Ads by Nuffnang

Showing posts with label jjcm. Show all posts
Showing posts with label jjcm. Show all posts

Saturday, March 31, 2012

Jom try Triple Chicken Sensation Pizza!!


Nampak macam sedap Triple Chicken Sensation Pizza dari Pizza Hut ni. Katan ya lagi sedap kalau makan dengan Triple Sensation Platter. Banyak jenis daging ayam dan cheese yang memang sticky and gewy.

Pemegang kad Maybank boleh dapat diskaun 30% apabila membuat pembelian a' la carte. Apa lagi? Jomlah serang Pizza Hut yang terdekat! Jom!

Thursday, March 22, 2012

Murah rezeki bila rezeki di kongsi


Ramai orang selalu merungut gaji keciklah. makan tak cukuplah, itu mahal, tak mampu hidup selesa dan macam-macam lagi bila sebut tentang rezeki. Walaupun kerja dan berusaha kuat, rezeki masih lagi di takuk lama. Asyik tak cukup aje. Manusia memang sentiasa tak berpuas hati. Tapi itu bukan topic entri kali ini.

Tapi pada saya, kalau ada rezeki tu kenalah bersyukur sebab DIA yang Maha Pemberi. DIA akan memberi kepada hamba-NYA yang tahu bersyukur. Cara bersyukur ada banyak cara. Bukan setakat mengucapkan Alhamdulillah.

Beribadat adalah cara terbaik menunjukkan syukur. Cara lain untuk menunjukkan syukur seperti bersedekah, menjamu kawan-kawan atau keluarga makan atau memberikan sebahagian dari harta yang kita ada orang lain.

Insya'ALLAH, apa yang mungkin kita terima akan berlipat kali ganda dari yang kita beri, janji yang kita beri tadi tu ikhlas.


P/S: Entri ini berdasarkan amalan seorang kawan yang tidak lokek membawa kawan-kawan makan kari kepala ikan kampung attap setiap kali mendapat rezeki lebih. Semoga dia dan keluarga sentiasa terpelihara oleh-NYA.

Sunday, March 18, 2012

Tukar pengacara Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) TV 3, membosankan.

Jalan Jalan Cari Makan TV3 dah tak best?

Selalunya kalau ada di rumah, pukul 12 tengah hari Ahad mesti tengok Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) TV3. Nak tengok tempat-tempat yang menarik kalau nak makan. Boleh cuba-cuba atau take note kalau kita kebetulan ada kat kawasan tu.

Tapi sejak 2-3 minggu ni dah skip tengok JJCM. Ada dua sebab saya skip:

Sebab pertama: Konsep JJCM TV3 dah tukar

Sekarang ada tema lah pulak. Minggu ni semua murtabak. Minggu ni pulak semua burger. Minggu ini pulak semua roti canai. Betul-betul bosan kalau macam ni.

Ramai yang tengok JJCM bukan sebab nak tahu jenis makanan tu. Tapi lebih kepada tempat makan itself. Tak payahlah nak buat tema mingguan. Keep it simple sebab selama ni penonton memang follow.

Tema minggu ini: Karipap. Biar betul??!!


Pengacara baru ni dah buat JJCM ni lebih formal dan tak sempoi macam yang lepas-lepas. Qi Razali memang pengacara JJCM yang paling sempoi dan membuatkan penonton nak cari tempat makan yang dia pergi tu. Pengacara yang baru ni macam banyak jaga hensem (pengacara lelaki) dan jaga mekap tak comot (host perempuan tebal betul mekap dia).

Tadi JJCM ada feature Burger Bakar Kaw-Kaw Wangsa Maju. Saya yang pernah pergi makan situ dan tahu betapa nikmatnya Burger Kaw-Kaw tu boleh terus tukar channel bila tengok host berdua ni makan. Rasa tak berselera langsung. Kalau nak makan pun kena berlakon, then you have a problem. Makan je, bukan berlakon drama guys.

Burger Bakar Kaw-Kaw ni sedap, pengacara JJCM TV 3 makan buat nampak tak sedap
So, itulah luahan kecewa sikit pada perubahan rancangan Jalan Jalan Cari Makan TV 3. Rasanya nanti bila rating JJCM dah menurun, baru nak rombak semula kot.

P/s: Siapa lagi rasa JJCM dah tak best?

Thursday, March 1, 2012

Jom Cheechah! Authentic Malaysian Tapas


Jom Cheechah!!!

Haaa....makan malam ini akan di taja oleh isteri. Oh yeah! Dia beria-ia nak belanja kerana saya berjaya mendapat sesuatu yang baru. Apa benda yang baru tu? Tak perlulah saya beritahu tapi yang pentingnya, benda tu memang penting untuk masa depan kami sekeluarga. Isteri punya happy sampai nak belanja makan malam. Terbaiklah!

Lagipun, dah lama nak cuba makan di Cheechah Authentic Malaysian Tapas. Belakang rumah aje tempat  ni tapi tak sempat nak cuba. Baca review dari bloggers lain tentang Cheechah memang nampak best. Terliur tengok gambar-gambar.

What do you guys recommend untuk kami cuba di Cheechah malam nanti?