Pages

Showing posts with label Food N Life. Show all posts
Showing posts with label Food N Life. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

Jom Cheechah! Authentic Malaysian Tapas


Jom Cheechah!!!

Haaa....makan malam ini akan di taja oleh isteri. Oh yeah! Dia beria-ia nak belanja kerana saya berjaya mendapat sesuatu yang baru. Apa benda yang baru tu? Tak perlulah saya beritahu tapi yang pentingnya, benda tu memang penting untuk masa depan kami sekeluarga. Isteri punya happy sampai nak belanja makan malam. Terbaiklah!

Lagipun, dah lama nak cuba makan di Cheechah Authentic Malaysian Tapas. Belakang rumah aje tempat  ni tapi tak sempat nak cuba. Baca review dari bloggers lain tentang Cheechah memang nampak best. Terliur tengok gambar-gambar.

What do you guys recommend untuk kami cuba di Cheechah malam nanti?

Sunday, February 19, 2012

Siapa pernah pergi makan di Gulam Mee Kota Damansara?


Sudah 2 tahun duduk di Kota Damansara tapi tak pernah sampai kat Gulam Mee ni. Selalu juga dengar reputasi mee goreng mamak dan nasi lemak bakul yang sedap. Plan nak bawa family pergi dinner malam ini kat situ.

Yang sudah pernah pergi tu, apa yang sedap kat Gulam Mee ni? Tolonglah rekomen, nanti boleh cuba.

Sunday, January 22, 2012

Sarapan langgar pantang

Nasi kerabu bungkus lauk ayam goreng
Tak tahu kenapa tiba-tiba pagi ni nak sarapan nasi kerabu tapi takdelah nak pergi cari. Dah terfikir nak makan nasi kerabu ni sejak dengar cerita kawan sekolah lama tentang kedai dia jual makanan Kelantan, Restoran Molek Shah Alam. 

Mula-mula pergi beli groceries sorang-sorang kat Tesco Mutiara Damansara. Dah selesai terus pergi cari sarapan untuk family dan teringat ada gerai jual nasi lemak kat sebelah bank RHB kat Sunway Damansara tu. Tanya akak tu jual apa, dia kata ada nasi lemak dan....nasi kerabu!! Cantik sangatlah tu. Order nasi lemak biasa untuk isteri dan nasi kerabu dengan ayam goreng untuk perut saya. Senyum.

Pastu jalan depan sikit, ada pulak akak ni goreng cempedak. Terus stop, amik bau sepam dan mintak akak tu bungkus cempedak goreng dua ringgit. Lebar lagi senyum saya. 

Terliur tengok cempedak goreng
P/s: Senyuman saya makin lebar selepas selesai sarapan langgar pantang.

Saturday, January 21, 2012

Vivo American Pizza & Panini @ The Curve, Mutiara Damansara

Vivo @ Curve, Mutiara Damansara
Mama & Kaisan tengah study menu macam nak exam...
Sambil dua beranak tu study menu, snap picture inside of Vivo
Kalau nak duduk luar pun boleh....
Saya order Panini Meatballs (Parmesan Oregano bread) with fries...
Here you go, crinkle cut french fries
Sprite float. Mushroom soup came with the Baked Seafood Pasta 
Cheesy Baked Seafood Pasta
Baked Rice with Chicken Strips
Smoked Chicken BBQ Pizza
Pizza very light, vibrant and tasty. Thumbs up!
Kaisan minum air masak sahaja. No sugary water for a hyper-active toddler
Next time nak try desserts...
Menu di Vivo agak extensive dari starters, salads, paninis, pasta, baked dishes, juices, hot & cold drinks dan desserts. Portion pun agak besar, so kalau nak sharing memang di galakkan kalau datang in a group.

Free WIFI juga ada dan password siap di beri masa dia bagi resit selepas order di ambil. Tak perlu nak pergi tanya-tanya. Convenient untuk orang yang shy-shy macam saya.


Overall, memang puas hati sebab service yang memang pantas, polite dan environment yang santai. Walaupun harga memang sedikit mahal lebih dari biasa tapi berbaloi bila di kira kualiti makanan dan ambiance dalam Vivo. 


Vivo American Pizza & Panini
Level 1, Western Courtyard, The Curve @ Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya,
Selangor.


Outlet lain:
Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
Jusco Tebrau City
Sutera Mall
Plaza Pelangi
City Square


*HALAL*


Website:
www.vivopizza.com/

Tuesday, January 17, 2012

Mengunyah macam kambing untuk kurangkan berat badan.

