Ads by Nuffnang

Thursday, July 7, 2011

Myvi oh myvi

Habis bumper di cabutnya
Semalam aku tak dapat nak online sangat sebab sehari suntuk duduk di bengkel sebab air cond Myvi aku pulak buat hal. Myvi aku ni mula mengeluarkan bunyi ala-ala turbo blow off macam kereta-kereta dalam Fast & Furious padahal mana ada turbo atau blow-off. Myvi standard aje. Rim pun tak tukar, masih lagi standard.

Mula-mula bawa pergi PERODUA Service Centre Shah Alam walaupun hati terasa berat ke sana sebab tahu mahal upahnya. Tapi sebab aircond ni element penting dalam cuaca Malaysia yang panas ni, pergi jugalah ke PERODUA. Selepas serviceman tu check, dia kata condenser dengan compressor dah rosak. Dia advice buat kat luar sebab PERODUA mahal, katanya RM 2 ribu jugalah. Baik betul budak tu sebab kalau tak, tak pasal-pasal aku bayar lebih.

Terus aku cari bengkel yang nampak ada rupa sikit, try tanya and mintak check. Memang sah compressor & condenser kena tukar. Repairment tu kata dia kena caj bawah RM 1 ribu. Oklah tu daripada RM 2 ribu PERODUA nak caj tadi.

Selepas 4 jam menunggu (tunggu kat Burger King Shah Alam Extreme Park sambil layan WIFI), Myvi ku kembali sejuk dan tak keluarkan bunyi macam Skyline GTR. Repairment tu kata sensor aircond rosak masa last tempat aku hantar service, service kereta aku. 

Pengajaran dari ini ialah servicelah kereta anda selalu samada enjin atau aircond dan keep it clean at all times.

2 comments:

  1. Salam awak.
    Saya pun ada keta myvi dan keta tu berbunyi2 pagi td jika dipasang a/cond. Sedangkan baru shj servis 2 hari lepas. Dikatakan condenser dan compressor perlu ditukar dan harganya rm1500. :( *kecewa* saya pun hantar di pusat servis Perodua shah alam. Berapa harga awk dikenakan kalau tukar kt bengkel luar?

    ReplyDelete
  2. salam.
    Blh bagi info kedai yg buat servis acond tu

    ReplyDelete

Comment here