Ads by Nuffnang

Showing posts with label Bo is a nerd. Show all posts
Showing posts with label Bo is a nerd. Show all posts

Friday, July 13, 2012

Patut ke tak patut?


Patut ke tak patut saya cashout sekarang?

Kalau kumpul akhir bulan, mungkin lagi banyak. Lagi puas hati.

Tapi kalau cashout lepas tu simpan kat bank, boleh dapat dividend.

Kalau cashout sekarang, boleh simpan untuk beli 

Tuesday, February 14, 2012

Mana arah tuju? Mana jalan keluar?


Banyak pulak benda-benda yang buat kepala ini serabut.

Kerja, duit, studies, kesihatan. Semua benda ini sebenarnya boleh handle tapi lately isu-isu ini makin menonjol pulak. Menjadi isu yang susah nak handle orang lain mula express risau.

Rasa macam duduk dalam "Maze". Ada banyak jalan tapi hanya ada satu saja jalan untuk keluar.


P/s: Aku hanya mampu beristighfar bila akal mula berserabut dan perkara-perkara keji muncul. Syaitan mula melakukan kerja.

Thursday, January 12, 2012

Berat bontot


Kalau dalam English ada satu ayat "stop dragging your feet!". 


Maksudnya, janganlah lengah-lengahkan kerja kalau ada. Terus buat dan boleh buat benda lain. Itu memang habit buruk saya dari dulu lagi. Susah betul nak hilangkan habit buruk lagi-lagi bila makin tua camni. 

Ada cara ke nak hilangkan atau kurangkan habis suka lengah-lengahkan kerja ni??

Tuesday, January 3, 2012

Tahniah kepada Miera, pengikut Bo is a Nerd #888

http://miraakim.blogspot.com/


Yeah! Hari ini Bo is a Nerd berjaya mendapat follower #888. Selalu orang kata especially kawan-kawan berbangsa Cina saya kata nombor ini "manyak ong lah kawan!". Tak boleh percaya pada perkara begini sebab agama melarang. Peringatan pada diri.

Tahniah kepada Miera sekali lagi. Korang bolehlah melawat blog Miera yang kiut-miut ini di http://miraakim.blogspot.com

Apa agaknya saya patut bagi sebagai penghargaan kepada Miera? Hmmmm......

Saturday, December 24, 2011

Boss, saya mahu bagi awak 15 ribu ringgit


[Panggilan telefon saya terima siang tadi]

Bo: Hello.

Caller: Hello. Saya mahu beli you punya nombor.

Bo: Nombor apa? Saya bukan main nombor.

Caller: Bukan itu nomborlah boss. Saya mahu beli you punya nombor telefon. Banyak cantik ini nombor.

Bo:Ooo..nombor telefon saya. Mana you dapat nombor saya? Berapa harga you mahu beli?


*masa ni dah curiga sikit. Nak tahu mana dia dapat nombor. Ayat tanya nak beli tu pancing aje*

Caller: Saya tekan saja. Cuba-cuba saja. Berapa you mahu boss? Saya mahu beli. You bagi harga lah boss.

Bo: Saya mahu 20k. Mahu?

Caller: 20k banyak mahallah boss. Kasi kurang sikitlah. 12K bolehlah. 

Bo: 12k saja tak mahu. Last offer 15k. Mahu ke? Last offer. Kalau tak mahu, saya letak phone.

Caller: Oklah boss. 15k bolehlah tapi macam mana mahu deal?

Bo: Saya saja tengok you mahu beli ke tidak. Tak mahu juallah. Sayang ini nombor. Lepas tu salah jual nombor telefon. Saya boleh report sama you.

Caller: *hang up telefon terus*

Setakat ini itulah offer paling tinggi saya pernah dapat untuk nombor handphone saya. Sebelum ini yang paling tinggi pun RM 5K. Ada sebab kenapa saya tak jual nombor phone tu walaupun di offer duit banyak tu. 

Kalau korang, jual ke tak?

Thursday, December 15, 2011

Saya dah join kelab 3 Series

Tajuk bukan main lagi kan. Bukannya baru beli BMW 3 Series atau pun Mazda 3. Tapi kalau boleh beli apasalahnya, betul tak? Sebenarnya saya dah berumur 3 dekad atau 30 tahun. Yup, tanggal 9 November yang lalu saya dah berumur 30 tahun. Muda lagi tu sebab orang selalu kata life starts at 40. Kira kanak-kanak lagi lah ni. Cheh, perasan sejenak. 

Walaupun dah lebih sebulan berlalu saya menjadi ahli Kelab 3 Series, rasanya patut juga buat posting kat sini buat kenang-kenangan dan tengok sama-sama dengan anak-anak nanti. Insya'Allah.

