Seronok juga dengar komen-komen pemanggil ttg final ni. Sambutan ini menunjukkan rakyat Malaysia mmg sentiasa menyokong sukan bolasepak Malaysia. Tetapi selalu di kecewakan. Tapi tidak lagi.
Tadi setelah boss di office bagi chance balik awal, dengan cepatnya aku pick-up isteri yang sarat mengandung tu dan merentas traffic jam Federal Highway yang mmg takkan surut. Dalam kereta perbualan ini berlaku:
Aku: Ish..derang nih tak nak tgk Malaysia main final ke?
Isteri: Alaa...takyah tgklah awak. Kalau ramai-ramai tengok mesti Malaysia kalah.
Aku: Mana ada camtu..ishh..apsal mamat depan nih slow sangat?
Isteri: Bola tu tetap bulat lah awak..tak payah lah rushing...
Aku: Ye sayang....!@##$@$ (dalam nada perlahan di tujukan pada pemandu-pemandu lain yang slow)
Sampai rumah..on tv....baru half time. Score 0 - 0. Fuhh. Still ok nih. Ada chance nih. Sempat buat air and amik kerepek dari tin Milo besar kat dapur tu.
2nd half start. Malaysia buat serangan pertama. Sikit lagi. Sayang, seribu kali sayang (bak kata Hj Hasbullah Awang). Akupun terus tgk dgn asyik dan akhirnya saat yang diidamkan muncul. GOAAAALLLLLLL!!!!!
Jaringan dari Safiq Rahim pada minit ke 85. Malaysia 1 - Vietnam 0.
5 minit je lagi. Bertahan!! Vietnam humban semua ke arah gol Malaysia. Minit 90. 4th official angkat time board.....6 minit masa tambahan???!!!! WTF!!?!? Apa kau ingat ni macam Man Utd lwn Man City ke??
Tapi aku amik ini sebagai tanda baik sebab Man Utd menang selepas 6 minit tu..Glory Glory!! (sempat lagi tu). Pemain-pemain Malaysia pulak cuba bersungguh2 utk membuat semua rakyat Malaysia sakit jantung dgn membuang bola. Peganglah bola tu. Bukan dengan tangan tapi jgnlah sepak merata-rata.
Priit priiit prriiiiiiitttt!!! Tiupan wisel pengadil yang akhirnya menandakan berakhirnya penantian Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia selama 20 tahun. 20 tahun yang penuh dgn kekecewaan dan harapan-harapan palsu. Malaysia kini juara!!!
Tahniah kepada K.Rajagopal, jurulatih yang amat down to earth (tak spt coach Malaysia yang terakhir tu yang sekarang jadi jurulatih Kelantan) & juga terutama sekali pemain-pemain Malaysia yang bermain dgn corak permainan yang boleh di banggakan.
Diharapkan kemenangan ini boleh dibina untuk lebih banyak kejayaan.
Syabas Malaysia! Malaysia Boleh!!.... Akhirnya.
Syabas Malaysia! Malaysia Boleh!!.... Akhirnya.
No comments:
Post a Comment
Comment here