Ads by Nuffnang

Saturday, July 20, 2013

Servis kereta siap siap

Itu yang saya selalu buat menjelang hari raya. At least, kurang dah satu kerja. Boleh fokus persiapan lain pulak.

Penting servis kereta untuk safety keluarga dan diri sendiri. Biar kereta tip-top. Boleh beraya atau berjalan-jalan dengan tenang.

Korang selalu servis kereta bila pulak?

Sunday, July 14, 2013

Hasil dari Maybank Treatspoints

Baru sempat nak post selepas seminggu habis event ni tapi nak juga post.
Tiap-tiap tahun akan pergi Maybank Treats Fair selepas setahun mengumpul points.

Inilah hasil tahun ini. Points ada lebih 200 ribu tapi tak guna pun semua sebab takde yang betul-betul tarik minat nak redeem.

Dapatlah jam G-Shock, powerbank Yoobao, car charger Samsung dengan trainset Chuggington Takara Tomy.

Puas hati juga walaupun rasa cam banyak benda tak redeem tapi tahun depan masih ada.

Nak tahu macam mana aku kumpul points 200 ribu tiap-tiap tahun? Korang rasa macam mana?

Sunday, June 23, 2013

Pengalaman kali pertama Kaisan naik kapal terbang.

Trip ke London baru-baru ni juga kali pertama Kaisan naik kapalterbang. Risau juga kalau nanti banyak ragam, tak selesa ke atau nanti asyik kacau passengers lain. Iyelah, flight 14 jam, orang besar pun tak selesa lagilah budak 3 tahun.

Tapi nasib baik onboard entertainment Emirates Airlines best. Yang terbaik sebeb ada Disney Jr channel and channel kids lain yang boleh buat dia leka (orang tua-tua kat ralit)

Tipulah kalau kata tak ada saat-saat menggeramkan dan memalukan bila datang angin Kaisan ni, tapi overall, Kaisan behave really well. Sampaikan stewardesses Emirates asyik datang cubit & senyum kat Kaisan. Ayah dia pun perasan sekali senyum. Cubit aje tak dapat dari stewardess tapi datang dari mama Kaisan. Cubitan manja, oklah.






Insya'Allah....bertambah lagi dua orang ahli keluarga.



Barang-Barang Popular Musim Jerebu



Selalunya kita dengar musim hujan, musim panas, musim tengkujuh dan yang terbaru musim jerebu.

Barang-barang yang menjadi popular musim jerebu:

1. Topeng Bedah/ Tepung Jerebu


2. Inhaler Asma


3. Nebulizer Machine


4. Air Purifier



Yang penting buat masa ni kurangkan aktiviti luar, banyakkan minum air, jaga kebersihan diri dan banyakkan berdoa untuk Allah S.W.T. untuk biarkan dugaan kita ini cepat berlalu. Amin.

Monday, May 27, 2013

Warna-Warna Baru untuk Samsung Galaxy S4



Video or short movie terbaru dari untuk Samsung S4 ada macam menunjukkan warna-warna baru untuk latest family member Samsung Galaxy S smartphones. Short movie terbaru dari Samsung ni nampak cool, feel good & fun tapi kalau tengok betul-betul especially kat 1:08 mark ada nampak warna-warna baru untuk Samsung S4 ni.

Bo tengah tunggu version 4G LTE 1.9GHz Quad Core (i9505) tapi kena sabar sikit aje lagi. Rumoursnya akhir May atau awal Jun.

In the meantime, layan dulu short movie dari Samsung & cuba korang teka 3 warna baru untuk Samsung Galaxy S4 ni. 


Sunday, May 26, 2013

Kaisan dah 3 tahun...

Birthday boy Kaisan dah tak sabar sabar nak tiup lilin

Sekejap aje dah tiga tahun anak Bo, Muhammad Kaisan. Besar dah dia, perangai pun macam-macam. Tiap-tiap hari ada aje benda baru yang kita discover tentang dia. Ada aje benda baru dia belajar dan buat.
 
Tahun ni celebration special sikit untuk 3rd birthday Kaisan sebab celebrate kat London. Memang sengaja arrange trip UK time tu semata-mata untuk birthday dia. Nanti Bo letak gambar-gambar trip UK yang tak seberapa banyak.
 
Macam biasa, no big cakes, only cupcakes beli dari The Hummingbird Bakery in Soho, London. Ada Red Velvet, Carrot Cupcake and Kaisan's favourite, Chocolate. Fuuh, chocolate favourite Bo jugak tu. All in all memang special kali ini sebab celebrate dengan family adik Bo yang menetap di London dengan anak tunggal mereka, Ariq.
 
Happy birthday Kaisan. Mama & ayah sentiasa berdoa Kaisan menjadi manusia yang bertanggungjawab, berilmu dan hamba yang bertaqwa kepada Allah s.w.t. Amin.


Cupcakes from The Hummingbird Bakery


Excited birthday boy
Tiup Kaisan tiup
Kaisan pelik dengan warna api lilin ikut warna lilin
Cepat Kaisan, Red Velvet tu got ayah's name on it

Esok pagi pulak..........

Tak puas tiup lilin...suka hatilah Kaisan..

Bayern Munich Juara Eropah UCL 2012-2013

Pemain-pemain Bayern mengangkat Piala Eropah

Bayern Munich menjadi juara Piala Eropah untuk musim 2012-2013 selepas mengalahkan seteru sengit dalam Bundesliga, Borussia Dormund, 2 - 1 di Stadium Wembley, London. Kemenangan di pastikan oleh Arjen Robben selepas kedudukan seri 1 -1 sehingga minit ke 88.

Jaringan di mulakan oleh Bayern Munich pada minit ke-60 melalui Mario Mandzukic selepas gerakan yang dimulakan Robben dan Ribery. 
Bayern 1 - Dortmund 0.

Mandzukic meletakkan Bayern di hadapan pada minit ke-60

Tapi 8 minit kemudian  Dortmund berjaya menyamakan kedudukan melalui penalty dari Ilkay Gundogan selepas Dante mengasari Marco Reus. Dante bernasib baik tidak di buang padang untuk kad kuning kedua.

Gundogan menjaringkan penalty penyamaan untuk Dortmund
Perlawanan berlangsung dari satu hujung ke satu hujung dengan masing-masing mencari kemenangan. Aksi terbaik dari Bundesliga di "showcase" pada malam tadi. Permainan yang menarik dan aksi serang menyerang untuk mendapatkan title Juara Eropah.

Pada minit ke-88, Arjen Robben muncul di tengah-tengah kotak penalty selepas berjaya melepaskan diri dari offsife trap pertahanan Dortmund dan mengalahkan Weidenfeller dengan tendangan yang lemah tetapi bijak untuk membawa kembali piala telinga besar ke Allianz Arena dan menjadikan Bayern Munich Juara Eropah yang baru.

Arjen Robben memastikan Bayern Munich menjadi Juara Eropah


Monday, March 18, 2013

Mula balik semula.....

Sudah lama tak post apa-apa entry sejak tukar waktu kerja dari siang ke malam....

Dulu hala tuju blogging kerana niat yang lain...

Sekarang niat dan minat lain....

Mari mula baru.