Yup. Memang betul. Ini salah satu trick yang saya belajar bila tengok rancangan "The Biggest Loser". Nak tahu apa trick tu? "Mengunyah macam kambing boleh menguruskan berat badan dan menjadi langsing", kata Jillian. Emm..Jillian Michaels (trainer Biggest Loser) takdelah cakap ayat sebijik macam tu. Pandai pulak dia cakap Melayu. 

Extra Sugar-free chewing gum pilihan saya
Nasihat & trick Jillian Michaels bila kita rasa nak makan lagi padahal baru saja bedal nasi kandar dengan sotong sumbat dengan kuah campur semua jenis masa lunch break ialah untuk mengunyah Wigleys Extra Sugar-Free Chewing Gum. Make sure chewing gum tu sugar free untuk mengurangkan calories yang kita ambil. Antara kelebihan mengunyah chewing gum:

  • mengunyah gum sebelum makan boleh elakkan makan berlebihan.
  • mengelakkan kita dari snackings macam keropok lekor, cucur udang, cekodok dan macam tu lah.
  • mengurangkan cravings untuk makanan bergula.
  • menguatkan otot rahang dan bagus untuk senaman muka.
  • sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan atau mengekalkan berat badan.
  • menjaga kebersihan gigi dan bau mulut.


Banyak benefits mengunyah gum tapi make sure gum tu sugar-free baru menjadi. Kalau nak juga kunyah Bubble Yum, sendiri cari pasal.

Siapa lagi ada tips untuk kurangkan nafsu makan?

P/s: Isteri kata cam kambing je mengunyah chewing gum ini selalu. Biarlah. Nanti boleh jadi kambing yang kurus. 


Tuesday, January 10, 2012

Beli 1 Kenny Rogers Quarter Meal & dapat lagi 1 Quarter Meal Free


Only on 11th Jan which is TOMORROW, Kenny Rogers Roasters is having a healthy eating day. What is on offer?

1 FREE KENNY'S QUARTER MEAL!!!



What you need to do is:
  • Wear a piece of clothing/footwear/accessories that are RED
  • Order a Kenny's Quarter Meal.
  • Be there before the goodness runs out. Be quick!
Other conditions of this healthy eating offer:
  • Starts at 10 a.m.
  • While stocks lasts.
  • Inclusive of Government Tax and applicable service taxes.

Wednesday, December 28, 2011

Macaroons dari Ovencomel.blogspot.com


Semalam ikut wife pergi mengambil macaroons dari Kak Lyein of Oven Comel Kota Damansara. Ada deal menarik on macaroons dekat milkadeal.com bulan lepas so, wife pun belilah dua kotak untuk sendiri makan dan hadiahkan pada kawan dan family.

Vibrant betul macaroons ini dan nampak sedap. Rasanya pun sedap juga kot sebab setengah kotak dah habis di makan wife dan Kaisan. Wife tak bagi ambil gambar sebab sedap sangat macaroons sampai muka penuh stim melayan makan.

Vibrant and tasty looking 
Satu macaroon dah terlepas
Kalau ada yang minat untuk order pastry, cakes dan desserts dari OvenComel, boleh visit blognya OvenComel.blogspot.com. Boleh order untuk birthdays, majlis-majlis keraian, kahwin, tunang dan macam-macam lagi mengikut kesesuaian.

OvenComel.blogspot.com by Lyein Mansor

Tuesday, December 27, 2011

Azhani's Tiramisu

Ingat lagi entri saya "Dugaan dari Isteri"? Saya ada mention yang wife akan mencuba pula resipi Tiramisu selepas ini dan siapa lagi yang akan jadi tukang rasa dia? Saya lah!

Ekstra coco powder di atas cream cheese, coklat cip and biscotti
A scoop of Neopolitan ice cream would make it perfect. Alas.
Tiramisu wife memang sedap walaupun pertama kali buat. Kalau practice selalu mesti lebih mantap. Kalau ada coklat atau Neopolitan aiskrim on top, perrgghh.....

P/s: What is next?

Tuesday, December 20, 2011

Dugaan dari si isteri

Macam mana lah nak turunkan berat badan bila saya jadi tukang merasa recipe isteri? Tadi isteri Bo cuti sebab nak habiskan cuti tahunan dan bila dia cuti mesti nak try recipe baru. Recipe untuk hari ini...baked macaroni.

Bayangkanlah apa yang ada dalam baked makaroni tu. Ada makaroni, cheese mozarella, tomato sauce dan minyak dan garam. Memang hancurlah plan mengurangkan berat badan. Kena kayuh lebih pagi esok. 

Baked macaroni ala Azhani
Kaisan layan makaroni


Verdict recipe: Memang terbaik. First class!

