Jom Cheechah!!!
Haaa....makan malam ini akan di taja oleh isteri. Oh yeah! Dia beria-ia nak belanja kerana saya berjaya mendapat sesuatu yang baru. Apa benda yang baru tu? Tak perlulah saya beritahu tapi yang pentingnya, benda tu memang penting untuk masa depan kami sekeluarga. Isteri punya happy sampai nak belanja makan malam. Terbaiklah!
Lagipun, dah lama nak cuba makan di Cheechah Authentic Malaysian Tapas. Belakang rumah aje tempat ni tapi tak sempat nak cuba. Baca review dari bloggers lain tentang Cheechah memang nampak best. Terliur tengok gambar-gambar.
What do you guys recommend untuk kami cuba di Cheechah malam nanti?