Ads by Nuffnang

Monday, January 4, 2010

Khemah Versus Dewan



Ok! Musim bertandang ke majlis perkahwinan pun sudah selesai. Tapi sebenarnya tak juga sebab masih lagi ada yang melangsungkan perkahwinan pada musim bukan cuti sekolah. Dalam bulan ini sahaja, aku ada 3 lagi majlis yang kena pergi. Nasib baik semua dekat-dekat.

Tapi takpelah. Entri aku kali ini aku buat setelah pemerhatian selama sebulan aku pergi ziarah & menjamah majlis kahwin dari utara hingga selatan Malaysia. Naik gak dekat 4 kilo aku ni setelah habis semua majlis aku pergi.

Aku just nak tanya pada followers Bo Is A Nerd (itupun kalau ada yang baca). Majlis kahwin mana yang korang prefer? Majlis kahwin yang di buat didepan rumah yang menggunakan khemah dan meja-meja yang di letakkan di atas jalan..... ATAU .....Majlis kahwin yang di adakan di dewan-dewan atau hotel-hotel.

Kita cuba tgk setiap satu majlis ini dgn lebih mendalam. (ayat skema)

MAJLIS PERKAHWINAN DI RUMAH

(BAIK)

  • Family senang berkumpul kalau majlis di buat di rumah. Lepas tu kalau jiran-jiran semua kalau jenis baik/semangat berjiran dia kuat, boleh lah bergotong royong. Dah saving kat situ. Boleh juga tunjuk kecantikan rumah, kalau rumah orang tu pun cantik.

  • Kebanyakan kawan2 & saudara mara mudah nak jumpa kalau pernah datang rumah. Yang tak permah tu pandai2lah guna map yang ada pada kad jemputan.

  • Pengantin nak "freshen up" pun senang. Naik bilik, solat, tukar baju ke. Tapi jangan tak turun balik ke majlis sudah. Manalah tahu tak tahan ke kan....

  • Rasa less formal. Tak perlu bersudu garfu dan jaga sangat etika makan walupun kena gak maintain bab etika makan tu. Nanti orang cap gelojoh pulak.

(TAK BAIK)
  • Kena tutup jalan. Kalau area kejiranan yang tak bersemangat berjiran tu, susah lah sikit. Mesti ada yang marah, takpun menngumpat dalam senyap..ish ish ish ish.

  • Terbuka pada risiko cuaca yang tak menentu. Kekadang kalau panas pun tak best juga nak makan sebab bila makan, peluh pun berjerih-jerih turun. Kalau hujan pulak, faham2 lah betapa tak selesa.

  • Kekurangan tempat duduk disebabkan orang suka lepak lama-lama dan tak pandai nak bawa diri.

  • Selepas majlis selesai & saudara mara dah balik, tuan rumah kenalah mengadap mengemas rumah. Kekadang proses ini boleh mengambil masa sampai seminggu ataupun lebih. Ada juga yang tak recover-recover juga.
_________________________________________________________________

MAJLIS PERKAHWINAN DI DEWAN

(BAIK)

  • Selalunya majlis di dewan pakai catering services. Semua makanan & perhiasan dewan tak perlu di bimbangkan sangat. Cuma perlu supervision from tuan majlis (tuan rumah).

  • Terlindung dari cuaca panas dan hujan yang tak menentu. Ada sesetengah dewan ada parking berbumbung seperti Dewan Bankuet MBSA kat Shah Alam tu.

  • Jumlah yang hadir boleh di control. Ini kalau majlis jenis "sit down". Ini boleh menjimatkan kos dari segi kad jemputan dan makanan.

  • Tetamu boleh makan dengan selesa walapun adakalanya ada juga dewan yang kurang selesa di sebabkan perkara-perkara lain

(BURUK)

  • Pengantin tak dapat untuk "freshen up" sebab lokasi dewan agak jauh. Kalau hotel, mungkin dah sewa bilik. Soal lainlah tu ye.

  • Tak dapat nak tunjuk rumah kepada yang datang.

  • Rasa formal sebab almaklumlah buat dalam dewan, tertib makan kenalah lebih sikit. Nanti ada pulak yang pandang.

  • Parking kereta mungkin kena bayar. Ini mungkin akan meyusahkan tetamu. Sebab tu kekadang aku tak bagi hadiah best-best sangat sebab dah tahu kena bayar bagai.

  • Majlis "sit down" yang terlalu panjang dan meleret-leret boleh juga menjadikan para tetamu bosan. Nanti ada pulak yang keluar dewan sebelum majlis tamat & tinggallah meja-meja yang kosong.

Itu adalah sikit-sikit baik & buruk mengadakan majlis kahwin di rumah dan di dewan/hotel. Apa-pun, di mana saja majlis diadakan, hendaklah tengok pada bajet kewangan dan keinginan diri atau "preference".

Perkahwinan itu adalah salah satu sunah Rasul. Ia sepatutnya amat mudah dan jangan biarkan perkara-perkara material & sampingan menjadikan ia susah.


So, mana satu pilihan anda? Dewan atau khemah?









8 comments:

  1. pilih khemah!~~ngee...sbb xckop badget..kuikuikuikui~

    ReplyDelete
  2. hana ~ khemah eh? tapi kan..sekarang ni harga sewa canopy ada juga nak dekat sama harga dgn dewan.
    dah ada tarikh ke? hehehe..

    ReplyDelete
  3. Bo, kalau kat hotel best. Lepas kahwin, pengantin tak balik.. terus check in untuk honeymoon! hahaha

    ReplyDelete
  4. personally, i prefer rumah.. i think it would be nice to have some sweet memories kat rumah sendiri @ parents' house.

    Tapi memandangkan cost kalau wat kat umah nowadays agak tinggi jugak as compared to buat kat dewan, I'd go for dewan la rasanya nanti. Plus kalau kat dewan, penat2 balik umah boleh rehat. Relative pun leh dtg umah lepak2. Xde la lepas majlis, kena kemas umah pulak kan.

    And speaking of seated reception @ night.. hmm.. honestly, i dont fancy that jugak. Macam penat & boring jugak nak tunggu sampai masa utk makan.. huhuhu.. perut dh berkeroncong2 dah.

    Anyhow, sumer depends to masing2 punya preference. Yang penting sumer happy.. kan?

    ReplyDelete
  5. Yes, Naz. Ada pros and cons kalau bt majlis di rumah & dewan.
    My personal experience, I did it last year at Dewan Bankuet MBSA. Rental only RM4 ribu yang termasuk kerusi meja muat 1000 orang and audio equipment. Also, ada bilik VIP utk saudara mara lepak & parking basement free.

    Like you said, ikut suka dan rasa hati. Bukan org lain yang nak kahwin. Kita juga kan... :)

    ReplyDelete
  6. thanks..tngh fikir2 nak wat kenduri dekat mane..hehe

    ReplyDelete

Comment here