Pages

Showing posts with label juara eropah. Show all posts
Showing posts with label juara eropah. Show all posts

Sunday, May 26, 2013

Bayern Munich Juara Eropah UCL 2012-2013

Pemain-pemain Bayern mengangkat Piala Eropah

Bayern Munich menjadi juara Piala Eropah untuk musim 2012-2013 selepas mengalahkan seteru sengit dalam Bundesliga, Borussia Dormund, 2 - 1 di Stadium Wembley, London. Kemenangan di pastikan oleh Arjen Robben selepas kedudukan seri 1 -1 sehingga minit ke 88.

Jaringan di mulakan oleh Bayern Munich pada minit ke-60 melalui Mario Mandzukic selepas gerakan yang dimulakan Robben dan Ribery. 
Bayern 1 - Dortmund 0.

Mandzukic meletakkan Bayern di hadapan pada minit ke-60

Tapi 8 minit kemudian  Dortmund berjaya menyamakan kedudukan melalui penalty dari Ilkay Gundogan selepas Dante mengasari Marco Reus. Dante bernasib baik tidak di buang padang untuk kad kuning kedua.

Gundogan menjaringkan penalty penyamaan untuk Dortmund
Perlawanan berlangsung dari satu hujung ke satu hujung dengan masing-masing mencari kemenangan. Aksi terbaik dari Bundesliga di "showcase" pada malam tadi. Permainan yang menarik dan aksi serang menyerang untuk mendapatkan title Juara Eropah.

Pada minit ke-88, Arjen Robben muncul di tengah-tengah kotak penalty selepas berjaya melepaskan diri dari offsife trap pertahanan Dortmund dan mengalahkan Weidenfeller dengan tendangan yang lemah tetapi bijak untuk membawa kembali piala telinga besar ke Allianz Arena dan menjadikan Bayern Munich Juara Eropah yang baru.

Arjen Robben memastikan Bayern Munich menjadi Juara Eropah


Ads by Nuffnang