and so far for me, complete.

But lately, the variety types of applications that is available on the iPhone (seen on the Digi ads) has made me re-think my views on this Apple creation. The apps (from my short research) can range from the most incredible to the uttermost silly.


I am doing my research on how to get my hands on an affordable iPhone that would at least satisfy my curiosity on this supposedly great creation of Apple. Should I get a basic old generation version or go for the latest and break the bank while I'm at it? The hunt is still on.

Ads by Nuffnang