Selalu kalau kita cerita pasal pustakaan mesti terbayang tempat yang suram, sunyi dan jadi tempat baca buku aje. Time student dulu, kalau tak pasal ada assignment atau exam memang jaranglah nak jejak tempat ni. Duduk baca buku pun kepala dok melayang-layang fikir benda lain. Korang pun sama kan?
Balik ke Perpustakaan Raja Tun Uda (PPAS) Shah Alam ni, terletak di Seksyen 13, Shah Alam dalam Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah (KGSAAS). Perpustakaan Raja Tun Uda ini hadiah dari Sultan Selangor dan bernilai RM 70 juta.
Macam mana nak sampai sini? Kalau dari roundabout Kayangan (turun dari Federal Highway)
- Masuk ikut pintu gerbang KGSAAS & jalan terus
- Jumpa simpang tiga, belok kanan,
- Jumpa roundabout kecil, ambil exit pukul 3,
- Jalan terus dan PPAS ni ada sebelah kiri.
Aktiviti yang boleh buat kat PPAS ni:
- Baca buku, majalah cari research material
- Surf internet. PC di sediakan dan boleh bawa PC sendiri. WIFI Free & login kena register aje kat portal.
- Boleh main video game. PS3 dan X-Box 360 di sediakan.
- Santai tengok TV (Astro), video dan movie di bilik tayangan 6D.
- Bawak anak-anak/budak kecil kenal membaca di pusat kreatif.
- Boleh bersenam di gym yang di sediakan di tingkat bawah dengan sedikit bayaran penyertaan.
Memang seronok dan senang singgah sini sampaikan saya boleh duduk situ dari pagi sampai petang. Waktu urusan PPAS boleh tengok bawah ni.
Waktu Perkhidmatan Perpusatakaan |
Kalau rasa perpusatakaan tempat bosan, korang kena cuba melawat Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam. Sambil cari ilmu, boleh berhibur.