Ads by Nuffnang

Monday, June 20, 2011

Weekend Getaway: The Legend International Water Homes (TLIWH)

The Legend International Water Homes

Hujung minggu lepas kami sekeluarga pergi cuti-cuti Malaysia ke Port Dickson. Tak lama pun. Dua hari aje. Cukuplah untuk lari dari stress kerja & rumah. Planning pun last minit. Hotel pilihan kami The Legend International Water Homes.


"Ayah bawak kereta cepat-cepat tahu!". Mungkin itu yang Kaisan cuba cakap.
Nak cari tempatnya mula-mula agak payah. Rupanya dia lebih keatas lagi selepas bandar Port Dickson dan arah yang sama ke Glory Beach Resort. Glory tu sebelah aje dengan The Legend International Water Homes.

Entry kali ini akan lebih banyak menunjukkan gambar. Rasanya tak perlulah cerita bandar PD tu macam mana sebab ramai yang tahu macam mana kan. Aku akan lebih banyak cerita tentang tempat kami menginap masa di Port Dickson. 


Banyak betul visitors dari Singapura
Parking space memang banyak. Boleh juga parking dalam hotel tapi malas nak naik atas bertingkat-tingkat, so decide parking kat luar senang. Masa kami menginap situ, banyak pula pelancong dari Singapura. Rupanya cuti sekolah diorang belum habis lagi. Patutulah bersepah kereta plat Singapura masa kami sampai.


Villa-villa cantik over the sea
Suka tengok gambar ni. Ambil masa on the way nak pergi ke bilik. Ini semua Premium Pool Villa Above the Sea. Nama pun "above the sea", so memanglah atas laut. Dalam setiap bilik ada window pada lantai yang kita boleh bagi kita tengok pasang surut air laut. 


Oh ye, kami dapat upgrade ke Premium Villa sebab pertama kali datang ke sini. Pada mulanya, kami hanya book Executive Pool Villa tapi masa check in Service Manager tu kata kami dapat upgrade ke Premium Villa. Bagus!!


Time ni dah tercungap-cungap nak berjalan ke bilik
Ada buggy service disediakan untuk menghantar pengunjung dan bag-bag berat ke bilik. Kitorang guna juga buggy service tu tapi untuk hantar beg aje. Saja jalan-jalan nak experience tempat ni dengan lebih rapat. Gambar atas tu wife and Kaisan berjalan ke arah bilik kami. Jauh juga ke dalam.


Boleh buat profile picture Facebook ni
Wife dan Kaisan stop bergambar sebelum sampai kebilik. Memang cantik area ni dengan ada pokok-pokok menjalar tu. Tambah pulak boleh dengar ombak menghempas ke pantai.


Sampai sudah ke bilik 2013A. Kaisan, bak kunci.
Akhirnya sampai ke bilik. Tak boleh nak masuk sebab Kaisan pegang room card key. Mesti masuk mulut. Budak-budak macam itulah.


Indoor private swimming pool menyambut kedatangan kami
Buka-buka pintu terus nampak tarikan utama hotel ini. Setiap villa ada private indoor swimming pool. Tak dalam, hanya 4 kaki dalam dan sesuai untuk kanak-kanak especially babies. Wife Bo ajak datang pun sebab dia nak swim tanpa segan.


Time ni dah tak sabar-sabar nak terjun masuk
Pandangan dari luar bilik. Kaisan dah tengok-tengok pelampung oren tu
Dua katil king size untuk Premium Villas
Kaisan mengelak jalan atas floor window panel. Gayatlah tu.
Boleh nampak air tengah pasang masa kami sampai
Kaisan tengah buat inspection bilik. Semua bilik dia masuk.
TV LCD 32 inci. Free WIFI & ASTRO juga disediakan untuk semua bilik
Kitchenette yang lengkap dengan microwave oven dan electronic kettle.
Bathroom cantik. Ada hair dryer dan tuala yang cukup dan pelbagai size.
Shower room yang agak luas. Toilet cantik tapi tak ambil gambar..hehe.
Selepas dah explore seluruh villa tu, wife Bo dan Kaisan dah tak sabar-sabar lagi nak terjun masuk pool. Kaisan ada beberapa kali nak terjun sendiri tapi nasib baik dia good boy bila kena tegur. 

Seronok betul Kaisan dapat swim. Macamlah kat rumah tak swim.


Kaisan nak ayah dia tolak laju-laju.
Kaisan sibuk nak main air pancut dari mulut katak
Kaisan keletihan lepas berenang. Dapat susu panas & aircond, settle.


Selepas swimming, semua dah letih dan lapar. Makan nasi ayam yang di bungkus dari Restoran Mak Mah. Restoran tu memang favourite aku bila datang PD sebab semua ada. Servis pun pantas. Malam tu sebab sibuk nak cari makan malam sampai terlupa nak ambil banyak gambar. Oh well...


The Legend pada waktu malam.
Anak beranak posing sebelah fountain.
Keesokannya, saat yang aku memang tunggu Breakfast buffet!! This is where I get back my money. Yang bestnya, Kaisan pun bangun awal. Macam tahu-tahu aje ayah dia lapar. Terus kami ke Restaurant Duyung yang cantik dan selesa.

Tersenyum lebar isteriku tapi Kaisan still mamai. Kesian Kaisan..
Ramai orang awal-awal pagi ni. Lapar sangat kot.
Macam biasa. Aku akan target daging-daging dan ayam
Kaisan melayan Honey Stars. Banyak juga dia makan.
Sempat lagi posing.
Lepas makan, jalan-jalan lagi keliling area hotel dan ambil gambar sambil biar Kaisan main dekat playground.


Lanun Bar
Kaisan letih berjalan. Nak minta dukung.
Kiddie pool playground
Main hotel pool
Kaisan seronok dapat main playground

Aik! Tidur ke?

Ada lah tu bincang anak beranak tu. Mesti ayah yang kena tanggung nanti

Itulah percutian kami sekeluarga yang singkat tapi memang seronok dan santai. Nanti insya'Allah boleh datang lagi.

Kalau berminat nak tahu lebih lanjut tentang The Legend International Water Homes, boleh klik di http://www.legendiwh.com.my. Semua maklumat ada di situ. Walaupun agak mahal, tetapi selepas keseronokan kami sekeluarga, ia berbaloi-baloi.

6 comments:

  1. wow!syiok tempat ni... best.. nak pergi jugak la nanti... ^_*

    ReplyDelete
  2. Bebudak klo jumpa pool memang suka. Cantik tempat nih ☺☺

    ReplyDelete
  3. bestnye, terngin nak gi sini tapi mahal kan rate dia... sesuai la dgn standard dia kan..
    tgok gmbo awak makin rasa nak pegi...huhu

    ReplyDelete
  4. Mrs Honey~

    Memg best! Nanti jgn lupa ceritakan pengalaman kat saya ye.

    ReplyDelete

Comment here