Ads by Nuffnang

Sunday, February 14, 2010

Wahai Saudara Islamku, Tak Perlulah Sambut Valentine's Day



Tanggal 14hb Februari setiap tahun, muncullah Valentine's Day atau Hari Kekasih. Aku tak pernah sambut Valentine's Day sebab dari dulu sedar ini adalah satu perayaan agama Kristian. Terdapat pelbagai version tentang sejarah Valentine's Day, so aku pun tak nak lah cerita.

Sebagai seorang Muslim, kita wajib menghindari dari menyambut perayaan ini. Mesti ada yang kata, "apa salahnya sambut, bukannya kita berdoa kat church ke, atau peluk Christianity ke". Alasan ini memang selalu aku dengar bila aku buat teguran. Tapi takpelah kalau tak nak dengar atau mengikut sebab aku pun sudah menjalankan tugas sebagai seorang Muslim,
Sebab-sebab seorang Muslim tidak menyambut Valentine's Day:

  1. Bukan hari kebesaran atau sambutan dalam Islam.
  2. Membawa kepada possibilty untuk berzina, seks dan melakukan perkara-perkara di laknati Allah S.W.T.
  3. Pembaziran wang sebab selalunya akan di beli flowers, chocolates, presents dan yang paling best, hotel room untuk melakukan projek. Nauzubillah.
  4. Mengelakkan akidah di gugat.
  5. Menjaga maruah diri dan nama baik keluarga. Ini ada kaitan dengan reason No 2 atas tadi. Kalau kena tangkap khalwat atau mabuk ke, parents dapat tahu, tak ke malu?
  6. Kenapa perlu suatu hari khusus untuk menunjukkan kasih sayang pada yang di sayangi? Tiap-tiap hari pun boleh tapi make sure kita berada dalam perhubungan yang sah dan halal. Ingat!
Bottom line is, Valentine's Day bukanlah sambutan seorang Muslim atau penganut Islam. Elakkanlah menyambutnya.

No comments:

Post a Comment

Comment here