Ads by Nuffnang

Friday, July 1, 2011

ASTRO patut pertimbangkan semula review harga kata Datuk Seri Ismail Sabri

Astro patut lebih sensitif kepada pengguna mereka
Akhirnya, salah satu menteri menyuarakan ketidakadilan review harga yang di umumkan oleh Astro 7 June lalu (sila baca entry Pakej ASTRO naik mulai 11 Julai). Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah menyuarakan pendapatnya tentang isu ini semasa merasmikan Perhimpunan Pengguna Kebangsaan 2011 di KL Sentral semalam.

Astro berada di bawah pengawasan Kementerian Penerangan dan Komunikasi yang berada di bawah Datuk Seri Dr Rais Yatim. Ismai Sabri akan berbincang dengan Rais Yatim tentang isu ini supaya rakyat tidak dibebankan dengan review harga ini. 

Di ingatkan supaya mendapatkan kebenaran SKMM sebelum menaikkan harga
Astro telah diingatkan bahawa mereka perlu mendapatkan dahulu kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum menaikkan harga pakej-pakej mereka. Rais Yatim telah mengingatkan Astro pada 15 June lalu bahawa kenaikan harga pakej ini tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran SKMM terlebih dulu.

Pada aku, kenaikan ini tak masuk akal sebab sah-sah mereka sahaja yang monopoli market siaran berbayar dan di katakan kenaikan ini sebab kenaikan kos untuk mendapatkan hak penyiaran sesetengah channel. Mungkin perlu di boikot Astro seperti yang cuba di lakukan oleh NGO pengguna hari tu.

4 comments:

  1. betul tu sy sokong...jgn nak naikkan harga ikut sesuka hati jer...

    ReplyDelete
  2. Aku memang bengang ngan isu ni.. Perkhidmatan takdelah power mana tp harga asik mahu dinaikkan saja.. Kalaulah Astro ada pesaing mesti kantoi. Dah konpem2 org lari..

    ReplyDelete
  3. hanya pikir untung saja astro ni...

    ReplyDelete
  4. apa yang nak dirisaukan,astro hanya digunakan oleh pengguna-pengguna yang dahulu,setelah kemunculan internet kelajuan tinggi,down ler astro tu.

    ReplyDelete

Comment here