Irma Dewi, 23 tahun dari Jakarta, Indonesia bersama Dato' Seri Tony Fernandes |
Air Asia semalam meraikan "tetamu" ke-100 juta selepas 8 tahun beroperasi. Bermula dengan hanya 2 buah kapal terbang dan 200 pekerja, Air Asia sekarang terbang ke 22 buah negara dan 139 destinasi. Satu pencapaian yang amat cepat untuk syarikat penerbangan kos rendah ini.
Air Asia telah menghadiahkan 100 penerbangan percuma kepada seorang suri rumah dari Jakarta, Indonesia Irma Dewi, 23 tahun. Dia tidak menyangka apabila dia menempah penerbangan dari Jakara - Kuala Lumpur - Trichy (India) untuk melawat suaminya yang bekerja di sana, bahawa dia akan menjadi pemenang bertuah ini.
Irma pertama kali menaiki Air Asia 2 tahun lepas dari Jakarta - Bali. Dia mengatakan nasi lemak ialah makanan kegemarannya apabila menaiki penerbangan Air Asia.
Air Asia juga sempena meraikan pencapaian ini mengadakan promosi dari 13 - 17hb October 2010. Tetamu boleh membeli tiket penerbangan serendah RM1 ke destinasi antarabangsa & domestik di seluruh dunia. Tempoh penerbangan ialah di antara 1 April - 11 August 2011. Promosi ini eksklusif di www.airasia.com atau mobile.airasia.com.
wahh seronoknya jadi ppuan ni...mmg bertuah sngt~
ReplyDeletewah..100 penerbangan???aku naik flight pun x pernah bro...
ReplyDelete