Ads by Nuffnang

Wednesday, January 13, 2010

Tak Habis-Habis Dengan Streamyx

Case aku dengan Streamyx masih belum selesai.

Aku telah pergi ke TM Point Shah Alam Seksyen 11 dan bertanya kenapa masih belum dapat connection Streamy walaupun sudah di janjikan sambungan dalam 24 jam. Jawapan yang di terima.....jeng jeng jeng.

"Kami dah e-mail Technical Department lah encik. Tapi masih belum dapat reply dari sana".

Aku tersengih sinis & terus tanya balik,

"Habis tu cik, saya nak kena pergi ke technical department dan cari orang yang bertanggungjawab ke? Bukan ke awak sendiri tadi kata TM yang tersilap potong & tutup akaun Streamyx saya tu. Saya boleh aje hantar e-mail rungutan pada MCMC (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia) kalau cik nak saya buat macam tu".


Terus gelabah pegawai customer care tu. Selepas di janjikan akan di sambung semula, aku pun keluar dari TM Point tu & gerak pergi office.

Masa kat office pulak, ada orang TM telefon cakap suruh call number hotline Streamyx untuk pengesahan (verification call) kerja penyambungan. Di sebabkan TM hanya benarkan panggilan pengesahan di lakukan guna telefon rumah atau land lines.

Aku pun minta ayahku yang ada di rumah untuk lakukan panggilan. Selepas sejam, ayah ku telefon balik. "Ayah nak pergi letup TM Point jap lagi. Customer care officer dia cabar ayah buat report pada TM. Siap bagi nama dia and contact number lagi. Dia kata kerja tu only buat dalam masa 3 hari bekerja."

Kalau korang masih ingat, orang TM tadi janji within 24 hours kan? Apalah nak jadi dengan TM nih. Hampeh.

4 comments:

  1. You can got to forum.lowyat.net and search for the broadband section where there are plenty of people willing to teach you how to improve the speed by complaining to mcmc,

    ReplyDelete
  2. read more h8n13u6m80 replica gucci handbags best replica ysl bags replica bags sydney replica gucci bag u3e38v7w00 replica bags louis vuitton replica bags toronto hermes fake f7b24l0z77 replica bags near me

    ReplyDelete

Comment here