|
Chong Wei di periksa oleh doktor kejohanan semasa game kedua |
Datuk Lee Chong Wei gagal mengikut jejak langkah lagenda badminton negara Wong Peng Soon dalam memenangi 3 gelaran All England berturut-turut. DLCW terpaksa menarik diri pada game kedua semasa ketinggalan 6-2 kepada Lin Dan kerana kecederaan bahu. Game pertama di menangi Lin Dan 21-19.
Kecederaan DLCQ di ketahui sebelum perlawanan bermula tetapi untuk tidak menghampakan peminat-peminat, dia turun juga untuk mempertahankan kejuaraannya. Namun, dari awal lagi boleh di lihat Chong Wei tidak dapat menahan asakan pemain China itu. Pukulan smash dan hayunan penuh tidak boleh di lakukan dan banyak pukulan banyak sampai mid-court sahaja.
Datuk Lee Chong Wei menerima medical time out sebanyak dua kali dan akhirnya selepas berbincang dengan doktor kejohanan dan jurulatih, beliau menarik diri.
Datuk Lee Chong Wei juga telah menarik diri dari kejohanan Terbuka Switzerland yang akan bermula Rabu ini. Beliau ingin mengelakkan kecederaan ini menjadi semakin teruk sebelum Olimpik di London nanti.