Ads by Nuffnang

Showing posts with label Erykah badu. Show all posts
Showing posts with label Erykah badu. Show all posts

Tuesday, February 28, 2012

Konsert Erykah Badu di batalkan kerana tatu kalimah Allah

Saya tak mahu meletakkan gambar tatu kalimah Allah yang berada di badan Erykah Badu kerana ia adalah aurat seorang wanita dan saya tidak mahu menambahkan dosa kerana menyebarkannnya. 

Baru tadi mendapat tahu konsert artis Erykah Badu yang sepatutnya di adakan di Kuala Lumpur malam esok di batalkan kerana tatu kalimah Allah di badannya. Tatu yang terletak berhampiran kawasan bahu dan ketiak di kedua-dua belah badan, telah di siarkan gambarnya di surat khabar The Star.


Islam melarang umatnya meletakkan tatu di badan apatah lagi jika meletakkan kalimah Allah. Memang dia bukan orang Islam, tetapi tatu itu sudah di anggap satu penghinaan pada Islam.

Saya memang menyokong konsert ini di batalkan kerana sebab di berikan oleh kerajaan Malaysia iaitu menyalahi undang-undang yang menyentuh sensitiviti agama di Malaysia. 


Bagus juga Editor suratkhabar The Star di panggil untuk memberi penjelasan mengenai penyebaran gambar tatu Erykah Badu ini, kerana ini bukan kali pertama suratkhabar ini menyiarkan perkara-perkara yang menghina umat Islam dan agama Islam.

Lebih lanjut, sila baca sini. Konsert Erykah Badu di batalkan

P/s: Orang Islam yang tidak setuju dengan konsert ini di batalkan, sila cerminkan diri dan ingat akan agamamu.