Ads by Nuffnang

Thursday, November 10, 2011

Diam kalau takde apa-apa yang elok untuk cakap


Pernah sekali dalam perjalanan balik dari kerja, boleh terlepas geram pulak kat sorang brader superbike. Saya turunkan tingkap, lepas tu cakap benda yang tak berapa elok sebab dia potong betul-betul depan kereta sampai kena emergency brake. Ikut perasaan time tu, terus cakap je benda yang terlintas.

Paling best, kena pulak berhenti kat lampu isyarat. Brader tu datang sebelah kereta saya tanya apa yang saya cakap tadi. Cakap kat dia apa yang tak puas hati & dia pun tak puas hati apa yang saya cakap. Nasib baik dia jenis boleh terima bincang. Lega. Mahu kena hempuk dengan helmet.

Kadang-kadang lebih baik tutup mulut dan jangan cakap benda pertama yang terlintas kat otak. Sebab mulut badan binasa. Peringatan untuk sesiapa yang singgah-singgah kat sini.

P/s: Kalau nak marah orang pun, tengok-tengok dulu kalau ada lampu isyarat kat depan.

1 comment:

  1. hahaha....tringat sya kt kmpus sya. laki 2 maki2 pak guard. skali bla dia msuk gear, lmpu merah. mau x malu coz suma student tgk perangai dia. hahaha

    ReplyDelete

Comment here