[Panggilan telefon saya terima siang tadi]
Bo: Hello.
Caller: Hello. Saya mahu beli you punya nombor.
Bo: Nombor apa? Saya bukan main nombor.
Caller: Bukan itu nomborlah boss. Saya mahu beli you punya nombor telefon. Banyak cantik ini nombor.
Bo:Ooo..nombor telefon saya. Mana you dapat nombor saya? Berapa harga you mahu beli?
*masa ni dah curiga sikit. Nak tahu mana dia dapat nombor. Ayat tanya nak beli tu pancing aje*
Caller: Saya tekan saja. Cuba-cuba saja. Berapa you mahu boss? Saya mahu beli. You bagi harga lah boss.
Bo: Saya mahu 20k. Mahu?
Caller: 20k banyak mahallah boss. Kasi kurang sikitlah. 12K bolehlah.
Bo: 12k saja tak mahu. Last offer 15k. Mahu ke? Last offer. Kalau tak mahu, saya letak phone.
Caller: Oklah boss. 15k bolehlah tapi macam mana mahu deal?
Bo: Saya saja tengok you mahu beli ke tidak. Tak mahu juallah. Sayang ini nombor. Lepas tu salah jual nombor telefon. Saya boleh report sama you.
Caller: *hang up telefon terus*
Setakat ini itulah offer paling tinggi saya pernah dapat untuk nombor handphone saya. Sebelum ini yang paling tinggi pun RM 5K. Ada sebab kenapa saya tak jual nombor phone tu walaupun di offer duit banyak tu.
Kalau korang, jual ke tak?