Mungkin entry ini lambat tapi aku ingin berkongsi sikit tentang khutbah solat jumaat semasa aku solat di Masjid UIA di Petaling Jaya.
Khutbah jumaat lepas bertajuk "Tekanan Dalam Kehidupan dan Bagaimana Untuk Menghadapinya". Lately, aku agak sedikit tertekan dengan keadaan di tempat kerja. Sehinggakan aku nak berhenti cari kerja lain. Apabila khatib memulakan khutbah dengan "kehidupan yang tiada tekanan, bukan kehidupan namanya". Memang betul kenyataan ni. Tapi dalam khutbah yang sama, khatib tu juga menyatakan jika kita boleh mengeluarkan diri dari keadaan stress itu tanpak memberi impak negatif pada oranglain, agama serta keadaan sekeliling, boleh lah kita usaha untuk keluarkan diri dari keadaan itu.
Allah itu Maha Kaya & Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang di hadapi oleh hamba-Nya. Pada aku, khutbah itu menjadi petunjuk pada diri untuk berusaha manage stress yang aku hadapi ini dengan lebih baik dan buangkan stress itu jika perlu.
P/s: Aku yang sedang mencari kerja baru.
Allah kan Maha Mengetahui segala apa yg tjadi..
ReplyDeletedoa dpermudahkan lah tu..
Allah Maha Segalanya..
ReplyDeletep/s: semoga cepat2 dpt kerja yg didamkan :)
Recently: tsunami di jepun ~ update photo terkini