Print out your free coupon by clicking below
Ads by Nuffnang
Showing posts with label jalan jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label jalan jalan cari makan. Show all posts
Wednesday, July 11, 2012
Saturday, July 7, 2012
Patutlah gemuk-gemuk ikan koi kat One Utama ni
Kadang-kadang kalau bosan duduk rumah hujung minggu and kitorang just nak keluar rumah, tempat ni kitorang pergi, Rainforest Park @ One Utama Damansara. Ada 3 tingkat tempat ikan ni tapi kami lagi suka kolam di parking basement.
Makanan ikan dalam bentuk bola harga RM 1 boleh beli kat Ground Floor Level (depan Teh Tarik Place) di vending machine. Tapi siap-siapkan dulu 2 keping duit syiling lama 50 sen. Duit baru tak tahu pulak di terima tak. Enjoy the pictures guys.
Friday, July 6, 2012
Jom Cuba Nasi Lemak Panas Warung Rindu Pantai Dalam
Nasi Lemak Warung Rindu Pantai Dalam |
Kalau tengok dari gambar biasa aje kan nasi lemak ni? Kena cuba dulu. Siapa yang pernah cuba, pasti akan faham kenapa warung ni nama dia Warung Rindu.
Warung Rindu ini terletak dia Apartment Seri Angkasa berhampiran dengan stesen komuter Pantai Dalam. Kalau dari Angkasapuri, maintain kiri, jumpa trafik light, then belok kanan. Sebelah kanan dah nampak dah Warung Rindu.
Isteri dah tak sabar nak makan Nasi Lemak Panas Warung Rindu |
Nasi lemak panas dia simple aje. Nak minta lauk pauk yang macam-macam takdelah, paling kuat pun ayam goreng atau telur mata kerbau. Tapi benda yang simple yang sedap tu. Kesedapan dia terletak pada sambal dia. Ada rasa manis tapi kick kepedasan tu tetap ada.
Sambal nasi lemak dia buat saya rindu selalu kat warung ni |
Boleh makan di situ atau bungkus, siap-siap bungkus RM 1 tapi portion dia puas hati. Selalunya saya dan isteri order dua nasi lemak biasa, teh tarik dan kopi O, RM 5 aje.
Ada banyak meja kat warung tetapi problem utama ialah parking sampai kena parking di tepi-tepi jalan besar. So, kena hati-hati sikit.
Nasi lemak dia ada dari pagi sampai ke malam. Tengah hari pun ada juga nasi campur, so memang sesuai untuk datang makan sini pada bila-bila masa.
Hari jumaat ada pisang, sedekah khas dari tuan warung |
Makan sekali di Warung Rindu, rindu-rindu selalu.....
Tuesday, July 3, 2012
Jom cuba Cheesy Bites Steak Pizza @ Pizza Hut
Cheesy Bites Steak Pizza @ Pizza Hut |
Hujung minggu lepas ajak isteri keluar makan sebab nak bagi peluang dia berehat dan juga untuk cuba pizza baru Pizza Hut, Cheesy Bites Steak Pizza. Yeah! Selalu dengar iklan di radio aje, itulah yang tarik juga isteri pergi mencuba.
Melayan Kaisan sementara order kami sampai |
Pizza Hut One Utama pilihan kami sebab paling dekat dengan rumah dan memang sesuai untuk keluarga. Sebab dah tahu nak order apa, takdelah lama sangat "study" menu tu. Cuma nak pilih menu untuk Kaisan sebab "Kids Eat Free Everyday".
Kids Eat Free Every Day |
Pilihan kami Meaty Feast 1 yang ada regular size Cheesy Bites Steak Pizza, 2 soup of the day, 4 garlic breadsticks dan 2 glass 7 Up Revive.
Macam biasa, soup of the day (mushroom soup) dan air sampai. Makanan Kaisan pun sampai, order favourite Kaisan Kids Carbonara. Besar juga portion untuk kids tapi yang paling penting...FREE!!!
Macam biasa, soup of the day (mushroom soup) dan air sampai. Makanan Kaisan pun sampai, order favourite Kaisan Kids Carbonara. Besar juga portion untuk kids tapi yang paling penting...FREE!!!
Berselera Kaisan mengadap Kids Carbonara...favourite! |
Memang kali ini Pizza Hut tidak mengecewakan selepas 2 kali kecewa dgn pizza-pizza baru yang lepas-lepas dari Pizza Hut. (Baca: Triple Chicken Threat Pizza & Pizza Hut Chunky Loaded Mengecewakan)
Disebabkan tak nak spoil mood, sila lah layan gambar-gambar pizza ini. Memang terangkat.
Cheesy Bites Steak Pizza |
Mama pun berselera |
Memang berpuas hati dan terangkat |
Kaisan makan sampai terangkat-angkat jari kelingking |
Promo dari Pizza Hut |
Saturday, June 30, 2012
Lunch Meatballs Ikea
Saturday, March 31, 2012
Jom try Triple Chicken Sensation Pizza!!
Nampak macam sedap Triple Chicken Sensation Pizza dari Pizza Hut ni. Katan ya lagi sedap kalau makan dengan Triple Sensation Platter. Banyak jenis daging ayam dan cheese yang memang sticky and gewy.
Pemegang kad Maybank boleh dapat diskaun 30% apabila membuat pembelian a' la carte. Apa lagi? Jomlah serang Pizza Hut yang terdekat! Jom!
Sunday, March 18, 2012
Tukar pengacara Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) TV 3, membosankan.