Success with Baked Macaroni. Next recipe..Tiramisu. 

Thursday, October 13, 2011

That black stuff....an addiction.

McDonald's Premium Roast Coffee

Lately, I have been addicted to McDonald's Premium Roast Coffee. It comes to a point where I crave for it during those difficult nights. The thing that makes it more addictive is that you get free refills as the same as the soft drinks. The difference between these two is that you can control the sugar level in the coffee. Just don't go overboard with the sugar. Take home the rest if you think you took too much "accidentally".

Do you guy's know where to get the coffee that makes this brew? Please let me know.

Tuesday, October 11, 2011

Pizza Hut Chunky Loaded mengecewakan


Sudah lama isteri & saya nak cuba Pizza Hut Chunky Loaded. Lagi-lagi si isteri yang memang suka pizza. Nampak dari gambar promo Pizza Hut atas tu macam memang yummylicious.

Kami pun cubalah Chunky Loaded ni di Pizza Hut Midvalley masa lunch time minggu lepas. Plan nak order a la carte tapi bila di congak-congak semula, baik go for the Chunky Loaded Meal Set. Chunky Loaded set ada regular Chunky Loaded pizza, dua mangkuk soup, satu pinggan bread dan dua cawan pepsi. Semua sekali RM 35 (tambah tolak).

Kami di suruh tunggu 15 minit dan sambil tu boleh layan soup and bread yang ada. Jeng, jeng, jeng...datang lah pizza Chunky Loaded yang di tunggu....

Pizza Hut Chunky Loaded
Alahai, thin crust rupanya. Aku memang lebih suka thick crust sebab rasa lebih puas. Tapi isteri pula lebih suka thin crust sebab senang nak makan katanya. First impression, looks apettizing, interesting and pretty. But, its thin crust! Why??!! Ingatkan 10 layers tu macam Big Mac tebalnya. Kecewa.

kecewa kecewa pun habis juga..hehehe..

Tuesday, July 19, 2011

Ada Apa Dengan Big Apple,J Co & Krispy Kreme. Kuih Gelang Lagi Sedap!

Gambar ihsan dari FB Soraya
Terjumpa FB entry kawan sekolah tentang kitchen experiment terbarunya di dapur, kuih gelang. Bila tengok kuih gelang ini teringat masa aku membesar di kampung aku dulu di Taiping. Arwah tok dulu rajin buat kuih gelang buat makan petang. Bancuh satu teko teh "O" sambil borak-borak dengan arwah tok dulu, memang bahagia.

Arwah tok sudah hampir 5  tahun menyahut panggilan Allah untuk kembali kepada-Nya. Tapi semua happy memories membesar di rumah tok serta nasihat tok sentiasa bersama aku. Al-Fatihah pada arwah tok dan aku sentiasa mendoakan arwah di letakkan hamba-hambaNya yang beriman.

Al-Fatihah.


Recipe untuk kuih gelang:
 7 biji ubi keledek
500 gm tepung gandum
1 cawan gula halus
Garam 
Air
Minyak


Panduan membuat:


1.Rebus ubi hingga empuk, lenyek-lenyekkan dan biarkan sejuk sebentar. 


2.Tambahkan sedikit garam dan tepung dan uli sehingga tidak melekat pada tangan. Jika masih lembik, tambahkan tepung.


3. Ambil sedikit dari adunan dan bentukkan seperti gelang. Jangan terlalu tebal sebab takut tidak masak di dalam. Buat lagi sehingga habis adunan.


4. Panaskan minyak dahulu dan masukkan gelang-gelang tadi. Apabila sudah cukup masak, angkat dan biarkan sejuk sekejap.


5. Taburkan gula halus dan sudah siap untuk makan.

Wednesday, July 13, 2011

Home Made Pizza ala Bo, Terpengaruh dgn Masterchef Australia

Latest kitchen experiment, Home Made Pizza ala Bo.

Pizza crust yang memang susah nak di uli.
Pizza crust aku buat by hand. Payah juga nak uli supaya licin dan nipis. Ingredient utama; tepung gandum, air suam, yeast dan sedikit minyak zaitun.

Pizza toppings
Pizza toppings yang simple: Tomato sos, Mozarella cheese, Lada benggala (bell pepper), sosej di hiris-hiris dan cendawan butang yang di hiris.

Terlupa nak ambil gambar selepas meletakkan toppings sebab dah terlalu excited nak masukkan dalam oven. Tabur atau susun aje sesuka hati. Takde siapa nak marah. Oven perlu di "pre-heat" dahulu sebelum memasukkan pizza. Apabila sudah masukkan pizza, temperature perlulah antara 180 - 200 darjah selama 30 minit. Makin nipis crust, makin kejap timer tu.

