Ads by Nuffnang

Saturday, January 7, 2012

Dahaga weihh...

Kaisan suka minum soya
Kalau korang perasan, sekarang makin panas hari-harinya kalau nak di bandingkan sebulan yang lepas. Walaupun ada sesetengah negeri lain especially di Pantai Timur yang masih mengalami musim hujan dan banjir, rasanya negeri-negeri Pantai Barat ini makin panas pulak. 

Paling penting masa time panas-panas ini kena banyak minum air terutama sekali air kosong. Kita hilang air masa bernafas, berpeluh, buang air dan bercakap pun guna air. Air liur. Betul tak? Penting tu kena minum air.

Kalau lelaki sebaik-baiknya 3 liter sehari atau 13 gelas. Saya pun tak terminum banyak tu. Selalunya satu hari mungkin satu botol besar Coke. Tapi bukan minum Coke lah. Purata dalam 2 liter kot sehari. Oklah tu.

Kalau perempuan pulak, sebaik-baiknya 2 liter. Minum air untuk orang perempuan especially lagi penting sebab boleh control mood. Saya perasan kalau orang perempuan yang kurang minum air mesti gelisah atau suka meragam tak tentu pasal atau tentang hal-hal kecil. Pfft..

Itulah pentingnya kena minum air. Terbaik sekali kalau air kosong. Elakkan minuman bergas, bergula dan air batu. 

P/s: Korang cukup tak minum air?


2 comments:

  1. btol tu air kosong tetap yang terbaik...hehe...lepas main futsal pun prefer air kosong berbanding 100 plus ke...milo ke.

    ReplyDelete
  2. sy xsuke mnum air kosong..nsb kt kb.sejuk xdhga.

    ReplyDelete

Comment here