Hari tu ada dua sambutan. Sebelah siangnya sambutan bersama wife dan anak di Chilis One Utama. Sebelah malamnya bersama ahli keluarga yang lain. Yang bestnya, family bawa pizza favourite baru, Papa Johns Pizza. Memanglah terbaik.

Walaupun simple, tapi memang rasa di hargai dan di sayangi. Terima kasih kepada semua yang wish & doakan saya pada hari itu.

Kaisan mengacau ketenteraman ikan-ikan
Aksi kejar mengejar

Ingat touch screen
Mama tolong Kaisan coloring


Jeling pada siapa pulak tu?

Amboi, jelingan tajam nya

Sluurrppp...

Mama's order. Forgot apa mama order.

Kaisan's kiddie meal

Birthday boy punya meal

Guocomole...mole...mole..

Tak reti hisap straw camtulah gayanya

Kenyang sambil layan Upin & Ipin

Please no paparazzi..

Jalan-jalan kasi turun makanan

Muat pulak dua beranak ni duduk

Tiga large Papa John Pizza

Nak start yang mana satu ni?

Layann..

Baskin Robin Ice Cream Cake..tak pernah dapat ni.

Coklat all the way...sila tekan butang "Like"

Chicken wings for Kaisan

All smile....*click*

Achik makan dulu...Kaisan suap
Achik dah terbongkan...Kaisan kenyang sampai tinggal pampers

Friday, August 19, 2011

Sampul aje? Mana duitnya???

Sarung duit raya dari office tahun ini.
Haa..inilah sampul duit raya dari Sime Darby tahun ini. Simple yet elegant. Cantik tapi dapat satu pek saje @ 10 keping. Nampaknya kenalah dahulukan mereka yang penting dahulu. Yang lain-lain tu, pakai aje yang bank bagi masa tukar duit. Bukannya diorang nak heran pun. Semua tengok duit aje.

Apa lagi sampul duit raya yang menarik tahun ini?

P/s: Best kalau sarung datang sekali dengan isinya sekali. Boleh mimpi ajelah.

Tuesday, August 16, 2011

Pakcik! Kami tak nak makan, nak duit raya aje!

Duit raya oh duit raya
Sekejap saja kita dah sampai hari ke-16 bulan Ramadhan yang mulia ini. Setakat ini ibadat puasa tahun ini Alhamdulillah mudah di kerjakan tanpa banyak dugaan. Doa-doa begitulah sehingga akhir nanti. Macam biasa tiap-tiap tahun, time-time begini dah mula di kira-kira berapa banyak duit raya yang hendak di beri.

Draft list duit raya tahun ini, masih tertakluk pada perubahan.
Isteri selalu mengingatkan, bagilah seikhlas yang boleh sebab bukannya selalu kita bagi duit. Betul juga tapi aku juga fikir lebih ikhlas kita memberi, insya'Allah lebih besar pahala dan pulangan kita nanti. Itu semua aku biarkan Allah yang menentukannya sebab rezeki datang dari Allah.

Korang dah prepare ke duit raya untuk tahun ini?

P/s: Budak-budak tak nak masuk makan dah, terus terang cakap nak duit raya.

Tuesday, August 9, 2011

Tablet PC mana yang patut di beli?

Dah lama survey market tablet PC ni. Yang popular semestinya Apple iPad dan iPad2, diikuti rapat Samsung Galaxy Tab. Ada juga contender lain seperti Blackberry Playbook, HP Touchpad dan Motoral Xoom.


Tapi aku dah shortlist kepada 4 tablets yang aku rasa leading market sekarang ni. Cuma sekarang sebab tak pernah ada personal experience dengan tablet-tablet ni susah sikitlah nak pilih.


Aku nak cari tablet yang sesuai untuk blogging, browsing dan boleh buat kerja sikit-sikit. Plus point dan advantage kalau tablet yang mudah transfer files dan connectivity macam bluetooth.


Apple iPad 2
Samsung Galaxy Tab
Blackberry Playbook

Asus eeepad Transformer TF101
Hmm...so apa pendapat you guys? Nak minta pendapat kawan-kawan tentang tablet PC yang patut aku beli?

Berbaloi shopping di Sunway Pyramid

CIMB KFC Vouchers
Berapa ramai tahu sepanjang bulan Ogos (1 - 31hb Ogos 2011) ini kalau kita shopping lebih dari RM 500 dengan guna kredit kad CIMB boleh dapat voucher KFC? Mesti ramai yang tak tahu kan.

