Ads by Nuffnang

Showing posts with label selamat hari raya 2012. Show all posts
Showing posts with label selamat hari raya 2012. Show all posts

Friday, August 3, 2012

Cashout Duit Raya Nuffnang..yeah!

Dashboard Nuffnang sebelum cashout

Lambat pulak aku upkan entry ni. Sibuk dengan kerja office, tarawikh, tengok London Olympic Games 2012 lagi. Tapi better late than never orang kata.

Cukup akhir bulan lepas, 31 hb to be exact aku dah cashout earnings Nuffnang aku. Alhamdulillah, lepaslah kalau nak cover balik belanja Aidilfitri (insya'Allah jika kita sempat bertemu dengan 1 Syawal) pada tahun ini.

Sebab dah tahu payment process Nuffnang akan ambil 30 hari untuk cheque sampai, aku tunggu sampai last day untuk cashout. Awal bulan September Insya'Allah dapat. Hari Raya 2012 akan lebih meriah untuk aku dan family kali ini. Yeah!

Thanks Nuffnang! Keep the cheques coming!

Sudah Cashout! Kena mula kumpul balik, RM 0.00.

Korang dah cashout ke?

Monday, July 30, 2012

Mangsa main mercun pertama keluar berita Ramadhan 2012


Hari tu aku ada buat entry "Berapa lama agaknya berita pertama cedera main untuk tahun ini akan keluar?" Semalam sudah terjawab lah persoalan aku.

Dua orang cedera parah selepas satu bungkus berisi 40 biji mercun bola meletup. Mangsa-mangsa yang berasal dari Kampung Kuala Kangkong, Simpat Empat adalah Mohd Sohibullah Saad, 27 tahun dan anak jirannya, Tuah Mohamad Hafiz Mohd Razali, 8 tahun.

Kejadian terjadi apabila Sohibullah yang mula-mula main sendiri di tolong oleh Tuah yang menyalakan sumbu mercun bola. Sumbu yang menyala terjatuh ke dalam bekas yang berisi lebih kurang 40 mercun bola.


Inilah rupanya mercun bola
Letupan menyebabkan Tuah tercampak hampir 2 meter dan pengsan. Sohibullah pulak cedera teruk di muka dan mata kiri. Dia kemungkinan akan buta mata kiri, Tuah pulak di rawat sebagai pesakit luar kerana cedera sedikit di peha dan mata.

Nasihat aku, tak perlulah main mercun atau bunga api. Dari dulu lagi aku anggap bermain mercun dan bunga api macam membakar duit. Imagine kerja susah payah, terbakar macam tu aje. Iyelah...kata lah aku kolot....no fun...bosan...poyo. Tapi cuba fikirkan, worth it ke jadi buta, kudung, melecur semata-mata bunyi "pop" yang sekejap aje.

Berbaloi ke? Cuba jawab, cuba jawab....