Ads by Nuffnang

Wednesday, June 15, 2011

Nokia menang saman hakcipta terhadap Apple


Nokia akhirnya berjaya menang dalam saman paten hakcipta terhadap Apple selepas pertama kali mengemukakan saman pada tahun 2010. Nokia menyaman Apple kerana penggunaan teknologi transmisi data dan teknologi antenna pada produknya. Penggunaan teknologi ini di katakan melanggar paten hakcipta Nokia.

Saman pertama Nokia telah memihak kepada Apple apabila hakim ITC memberi keputusan bahawa dia tiada nampak tiada penyalagunaan hakcipta oleh pengeluar iPhone ini. Nokia seterusnya mengemukakan saman kedua beberapa hari kemudian yang berjaya memihak kepada syarikat gergasi dari Finland ini.

Di antara perjanjian kewangan di antara dua syarikat ini ialah Apple perlu membayar bayaran satu kali dan bayaran royalti kepada Nokia yang akan di bayar dari masa ke semasa.

Keputusan ini membuktikan bahawa Intelligence Property (IP) adalah amat penting dalam industri wireless. Pada Nokia, ini akan dapat membantu gergasi yang sedikit ketinggalan ini untuk mengukuhkan semula kedudukan dalam industri telefon mobil.

No comments:

Post a Comment

Comment here