Jalan Jalan Cari Makan TV3 dah tak best? |
Selalunya kalau ada di rumah, pukul 12 tengah hari Ahad mesti tengok Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) TV3. Nak tengok tempat-tempat yang menarik kalau nak makan. Boleh cuba-cuba atau take note kalau kita kebetulan ada kat kawasan tu.
Tapi sejak 2-3 minggu ni dah skip tengok JJCM. Ada dua sebab saya skip:
Sebab pertama: Konsep JJCM TV3 dah tukar
Sekarang ada tema lah pulak. Minggu ni semua murtabak. Minggu ni pulak semua burger. Minggu ini pulak semua roti canai. Betul-betul bosan kalau macam ni.
Ramai yang tengok JJCM bukan sebab nak tahu jenis makanan tu. Tapi lebih kepada tempat makan itself. Tak payahlah nak buat tema mingguan. Keep it simple sebab selama ni penonton memang follow.
Tema minggu ini: Karipap. Biar betul??!! |
Pengacara baru ni dah buat JJCM ni lebih formal dan tak sempoi macam yang lepas-lepas. Qi Razali memang pengacara JJCM yang paling sempoi dan membuatkan penonton nak cari tempat makan yang dia pergi tu. Pengacara yang baru ni macam banyak jaga hensem (pengacara lelaki) dan jaga mekap tak comot (host perempuan tebal betul mekap dia).
Tadi JJCM ada feature Burger Bakar Kaw-Kaw Wangsa Maju. Saya yang pernah pergi makan situ dan tahu betapa nikmatnya Burger Kaw-Kaw tu boleh terus tukar channel bila tengok host berdua ni makan. Rasa tak berselera langsung. Kalau nak makan pun kena berlakon, then you have a problem. Makan je, bukan berlakon drama guys.
Burger Bakar Kaw-Kaw ni sedap, pengacara JJCM TV 3 makan buat nampak tak sedap |
So, itulah luahan kecewa sikit pada perubahan rancangan Jalan Jalan Cari Makan TV 3. Rasanya nanti bila rating JJCM dah menurun, baru nak rombak semula kot.
P/s: Siapa lagi rasa JJCM dah tak best?
Sunday, March 11, 2012
Jom Sarapan @ Lada Hijau Sunway Damansara
Lada Hijau Restoran @ Sunway Damansara |
Masa pergi memang tengah lapar, so expecting mungkin ada variety dalam menu sarapan di Lada Hijau. Tapi kecewa. Sebab yang ada hanya nasi lemak biasa (kalau nak extra sikit, ada ayam goreng), kuey tiau goreng, nasi goreng, mee goreng dan bihun goreng. Semuanya di letakkan dalam tray untuk serve buffet.
Bihun campur nasi goreng untuk Kaisan dan mama |
Kuih muih, roti-roti dan apa-apa benda lain yang ada dalam menu, memang tak ada untuk sarapan. Pekerja di situ kata makanan ala carte mula ada time makan tengah hari. Patutlah masa belek menu tu dia kata minuman saja boleh order dari menu. Tak apa, nanti boleh try time makan yang lain.
Nasi lemak biasa dan kopi O sarapan pilihan |
Nasi lemak dan sambalnya sedap dan cukup rasa. |
Walaupun sedikit hampa kerana kurang variety tapi nasi lemak Lada Hijau memang sedap. Ada aroma, rasa dan di makan bersama sambal yang sedikit pedas dan juga sedap, memang terbaik.
Santai sarapan di Lada Hijau |
Rating Lada Hijau @ Sunway Damansara: 2.5 out of 5 Putu Bambu
Lada Hijau Restoran,
37, Jalan PJU 5/12, Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor
Saturday, March 10, 2012
Kafe Cheechah Authentic Malaysian Tapas @ Kota Damansara
Kafe Cheechah Authentic Malaysian Tapas |
Plaque Jalan-Jalan Cari Makan TV3 |
Simple dan elegan, sesuai dengan konsep kafe |
Cokodok pisang @ RM 4.50 |
Tauhu Bakar @ RM 4.75 |
Chee Chung Fan @ RM 6.75 |
Cantonese Char Kuey Tiaw @ RM 12.00 |
Penang Char Kuey Tiaw @ RM 10.80 |
Sampai garfu pun telan sekali sebab sedap sangat |
Three Layered Tea @ RM 6.30 & Assam Boi @ RM 4.50 |
Bandung @ RM 4.00 |
Teh Tarik @ RM 2.90 |
Kaisan pun suka Cheechah |
Window to the kitchen |
Kaisan makan cekodok depan Cheechah |
Overall, decoration simple dan memang tepat dengan konsep kafe. Makanan memang ada variety dari eastern dan western dishes. Konsep tapas atau makanan ringan memang menarik, dan sesuai dengan nama kafe ini, Cheechah.
Menu memang sedikit mahal kalau nak bandingkan dengan kedai makan biasa, tetapi kualiti makanan memang tak ada complaints. Sesuai harga dengan servis dan kualiti makanan. Cuma yang tak best tu, tak kesempatan nak try dessert macam classic aiskrim goreng dan honeydew sago.
Rating Kafe Cheechah Authentic Malaysian Tapas: 4.5 out of 5 putu bambu (Excellent!)
Kafe Cheechah Authentic Malaysian Tapas
No 2 -1 (Ground Floor), Jalan PJU 5/4,
Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor
Tel: 03-61483360
Facebook: www.facebook.com/cheechah
Subscribe to:
Posts (Atom)