Ads by Nuffnang

Showing posts with label MasterChef Malaysia. Show all posts
Showing posts with label MasterChef Malaysia. Show all posts

Friday, January 13, 2012

Air Asia X batalkan penerbangan ke Eropah, Mumbai dan Delhi

Bye Bye Air Asia X
Nampaknya kenalah saya buat booking semula tiket flight pergi London bulan April ini selepas Air Asia X mengumumkan pembatalan penerbangan pergi ke Eropah, Delhi dan Mumbai semalam. Dah dapat pun email dari Air Asia memberikan pilihan-pilihan di sebabkan pembatalan ini. Dua option ialah full refund atau tukar destination. Full refund lah cenggitu.

Air Asia X terpaksa membatalkan service ke destinasi-destinasi itu kerana kenaikan harga minyak dan cukai penumpang yang semakin melampau. 

CEO Air Asia X, Azran Osman Rani mengatakan tiada pulangan positive kepada Air Asia jika meneruskan penerbangan ke destinasi tersebut walaupun sudah di usahakan cost-cutting measures.

Nampaknya ini juga petanda awal hasil partnership Air Asia dengan MAS. MAS yang mengalami kejatuhan kini lebih fokus pada destinasi premium sepert Eropah dan menarik diri dari destinasi bajet yang dahulunya mereka bersaing dengan Air Asia.

Hello MAS
Nampaknya saya kenalah book semula tiket dengan MAS untuk pergi ke London bulan April ini. Ada juga hikmahnya sebab harga tiket MAS ada offer sekarang ini.

Monday, January 9, 2012

Ezani juara Masterchef Malaysia Pertama


Tahniah buat Ezani, 26 dari Selangor yang berjaya bergelar Masterchef Malaysia yang pertama selepas mengalahkan Wahidan, 42 dari Sabah dalam finale Masterchef kelmarin. Di samping gelaran itu, dia juga memenangi wang tunai RM 100,000 dan juga peluang untuk menerbit buku masakannya sendiri.

Nampaknya adalah peluang Ezani mula menceburi bidang masakan dengan lebih serius atau pun boleh buat kedua-dua profession sekali iaitu menjaga kesihatan gigi pesakitnya dan juga bidang kulinari (membuka restoran). Tahniah sekali lagi Ezani!

Wednesday, January 4, 2012

Siapakah bakal Masterchef Malaysia yang pertama?

Nampaknya penentuan adalah di antara Ezani, 26 tahun dan Wahidan, 42 tahun untuk gelaran Masterchef Malaysia yang pertama.

Ezani, 26

Wahidan, 42
Harapan untuk dapat tengok salah seorang kawan adik saya, Zamir masuk final tak tercapai. Takpelah, future dia pun memang cerah dalam dunia culinari ini.


Korang fikir siapa yang akan jadi Masterchef Malaysia yang pertama?

Tuesday, October 25, 2011

Pendapat saya tentang Masterchef Malaysia


Sejak MasterChef Malaysia muncul di Astro @ Ria sabtu lepas (di tayangan dari hari Sabtu hingga Rabu setiap minggu), saya tak rasa MasterChef Malaysia ini dapat kekalkan minat penonton especially penonton yang sudah biasa dengan versi MasterChef Australia, MasterChef US dan Juniour MasterChef Australia.

Tak perlulah kita tiru version yang lain itu tapi Astro perlulah cuba buatkan show lebih relax dan menyeronokkan. Komen-komen yang di beri rasa seperti macam ada dalam kelas bahasa atau lecture room di kolej. Cuba jadikan version MasterChef lain tu sebagai reference point. Peserta mereka lebih relax dan makin lama makin bagus. Saya especially suka Junior MasterChef Australia. Bayangkan budak-budak berumur 8-13 tahun boleh memasak makanan seperti di hotel 5 bintang. Terpegun.

Saya ada beberapa cadangan. Suasana yang relax dan kreatif mungkin dapat mengurangkan tekanan pada peserta yang memang nampak sangat-sangat kaku. Ada yang berdiri dalam keadaan senang sedia ala-ala tentera apabila menunggu keputusan judges. Di sinilah peranan judges penting. Apabila kurang tekanan, kreativiti dan kebolehan peserta akan muncul dengan sendirinya. Penonton pun akan lebih nak tahu apa yang setiap peserta akan sediakan dan pasti ada yang menjadi favourite penonton. Chef Wan pun ada komen tentang perkara ini melalu Facebook.

Peranan judges sangatlah penting menjadikan MasterChef Malaysia interesting
Komen dari judges pun adakalanya sampai tahap kelakar pun ada. Kekadang tu saya sendiri tukar channel sekejap bila rasa komen tu terlalu kelakar dan "entah apa-apa" punya komen. Peserta bergantung kepada komen-komen dari judges yang berpengalaman untuk menjadi lebih skilful dan cekap.

Para peserta harus di galakkan oleh judges dan Astro untuk lebih relax dan kreatif. Kesian juga tengok peserta-peserta tu sebab terlalu tertekan untuk impress judges. When you relax, more positive stuff will come out of it.

Apa pendapat korang tentang MasterChef Malaysia ini?