Datuk Lee Chong Wei juara kali kelapan Terbuka Malaysia |
Datuk Lee Chong Wei berjaya memenangi BWF Malaysian Open 2012 @ Terbuka Malaysia 2012 untuk kali kelapan sebentar tadi selepas mengalahkan Kenichi Tago dari Jepun dengan keputusan 21-6, 21-13 di Staidum Putra Bukit Jalil dalam perlawanan akhir.
Perlawanan di kuasai sepenuhnya oleh Datuk Lee Chong Wei dari awal hingga akhir dan hanya memerlukan lebih kurang dari 30 minit. Datuk Lee Chong Wei membawa pulak USD 30 ribu sebagai juara dan Kenichi Tago membawa pulang USD 15,200 sebagai naib juara.