Ads by Nuffnang

Showing posts with label Bebas Anwar. Show all posts
Showing posts with label Bebas Anwar. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

Jom cari pengebom Mahkamah Jalan Duta


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar membuat kenyataan bahawa pihak polis membuat tawaran ganjaran sebanyak RM 10 ribu bagi sesiapa yang memberikan maklumat yang membawa kepada penangkapan pihak yang meletakkan tiga bom semasa Perhimpunan Bebas Anwar 901 pada hari Isnin lepas di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Pihak polis juga ingin penjual-penjual yang mungkin menjual barang-barang yang di gunakan untuk membuat bom-bom tersebut tampil memberikan maklumat yang mungkin membantu. Mungkin dengan cara ini boleh menangkap pihak-pihak atau individu yang tak bertanggungjawab itu.

P/s: Nasib baik tak ada yang terkorban hari tu.

Sunday, January 8, 2012

Senarai Jalan di Tutup Sempena Perhimpunan Bebas Anwar 9 Jan 2012

Keseronokan yang di terima orang ramai sempena Perhimpunan 901 nanti. Syabas!
Berikut ialah senarai jalan-jalan yang akan ditutup sempena Perhimpunan Bebas Anwar 901 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 9 Januari 2012 nanti. 

Kesesakan akan lebih tertumpu kepada jalan-jalan menuju ke arah kawasan sekitar Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Perhentian Bas Jalan Duta dan Masjid Wilayah. Di jangkakan kesesakan akan bermula sekitar jam 7 pagi.

Senarai Jalan-Jalan Yang Ditutup 9 Januari 2012:

  • Jalan Kuching
  • Jalan Persiaran Dutamas
  • Jalan Ibadah
  • Jalan Khidmat Usaha
  • Bulatan Segambat
  • Jalan Dutamas
  • Jalan Hikmat Usaha
  • Jalan Duta (dua-dua arah)
P/s: Apa pendapat korang tentang perkara ini?