Senang aje nak redeem. Beli barang dari mana-mana saja kedai dalam Sunway Pyramid, mana-mana saja. Kumpulkan semua resit-resit (tak semestinya dari satu kedai aje) dan kalau cukup RM 500 boleh bawa slip caj bayaran kredit kad CIMB ke CIMB Bank Card Service Centre @ Sunway Pyramid di Tingkat 1 dekat dengan Burger King. Tapi kena redeem pada hari pembelian. Tak boleh kumpul-kumpul.

Voucher KFC, Pizza Hut & RasaMas
Voucher boleh digunakan di semua Restoran KFC dan Pizza Hut di Malaysia atau Restoran RasaMas atau Kiosk Rasa Ayamas. Valid untuk 6 bulan selepas 31 hb Ogos 2011.

Dekat mana lagi shopping complex yang ada buat offer macam ni ye? 

Tuesday, August 2, 2011

Maafkan aku.....

Tempat baruku mencari rezeki
Mungkin masih belum terlambat hendak di ucapkan selambat menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Semoga kita dapat memuliakan bulan ini dengan amalan-amalan kita, ibadat dan penhayatan ibadat puasa kita. Amin.

Maafkan aku!! Blog ini tidak dapat di update sehari dua bersebab. Aku sekarang sudah bertukar kerja bersama Sime Darby setelah meninggalkan Tune Talk dua bulan lepas. 

Walaupun terpaksa meninggalkan kawan-kawan dan hubungan-hubungan yang memang best di Tune Talk, namun aku terpaksa mengambil keputusan meninggalkan semua itu dan menjadi ahli keluarg baru Sime Darby.

Masih lagi nak biasakan diri dengan naik public transport dan mencari rutin baru selepas rutin yang biasa selama 3 tahun semasa bekerja di Tune Talk. Di tambah pula dengan menghayati bulan Ramadhan, ujian juga makin berat.

Sekali lagi, aku minta maaf dan berjanji akan kembali selepas membiasakan diri dengan rutin yang baru.


Wednesday, July 27, 2011

Your blog is stupid and you are a moron

Pagi-pagi lagi dah bangun bersiap-siap hantar isteri dan anak kemudian pergi ke tempat yang aku nak pergi. Tetiba dapat sms dari isteri, "Awak cuba baca blog awak. Ada orang tinggal komen mencarut kat blog awal. Geramnya!". Hehehe...marah betul isteri saya itu. 

Ini komen yang buat isteri geram sangat lepas membacanya,


Sempat pergi ke blog pengomen ni, terus buat aku faham kenapa dia tulis macam ni. Sebab dia ala-ala jiwa terganggu. Aku takkan tulis nama blog dia sini, takkan free-free aje bagi traffic.

Biasalah bila berblogging ni. Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Kalau ada kritikan, jangan tersentap dulu. Baca dan fahami pandangan pengkritik tu dan mungkin kita boleh belajar dari kritikan tu. 

Tapi kalau kritikan yang tak berguna macam yang aku dapat pagi ini, ignore sahaja. Tak perlulah nak balas membalas. Buang masa aje.

Monday, July 25, 2011

Borong Sakan di Maybank Treats Fair 2011

Minggu lepas ada singgah di Maybank Treats Fair 2011 di Midvalley Convention Centre, Midvalley. Tak pernah pergi dan kali ini sebab ada free time sikit singgahlah kejap. Treats Points pun boleh tahan banyak,  teruslah terjah. 

Kali ini nak biarkan gambar-gambar tell the story of my trip to Maybank Treats Fair 2011.

Fire drill outside Midvalley with fire trucks
Entrance Maybank Treats Fair

Display di luar yang buatkan teruja nak masuk 
Boleh check Treats Points kita di Customer Service Centre
EpiCentre target utama....boleh dapat ke iPad2 dengan point yang ada?
Ramai pulak orang belek iPad. Hot item!
Booth Maxis, Samsung dan Lumix
Terjah booth Canon..DSLR menarik minat
Tawaran-tawaran percutian menarik di booth MAS
TV and audio display di booth Samsung
Booth ini jual barang-barang permainan kanak-kanak
Cash Twister. Grab duit yang berterbangan dalam tu. Dapat 5 ringgit aje
Will surely come again next year. Need to collect more points!
End of the day, boleh tahan juga barang-barang yang aku dapat. Walaupun tak dapat iPad2 idaman hati tu walaupun boleh aje tambah sikit duit untuk cover points yang tak cukup, tapi puas hati sebab dapat barang-barang untuk wife dan Kaisan.

Remote control helicopter.
Jam original Casio G-Shock yang dah lama target 
Sony walkman 
Music Laptop untuk Kaisan
Beg laptop dan rechargeable batteries