|
Banner bantahan di naikkan di STAR Paroi |
Nampaknya bantahan terhadap kenaikan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia pada 29hb Oktober di Stadium Shah Alam di antara Negeri Sembilan dan Terengganu sudah makin memuncak. Banner di atas tu di naikkan oleh penyokong pasukan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Di Terengganu pula, satu lagi banner yang juga menyatakan ketidakpuashatian penyokong pasukan Terengganu di bentangkan. Nampaknya penyokong kedua-dua pasukan bersepakat untuk membantah kenaikan harga tiket oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dari RM 30 untuk perlawanan akhir pada tahun lepas kepada RM 50 pada tahun ini.
|
Banner bantahan oleh penyokong Terengganu |
Kenaikan yang amat drastik ini tidak patut di lakukan oleh FAM dan akan hanya menyebabkan penyokong bolasepak tempatan terus menjauhkan diri dari stadium-stadium.
Mungkin dahulu duit tajaan dari syarikat rokok menjadikan FAM antara persatuan yang terkaya di Malaysia tetapi ini bukan langkah yang adil dengan menghukum penyokong tempatan senata-semata ingin menambahkan tabungan FAM.