Pizza yang baru di keluarkan dari oven. Panas!
Pandangan atas
Pandangan sisi pizza yang sedikit hangus cheesenya.
Begitulah terciptanya Home Made Pizza ala Bo. Rasanya memang sedap (kalau tak sedap pun kata sedap juga, tapi memang sedap). Lain kali boleh try toppings lain dan juga teknik lain.

Saturday, June 25, 2011

Sweet Saturday

Recipe for fun or disaster?

Apakah yang akan jadi bila satu botol besar A&W Root Beer, satu tab vanilla ice cream dan satu botol Hershey's chocolate syrup? Maharaja Lawak, Nora Elena, aaron aziz, transformers, manchester united, nur fathia, tonton, seks

A&W Root Beer Float Double Scoop Vanilla with Chocolate Syrup Home Made Style

Haaa...inilah dia A&W Root Beer float double scoop vanilla dengan chocolate syrup homemade style. Nampak tak syrup coklat yang meleleh tu? Fuuhh..
seks milf, duit cepat, utusan online, video seks anwar ibrahim

Friday, June 24, 2011

Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce ada DNA babi


Kalau makan di Pizza Hut mesti letak Tabasco Sauce. Alamak!
KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

Kesukaan orang yang suka BBQ

"Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.


"Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.

Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 
April lalu. Pizza hut, grilled chicken burger, mcdonalds, ayam penyet, datuk T.


Berita dari Utusan Malaysia Online.

Thursday, June 23, 2011

Spaghetti Mushroom Carbonara ala Bo

Spaghetti Carbonara ala Bo
Di rumah, aku memang rajin memasak. Walaupun kekadang rasa letih lepas sehari suntuk kerja, balik mesti rasa nak memasak. Pada aku, memasak ni macam therapy untuk aku. Bila wife dan anak makan berselera, hati pun rasa puas dan gembira. Perut pun kenyang.

Kali ini aku nak try buat "Spaghetti Mushroom Carbonara ala Bo". Mesti ramai yang kata "Spaghetti carbonara bukannya susah pun. Aku pun boleh buat." Carbonara ni ada unsur cheese, so kalau buat terlalu pekat akan buat orang rasa muak dan kalau terlalu ceroi, nanti macam minum sup pulak. 

Mula-mula aku sediakan potongan button mushrooms atau cendawan butang yang di potong dua. Aku beli yang memang dari tin. Senang sikit. Kemudian, aku potong tiga biji sosej secara nipis dan halus. Aku gaulkan kedua-dua bahan ini dan letak sikit minyak zaitun @ virgin olive oil, garam dan lada hitam.

Button mushroom dan potongan sosej
Campuran sosej dan cendawan tadi di goreng di dalam minyak zaitun untuk mendapatkan keranggupan. Gunakan api yang kecil sebab tak nak cendawan jadi hangus. Gaulkan sekali-sekala untuk mendapatkan kepanasan yang sekata.

Campuran tadi di goreng sehingga ranggup.
Untuk sos carbonara, aku menggunakan Campbells Prego Carbonara Mushroom. Satu tin sudah cukup dan jangan lupa letak air sebanyak setengah tin apabila memanaskan sos. Menggunakan tin juga bagus untuk mendapatkan sisa-sisa sos dari dalam tin. Tuangkan sos tadi dan juga air kedalam campuran cendawan dan sosej tadi. Gaulkan sehingga sekata.


Dalam waktu yang sama, rebuskan spaghetti di dalam periuk besar sehingga lembut. Aku menggunakan spaghetti biasa tetapi ada juga yang menggunakan fettuccine, rigatoni atau bucatini. Aku ada mencampurkan sikit garam dan minyak zaitun untuk menambahkan rasa.


Spaghetti yang di rebus mestilah direbus hingga lembut.

Selepas sos carbonara sudah cukup panas dan masak dan spaghetti sudah lembut, campurkan kedua-duanya sekali dalam pinggan untuk di hidang. Taburkan sikit chili flakes atau parmesan cheese jika perlu. Spaghetti Mushroom Carbonara ala Bo sudah siap untuk di makan.


Cubalah kalau nak recipe Spaghetti Mushroom Carbonara ala Bo ini, sedap atau tak sedap itu bergantung kepada tukang masaknya. So far, isteri Bo dan Kaisan memang suka kalau Bo masak carbonara. Alhamdulillah.

Boleh taburkan parmesan cheese sikit kalau mahu
Spaghetti Mushroom Carbonara ala Bo siap di hidang

Ads by Nuffnang