Ads by Nuffnang

Wednesday, September 1, 2010

Duit raya tahun ni berapa mahu kasi daaa???

Kita tengok sampul mana yang paling banyak nilainya!

Sejak aku mula bekerja 5-6 tahun yang lepas, aku mula di selubungi satu soalan besar (yang juga membawa isu-isu lain) yang agak memeningkan kepala setiap kali Syawal menjelma....berapa nak kasi duit raya??? 

Mungkin ada sesetengah akan fikir,"Kalau susah sangat, jangan bagi, nanti tak ikhlas". Betul juga. Ada juga yang akan fikir "Ala...setahun sekali saja, apa salahnya" Betul juga tu. Banyak juga faktor yang perlu di fikirkan bila datang bab nak bagi duit raya ni.

Berapa nak bagi setiap seorang ni??

Macam aku mudah sahaja untuk decide jumlah & siapa yang patut terima, iaitu:


  • Beri secara ikhlas supaya di berkati. Kalau bagi tapi dalam hati mengomel-ngomel, baik tak payah bagi.
  • Tengok juga pada peringkat umur & kategori. Contohnya, kalau dah kerja (walaupun single) tak masuk dalam list penerima. Dari segi jumlah pulak, yang sekolah rendah sederhana jumlahnya, sekolah menengah lebih sikit jumlahnya dan kalau ada yang datang beraya ke rumah tu, RM 1 + kuih-kuih ajelah ye.
  • Paling penting aku mesti akan beri ialah pada datuk, nenek serta kedua ibu & ayah saya serta mak & ayah mertua. Mereka ini yang banyak berjasa pada kita, so inilah masanya kita pula untuk sedikit sebanyak cuba membayar semula jasa mereka walaupun pada hakikatnya sampai akhir hayat kita pun tak terbayar.
  • Tak bagi duit tapi bagi hadiah. Ini untuk sesetengah yang kita tahu memang tak kisah terima duit (memang ada!) tapi lebih menghargai hadiah-hadiah.
Macam mana pun, bila nak beri sentiasalah ikhlas, dengan senyuman dan juga waras. Kenapa saya kata waras? Sebab tak nak nanti bila habis aje Hari Raya ikat perut makan kuih raya untuk 2-3 bulan.

8 comments:

  1. kalau yg bekerja elok la bagi duit raya..yg tak kerja tu bagi sekadar yg mampu je..kalau tak bagi duit raya macam raya tak meriah pulak..hehe

    ReplyDelete
  2. Sweetsal~ Setuju. Kalau tak bagi duit raya mmg kurang meriah. Happy tgk budak2 senyuk lebar & kira duit depan kita..hehehe..

    ReplyDelete
  3. miss the days when I was younger (ahaha..bunyi sgt tua).. back then not everybody gave duit raya.. it was a nice surprise.. kids actually had fun visiting relatives and eating all the raya goodies..

    nowadays.. budak2 dtg.. makan pun nak tak nak jer.. eager to kutip as much money as possible and move on to the next house... *sigh*

    MY LATEST ENTRY: Merdeka! Happy birthday sayang

    ReplyDelete
  4. slm ziarah n 4lo..

    jgn lupa bg duit raya kat semua!

    ReplyDelete
  5. semoga nti kanak2 tu akan mendoakan kite...

    ReplyDelete
  6. Kalau student lagi and single lagi, boleh dapat duit raya takk?? :)

    nak duit rayaaaa

    ReplyDelete
  7. Budak2 lani xmau makan, nak duit raya sahaja

    ReplyDelete

Comment here