Ads by Nuffnang

Showing posts with label Cukai Taksiran. Show all posts
Showing posts with label Cukai Taksiran. Show all posts

Friday, April 4, 2014

Rebate tambahan RM 2,000 untuk Taksiran Cukai Tahun 2013 sahaja

Website LHDN: http://www.hasil.gov.my/

Lama betul saya tak update blog ni. Agak sibuk melayan si kembar Hannah & Harris tu. Dah masuk 6 bulan lega sikit. Ada sikit time untuk update blog sikit-sikit.

Semalam ada pegawai-pegawai dari LHDN datang buat penerangan tentang tax return tahun 2013 dan kita pun boleh tanya apa-apa kalau ada musykil. Salah satu yang menarik pegawai tu highlight ialah tambahan rebate RM 2,000 kepada yang income bawah RM 8,000 sebulan atau RM 96,000 setahun. Confirmlah saya boleh claim sebab tak cecah angka tu sekarang. Masa depan tak tahulah. In sya Allah.


Tarikh tutup untuk submit tax returns tahun 2013 ialah 30 April 2014, so janganlah lengah-lengahkan. Mana tahu boleh reclaim balik duit PCB tu.

Senarai rebate yang boleh claim untuk pulangan cukai taksiran: http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=1&posi=3&unit=1&sequ=1

Saturday, August 25, 2012

Dah bayar Cukai Taksiran?


Dalam kita sibuk ziarah-menziarah dan beraya sakan, mesti ada yang terlupa yang tarikh tutup untuk bayar Cukai Taksiran dah dekat. 

Tarikh tutup untuk tempoh Julai - Disember 2012 sebelum atau pada 31 Ogos. Lepas tarik ni, nanti kena denda lewat bayar. 

Lebih baik kita Pergi Cuti-Cuti Malaysia!

Sekarang ini ada banyak cara nak bayar: 

  • Tunai, 
  • kad kredit, 
  • caj kad dan 
  • cheque. 
  • Online pun ada tapi kena refer balik pada majlis perbandaran masing-masing.
Dah bayar ke Cukai Taksiran korang?