Ads by Nuffnang

Showing posts with label tatu Allah. Show all posts
Showing posts with label tatu Allah. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

Peminat Erykah Badu di tangkap kerana tweet untuk bakar rumah menteri

Bila baca berita ini kelakar pun ada. Punyalah taksub dengan seseorang artis sehinggakan sanggup menyusahkan diri sendiri sehingga di tangkap oleh polis.

Seorang peminat penyanyi Erykah Badu yang di batalkan konsertnya minggu lalu kerana isu tatu kalimah Allah di badan telah di tangkap semalam jam 5 petang di Puchong kerana  menyiarkan satu tweet yang berunsur ugutan terhadap Menteri Informasi, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim. Ini kerana rasa tidak berpuas hati dengan keputusan Datuk Seri Rais yang memutuskan konsert Erykah Badu di batalkan.

Tweet yang berbunyi "Bakar rumah Rais Yatim, jom?" telah menyebabkan pembantu kepada Datuk Seri Rais untuk membuat satu laporan polis. Jika di dapati bersalah, peminat itu boleh di kenakan 7 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali. Kan dah menyusahkan diri dan keluarga.

Dalam dunia serba canggih ini, kena lah berhati-hati sikit dengan apa yang hendak di siarkan melalui Twitter, Facebook, Myspace dan apa-apa. Salah cakap sekarang, menyesal kemudian.