Ads by Nuffnang

Tuesday, April 8, 2014

Dah 6 bulan dah umur Hannah Rose & Harris Reza

Hannah Rose dengan Abang Long Kaisan
Sekejap aje rasa, tup tup anak kembar saya Hannah Rose & Harris Redza dah cecah 6 bulan. Macam-macam kerenah, perangai dan keperluan. Umur macam dua-dua ni dah seronok dah nak bermain-main dengan diorang. Badan pun dah tegap sikit especially si Harris, sampai Atok Mi di pun dah "give up" nak timang dia.

Harris Redza & Abang Long Kaisan
Ayah & mama suka melayan Harris & Hannah dan tiap-tiap hari mendoakan korang berdua jadi hamba Allah S.W.T. yang beriman & bertakwa. Amin.

Friday, April 4, 2014

Rebate tambahan RM 2,000 untuk Taksiran Cukai Tahun 2013 sahaja

Website LHDN: http://www.hasil.gov.my/

Lama betul saya tak update blog ni. Agak sibuk melayan si kembar Hannah & Harris tu. Dah masuk 6 bulan lega sikit. Ada sikit time untuk update blog sikit-sikit.

Semalam ada pegawai-pegawai dari LHDN datang buat penerangan tentang tax return tahun 2013 dan kita pun boleh tanya apa-apa kalau ada musykil. Salah satu yang menarik pegawai tu highlight ialah tambahan rebate RM 2,000 kepada yang income bawah RM 8,000 sebulan atau RM 96,000 setahun. Confirmlah saya boleh claim sebab tak cecah angka tu sekarang. Masa depan tak tahulah. In sya Allah.


Tarikh tutup untuk submit tax returns tahun 2013 ialah 30 April 2014, so janganlah lengah-lengahkan. Mana tahu boleh reclaim balik duit PCB tu.

Senarai rebate yang boleh claim untuk pulangan cukai taksiran: http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=1&posi=3&unit=1&sequ=1