Ads by Nuffnang

Showing posts with label makan makan. Show all posts
Showing posts with label makan makan. Show all posts

Tuesday, September 25, 2012

Dolce Gusto untuk di jual...murah murah...


Saya nak jual machine Nescafe Dolce Gusto saya yang masih belum keluar dari kotak dan tak pernah pakai. Ada 6 kapsul kopi percuma.



Sila PM saya (dalam ruang comment) untuk harga yang menarik.


Sunday, March 18, 2012

Tukar pengacara Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) TV 3, membosankan.

Jalan Jalan Cari Makan TV3 dah tak best?

Selalunya kalau ada di rumah, pukul 12 tengah hari Ahad mesti tengok Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) TV3. Nak tengok tempat-tempat yang menarik kalau nak makan. Boleh cuba-cuba atau take note kalau kita kebetulan ada kat kawasan tu.

Tapi sejak 2-3 minggu ni dah skip tengok JJCM. Ada dua sebab saya skip:

Sebab pertama: Konsep JJCM TV3 dah tukar

Sekarang ada tema lah pulak. Minggu ni semua murtabak. Minggu ni pulak semua burger. Minggu ini pulak semua roti canai. Betul-betul bosan kalau macam ni.

Ramai yang tengok JJCM bukan sebab nak tahu jenis makanan tu. Tapi lebih kepada tempat makan itself. Tak payahlah nak buat tema mingguan. Keep it simple sebab selama ni penonton memang follow.

Tema minggu ini: Karipap. Biar betul??!!


Pengacara baru ni dah buat JJCM ni lebih formal dan tak sempoi macam yang lepas-lepas. Qi Razali memang pengacara JJCM yang paling sempoi dan membuatkan penonton nak cari tempat makan yang dia pergi tu. Pengacara yang baru ni macam banyak jaga hensem (pengacara lelaki) dan jaga mekap tak comot (host perempuan tebal betul mekap dia).

Tadi JJCM ada feature Burger Bakar Kaw-Kaw Wangsa Maju. Saya yang pernah pergi makan situ dan tahu betapa nikmatnya Burger Kaw-Kaw tu boleh terus tukar channel bila tengok host berdua ni makan. Rasa tak berselera langsung. Kalau nak makan pun kena berlakon, then you have a problem. Makan je, bukan berlakon drama guys.

Burger Bakar Kaw-Kaw ni sedap, pengacara JJCM TV 3 makan buat nampak tak sedap
So, itulah luahan kecewa sikit pada perubahan rancangan Jalan Jalan Cari Makan TV 3. Rasanya nanti bila rating JJCM dah menurun, baru nak rombak semula kot.

P/s: Siapa lagi rasa JJCM dah tak best?