Beberapa minggu lepas aku ada buat entry tentang pengalaman aku di salah satu franchise McDonald's di Shah Alam. Pengalaman dan layanan yang aku terima masa itu buat aku sedikit panas. Kalau nak tahu yang mana satu entry, klik kat sini "Kita Masih Ketinggalan"
Tetapi baru-baru ini ada salah seorang staf McDonald's cawangan itu yang meminta maaf. Ayat staf bernama Syazana itu berbunyi" Saya crew leader McD Giant Shah Alam. Saya tak tahu pun perkara itu berlaku. Saya minta maaf bagi pihak crew itu"
Mula-mula aku terkejut juga terima response tu tapi dengan ayat dari Syazana yang ikhlas aku senyum sendiri sebab masih ada harapan untuk sektor layanan pelanggan kita. Pada Syazana, saya puji kerana sudi meluangkan masa untuk respon dan teruskan kerja baik sebagai crew leader.
P/s: Kalau dapat Glass World Cup 2010 satu set pun best juga.
euwwwwwwwwww... boleh plak ada pompuan camtu.. aku dulu time study keja part time mcd jugak.. 2 tahun woooo.. customer, no matter what and how annoying they are, they always come first. Budak tu memalukan pekerja2 (masih lagi bangga keja part time sana) McD seMalaysia! Nasib baik ada crew leader yg baik2 cam Syazana tu.
ReplyDeleteZaman McD memang kenangan yang terindah. Banyak ragam customer. Bitter sweet, still very sweet to remember!
Ann~
ReplyDeleteMungkin hari tu staf tu hari tak baik. Tapi masih lagi bagi bad impression pada kita. Sejuk hati sikit bila Syazana tu minta maaf.
Btw, terima kasih singgah & datanglah lagi.
Salam ziarah...
ReplyDeleteKesian budak tu tak cukup budi bahasanyer. Itu budak yg belum matang. Kita maafkan ajer dia.
Mama nak kongsi cerita...ada Manager Fast Food yg takda budi bahasa dgn staff mereka sendiri. Suka maki hamun staff tanpa usul periksa atau walau atas kesilapan yg kecil. So, ramai staf dia yg berhenti, dtg dan pergi dan tinggalkan pesanan pd yg masih tahan dimaki. "Kelayakan utk bekerja di sini ialah "Sanggup tahan kena maki hamun." Sekolah tak tinggi pun takpa senang dpt kerja kat situ. Camner tu? Melayu dah hilang budi bahasa. Kalu staf solat... bangga pulak Manager muslim tu berkata "Walaupun aku tak sembahyang tapi aku tak curi2 makan" walhal staff yg dituduh curi makan tu tidak bersalah. Staf lain yg curi makan staf lain yg kena tuduh. Isshh...isshhh...
eh..mama tumpang merepek ....heeeee. Permisi.
Mama~ Issh. Tak kisah pun kalau nak merepek. Dtg lagi.
ReplyDeleteSelalu juga tengok benda ni berlaku bila pergi fast food places. Mungkin yang dah sampai tahapa manager tu dah besar kepala dan ingat staf dia org bawahan takde perasaan.
Manusia berbeza2 dan pelik.
haha..
ReplyDeletesempat gi minta gelas free..
mintak glass lebih bro..nak 1..hehe..
ReplyDeletelast week..kitorg dapat bad servis kat Kenny Rogers time square... :( memang spoiled our day la ahad lepas...
ReplyDeletesy penah gak keja McD for few months time blaja. patut keja kena rotate,but sy ni sorg je yg mentennnn je manager letak kat counter.hehe..sbb budak2 yg takat2 lepasan SPM samada fail nk speaking or sbb xleh nak sabar lyn kerenah customer
ReplyDeleteSalam singgah bo (^_^)
ReplyDeleteAnak sapa lah yg kurang ajar tu kan. Memang panas bila baca. So far blom kena lagi dgn CS yg kurang ajar nih.
hhhaa sempat lagi nak gelas satu set :P :P
ReplyDeletememang syazana tu layak jadi crew leader hehe
ReplyDeletesib baik ader yg mintak maaf, tp klu i lah..better budak tu sendiri yg mintak maaf..nape lah bukan manager dia yg baca kan kan kan...
ReplyDeletesalam perkenalan..first time bertapak di sini...
ReplyDeletetak ku sangka ada jugak yang sanggup melayan sebegitu....budi bahasa xde....x respect customer lak tu...syazana mmg layak menjadi ketua...ni la sifat seorang pemimpin..:)