Ads by Nuffnang

Sunday, March 11, 2012

Jom Sarapan @ Lada Hijau Sunway Damansara

Lada Hijau Restoran @ Sunway Damansara

Kali ini singgah Restoran Lada Hijau di Sunway Damansara, Kota Damansara untuk sarapan. Ternampak restoran ini masa nak pergi ke Kafe Cheechah. Maybe should give this place a shot one of these days katanya.


Masa pergi memang tengah lapar, so expecting mungkin ada variety dalam menu sarapan di Lada Hijau. Tapi kecewa. Sebab yang ada hanya nasi lemak biasa (kalau nak extra sikit, ada ayam goreng), kuey tiau goreng, nasi goreng, mee goreng dan bihun goreng. Semuanya di letakkan dalam tray untuk serve buffet. 

Bihun campur nasi goreng untuk Kaisan dan mama
Kuih muih, roti-roti dan apa-apa benda lain yang ada dalam menu, memang tak ada untuk sarapan. Pekerja di situ kata makanan ala carte mula ada time makan tengah hari. Patutlah masa belek menu tu dia kata minuman saja boleh order dari menu. Tak apa, nanti boleh try time makan yang lain.

Nasi lemak biasa dan kopi O sarapan pilihan
Nasi lemak dan sambalnya sedap dan cukup rasa.
Walaupun sedikit hampa kerana kurang variety tapi nasi lemak Lada Hijau memang sedap. Ada aroma, rasa dan di makan bersama sambal yang sedikit pedas dan juga sedap, memang terbaik.

Santai sarapan di Lada Hijau

Rating Lada Hijau @ Sunway Damansara: 2.5 out of 5 Putu Bambu


Lada Hijau Restoran,
37, Jalan PJU 5/12, Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor

12 comments:

  1. nmpak grand je restoran nih...bersih, kemas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Nampak cantik dan bersih. Servis pun cepat. Tapi advisable datang masa lunch hour atau makan malam. Lebih veriety.

      Delete
  2. sesekali sarapan kat luar best gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujung minggu terutama sekali. Memang terbaik!

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. kreatif laa design logo lada hijau ni ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kreatif. Konsep restoran Lada Hijau ni pun ada potensi.

      Delete
    2. yer memang kreatif. saya memuji staf mengenai dekorasi restoran tersebut, terbaik dari ladang cili hijau. haha..

      Delete
  5. saya makan nasi goreng USA. sedap gak. cara hidangan dengan nasi goreng + daging merah + telor mata + keropok memang terbaik. pastu rasa daging merah ditambah dengan black pepper so nampak kelainan sikit. pada mulanya saya tidak order air pasal bawak air sendiri. setelah merasa daging merah + black pepper terpaksa order air teh o ais untuk menghilangkan bau mulut. huhu... customer service ok. staf x sombong

    saya pergi dlm pukul 10.30 mlm, so x ramai org.

    nasi goreng usa = rm8
    teh ais = rm2

    rate : 4 bintang dari 5 bintang

    ReplyDelete

Comment here