Pages

Sunday, March 18, 2012

Tukar pengacara Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) TV 3, membosankan.

Jalan Jalan Cari Makan TV3 dah tak best?

Selalunya kalau ada di rumah, pukul 12 tengah hari Ahad mesti tengok Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) TV3. Nak tengok tempat-tempat yang menarik kalau nak makan. Boleh cuba-cuba atau take note kalau kita kebetulan ada kat kawasan tu.

Tapi sejak 2-3 minggu ni dah skip tengok JJCM. Ada dua sebab saya skip:

Sebab pertama: Konsep JJCM TV3 dah tukar

Sekarang ada tema lah pulak. Minggu ni semua murtabak. Minggu ni pulak semua burger. Minggu ini pulak semua roti canai. Betul-betul bosan kalau macam ni.

Ramai yang tengok JJCM bukan sebab nak tahu jenis makanan tu. Tapi lebih kepada tempat makan itself. Tak payahlah nak buat tema mingguan. Keep it simple sebab selama ni penonton memang follow.

Tema minggu ini: Karipap. Biar betul??!!


Pengacara baru ni dah buat JJCM ni lebih formal dan tak sempoi macam yang lepas-lepas. Qi Razali memang pengacara JJCM yang paling sempoi dan membuatkan penonton nak cari tempat makan yang dia pergi tu. Pengacara yang baru ni macam banyak jaga hensem (pengacara lelaki) dan jaga mekap tak comot (host perempuan tebal betul mekap dia).

Tadi JJCM ada feature Burger Bakar Kaw-Kaw Wangsa Maju. Saya yang pernah pergi makan situ dan tahu betapa nikmatnya Burger Kaw-Kaw tu boleh terus tukar channel bila tengok host berdua ni makan. Rasa tak berselera langsung. Kalau nak makan pun kena berlakon, then you have a problem. Makan je, bukan berlakon drama guys.

Burger Bakar Kaw-Kaw ni sedap, pengacara JJCM TV 3 makan buat nampak tak sedap
So, itulah luahan kecewa sikit pada perubahan rancangan Jalan Jalan Cari Makan TV 3. Rasanya nanti bila rating JJCM dah menurun, baru nak rombak semula kot.

P/s: Siapa lagi rasa JJCM dah tak best?

22 comments:

  1. saya tgk tadi pn sbb nak tgk burger kaw kaw tu aje. hahaha.. tu je. pastu tak tgk dahh..

    we want qi back!! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun macam tu juga. Nak tengok Burger Bakar Kaw2 tu, tapi terus turn off bila tgk host makan.

      Rasanya samai nak Qi kembali.

      Thanks for the comment!

      Delete
  2. setuju...dah bosan.dorang patut jangan kacau rancangan ni dengan memandai nak tambah ni tu ni tu...dont try to repair things that are not broken...and they have. =_=

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Exactly. Do not fix what is not broken. Maybe they thought it would be an improvement or would make the show more interesting.

      Delete
    2. tu la masalahnya...yang dah setailo,dorang tukar tukar.yang tak setailo,dorang maintain jer...>_<

      Delete
  3. tak suka jugak. nampak fake je especially yang laki tuu. haishh, tak suka! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak natural kan? Maybe first gig sebagai host rancangan. Kena tingkatkan lagi tu.

      Delete
  4. Memang x best langsung...dulu time Maria dpt berpuluh2 bintang sbb tgk dia mkn pon kita da terliur...
    time Qi plok....ada la kurang cket bintang tu..tp boleh tahan jugok sbb nmpk sedap jek dia makan...
    tapi kali ni....X SYOK !
    Negative bintang....(jahat la plok..huhuhu)
    Tema tu la punya pasal....dari terliur...jadi nk termuntah tgk makan benda yg sama dlm sehari... :(

    p/s:maaf terlampau jujur..hikhikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah maaf2. Kejujuran terbaik!

      Qi tak dapat banyak bintang mcm Mariah eh? Cara mereka berbeza kot. Pengacara baru ni mungkin lambat lagi dapat bintang, sebab masih tak ada following rasanya.

      Delete
  5. Ape lagi....jom DEMO baring atas jalan depan entrance sri pentas...mari kite tegakan keadilan...

    Aku x berkesempatan tgk jjcm musim br ni...sekadar tgk promo je....tp tgk promo je dah cukup utk buat aku rase nak campak TV nipis ni masuk tasik......

    Aku rindukan Qi yg mkn sambil berpeluh kakaka...ingatkan org gemuk je yg senang berpeluh....kurus kering mcn dia pun banjir time mkn....

    Bro...lu dah mkn burger kaw kaw?.....kecik ati siul x ajak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demo lonie buek mulo..betul ke tak aku nyanyi tu..

      Mmg tak berselera bila tgk derang makan/jadi host, aku dah malas nak tengok.

      Kalau [eluh masa makan, itu tandanya makanan tu sedap bro..takkan tak tahu..

      Mana boleh ajak kau...confirm kau borong habis burger situ..entah2 kau beli terus gerai brader tu..gurau je bro..tapi tak juga..kekeke

      Delete
  6. Lain bebeno..budak2 muda hostkan JJCM..melompat jerit pekik, apa halnye.? Ce.. tengok Farouk Warong Kita Astro..berselera kita nengok nya..kelakor dan bermaklumat...

    Yop Kuala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yop Kuala ke? Teman Yop Tepen!

      Itulah. Orang makan elok2/ beradab baru nampak sedap makanan tu. Kalau makan dah sedia sedap, tak payah nak berlakon.

      Betui dak?

      Delete
  7. JANGAN NAK BUAT-BUAT BERLAKON LAH MAKAN TUU..BELUM MASUK ANAK TEKAK LAGI..MUKA DAH DAH BUAT SEDAP..APALAA...NAK QI, SERINA ATAU KAK MARIA BALIKKK....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju semua kecuali part panggil balik Maria Tunku Sabri tu...hehehe

      Delete
    2. Ahahahaha!!!Yg tu btol...C TUNKU MARIA OVER plak. QI N SERINA Xper...

      Delete
  8. smkin ramai yg bgtau JJCM dh x best, huh...

    ReplyDelete
  9. Betul cam hover gitu...kena natural gitu...kalu dibuat2 camtuler jadinyer huru hara

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. semak tgk shiha makan cover! asal cameraman fokus kat mulut die, dan dan la kemain slow sumbat makanan dalam mulut. nampak sgt plastik! we need Qi back!!!!

    btw, nk promote, jum try LAVA GRILL BURGER! pasti anda puas hati dengan daging yang dimerinate dengan resepi rahsia. lawat blog sya utk tahu lbh lanjut :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. bosan btol bila cameraman fokus mulut dia.. dan dan lah dia cover time mkn.. hmmmmmmmmmmmm...............

      Delete

Comment here

Ads by Nuffnang