Lada Hijau Restoran @ Sunway Damansara |
Masa pergi memang tengah lapar, so expecting mungkin ada variety dalam menu sarapan di Lada Hijau. Tapi kecewa. Sebab yang ada hanya nasi lemak biasa (kalau nak extra sikit, ada ayam goreng), kuey tiau goreng, nasi goreng, mee goreng dan bihun goreng. Semuanya di letakkan dalam tray untuk serve buffet.
Bihun campur nasi goreng untuk Kaisan dan mama |
Kuih muih, roti-roti dan apa-apa benda lain yang ada dalam menu, memang tak ada untuk sarapan. Pekerja di situ kata makanan ala carte mula ada time makan tengah hari. Patutlah masa belek menu tu dia kata minuman saja boleh order dari menu. Tak apa, nanti boleh try time makan yang lain.
Nasi lemak biasa dan kopi O sarapan pilihan |
Nasi lemak dan sambalnya sedap dan cukup rasa. |
Walaupun sedikit hampa kerana kurang variety tapi nasi lemak Lada Hijau memang sedap. Ada aroma, rasa dan di makan bersama sambal yang sedikit pedas dan juga sedap, memang terbaik.
Santai sarapan di Lada Hijau |
Rating Lada Hijau @ Sunway Damansara: 2.5 out of 5 Putu Bambu
Lada Hijau Restoran,
37, Jalan PJU 5/12, Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor