Singgah lunch di La Manila Cafe bersama family. First time dining kat sini and since wife selalu cerita di lunch kat sini (sebab dia kerja kat Gardens) kami pun pergi cuba. Location cafe ini di tingkat atas sekali sama level dengan GSC cinema dan berhadapan dengan Maxis Centre.
First impression, simple decor, lapang dan cerah. Masa kami sampai masih lagi tak ramai orang mungkin sebab baru aje masuk lunch hour.
Overall, lunch set di La Manila value for money dan memang sesuai kalau sekadar untuk hilangkan rasa lapar. Mungkin di sebabkan cafe ini dah lama bertapak di Midvalley, servisnya agak mengecewakan kerana pekerjanya sekadar cukup mengambil dan menghantar order. Tiada senyuman atau interaksi dengan pelanggan. Sehinggakan kami terpaksa meminta berulang kali untuk high chair untuk Kaisan.
Ps: Lain kali nak datang semula sebab nak cuba kek dan pastry di situ sebab tak sempat nak order masa tu.
La Manila Cafe @ Midvalley Megamall
Lot T-026, 3rd Floor,
Midvalley Megamall,
59200 Kuala Lumpur,
Kuala Lumpur.
Siling yang tinggi dan kipas membuatkan cafe ini rasa luas dan lapang |
Beraneka kek dan pastry dalam display case. Nampak sangat sedap. |
Kaisan melayan Upin & Ipin sambil menunggu makanan |
Wife order Nasi ayam dengan ayam roasted |
Ayamnya portion besar dan rasa sedap |
Saya order ....Nasi Goreng Pattaya Special..oklah. |
Lunch set datang dengan pilihan ice lemon tea atau cincau |
Selera sungguh Kaisan makan cebisan-cebisan ayam |
Mama tolong suap Kaisan bagi kenyang |
Ps: Lain kali nak datang semula sebab nak cuba kek dan pastry di situ sebab tak sempat nak order masa tu.
La Manila Cafe @ Midvalley Megamall
Lot T-026, 3rd Floor,
Midvalley Megamall,
59200 Kuala Lumpur,
Kuala Lumpur.