Ads by Nuffnang

Tuesday, February 15, 2011

Penyejuk hati selepas penat bekerja...

Putera hati kami, Muhammad Kaisan, 10 bulan.

Selepas sehari bertarung dengan kerja di office, tengok aje muka Kaisan, terus sejuk hati aku. Terus aku kembali ingat kenapa aku bekerja. Kenapa aku harus bersabar. Kenapa aku kena kuat memcari rezeki.

Memang betul kata orang bahawa anak itu pemurah rezeki dan cahaya dalam kehidupan. Walaupun Muhammad Kaisan semakin besar (10 bulan sudah) dan semakin lasak, penat kerja tadi hilang terus bila layan si Kaisan ni.

Alhamdulillah kepada-Mu Ya Allah di atas anugerah ini dalam hidup kami suami isteri.

5 comments:

Comment here