Ads by Nuffnang

Thursday, March 22, 2012

Murah rezeki bila rezeki di kongsi


Ramai orang selalu merungut gaji keciklah. makan tak cukuplah, itu mahal, tak mampu hidup selesa dan macam-macam lagi bila sebut tentang rezeki. Walaupun kerja dan berusaha kuat, rezeki masih lagi di takuk lama. Asyik tak cukup aje. Manusia memang sentiasa tak berpuas hati. Tapi itu bukan topic entri kali ini.

Tapi pada saya, kalau ada rezeki tu kenalah bersyukur sebab DIA yang Maha Pemberi. DIA akan memberi kepada hamba-NYA yang tahu bersyukur. Cara bersyukur ada banyak cara. Bukan setakat mengucapkan Alhamdulillah.

Beribadat adalah cara terbaik menunjukkan syukur. Cara lain untuk menunjukkan syukur seperti bersedekah, menjamu kawan-kawan atau keluarga makan atau memberikan sebahagian dari harta yang kita ada orang lain.

Insya'ALLAH, apa yang mungkin kita terima akan berlipat kali ganda dari yang kita beri, janji yang kita beri tadi tu ikhlas.


P/S: Entri ini berdasarkan amalan seorang kawan yang tidak lokek membawa kawan-kawan makan kari kepala ikan kampung attap setiap kali mendapat rezeki lebih. Semoga dia dan keluarga sentiasa terpelihara oleh-NYA.

11 comments:

  1. betul2...sebelum merungut lebih2 tu,ingatlahh ada yang hidup lebih susah...nak makan setiap hari pun is a huge blessing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Sometimes we have to something rather than just merungut. Also, give back when we can. Right bro?

      Delete
    2. indeed,bro...betul sekali...jangan asyik merungut je keje...semalam makan kat satu kedai kat bangsar,ada beberapa pekerja myanmar...tgk dorang kat sini,terpikir sejenak...jauh dari hometwon,keluarga...semata mata menjadi pelayan kat kedai makan kat sini...it seriously got me thinking... :)

      Delete
  2. memang betul..bila berkongsi ni akan lebih berkat...


    harus ikhlas untuk merasa manisnya berkongsi..

    ReplyDelete
  3. Betul tu...rezeki kalau dikongsi bukan sahaja dapat memberi kegembiraan kepada orang lain malahan hati kita turut tenang bila melihat kegembiraan orang lain...turut menjadikan kita orang yang lebih positif dan pahala pun bertambah..

    ReplyDelete
  4. derma seperti biji benih yg mana akan bertambah dan terus bertambah jika terus menderma

    ReplyDelete

Comment here