Pages

Showing posts with label Lin Dan. Show all posts
Showing posts with label Lin Dan. Show all posts

Friday, August 3, 2012

Datuk Lee Chong Wei mara ke final badminton Olimpik 2012


Datuk Lee Chong mengalahkan pemain China, Chen Long dalam separuh akhir badminton Olimpik London 2012 dengan straight set 21-13 dan 21-14.

DLCW bakal bertemu di antara Lee Hyun Il atau Lin Dan, kemungkinan besar akan bertemu Lin Dan pada final badminton Olympic London 2012.

Bakal bertemu Lin Dan di final nanti?

Monday, March 12, 2012

Datuk Lee Chong Wei tarik diri, tidak berjaya pertahan takhta All England

Chong Wei di periksa oleh doktor kejohanan semasa game kedua
Datuk Lee Chong Wei gagal mengikut jejak langkah lagenda badminton negara Wong Peng Soon dalam memenangi 3 gelaran All England berturut-turut. DLCW terpaksa menarik diri pada game kedua semasa ketinggalan 6-2 kepada Lin Dan kerana kecederaan bahu. Game pertama di menangi Lin Dan 21-19.

Kecederaan DLCQ di ketahui sebelum perlawanan bermula tetapi untuk tidak menghampakan peminat-peminat, dia turun juga untuk mempertahankan kejuaraannya. Namun, dari awal lagi boleh di lihat Chong Wei tidak dapat menahan asakan pemain China itu. Pukulan smash dan hayunan penuh tidak boleh di lakukan dan banyak pukulan banyak sampai mid-court sahaja.

Datuk Lee Chong Wei menerima medical time out sebanyak dua kali dan akhirnya selepas berbincang dengan doktor kejohanan dan jurulatih, beliau menarik diri.

Datuk Lee Chong Wei juga telah menarik diri dari kejohanan Terbuka Switzerland yang akan bermula Rabu ini. Beliau ingin mengelakkan kecederaan ini menjadi semakin teruk sebelum Olimpik di London nanti.

Sunday, March 11, 2012

Jadual Perlawanan Akhir All England 2012



Siaran langsung perlawanan-perlawanan akhir All England 2012 bermula dari 8 malam hingga 12.30 pagi di RTM 1 dan Channel Astro Arena 801. 

Kalau ikut jadual, Datuk Lee Chong Wei mungkin lawan Lin Dan dalam pukul 11.30 malam. Tapi kalau tak nak terlepas, tengok aje dari awal.




Mungkinkah Datuk Lee Chong Wei berjaya menjadi juara 3 kali berturut All England atau Lin Dan akan membalas dendam kekalahan straight set pada DLCW pada perlawanan akhir tahun lepas?

Go Chong Wei Go! 
Malaysia Boleh!

Datuk Lee Chong Wei melangkah ke final All-England


Datuk Lee Chong Wei, juara bertahan dua kali bagi All-England berjaya melangkah ke final All England pada tahun ini dan berpeluang mencatat hattrik kemenangan All England jika menjuarainya. Pada separuh akhir DLCW mengalahkan Lee Hyun Il dari Korea Selatan 21-19, 21-18.

DLCW akan bertemu dengan pemenang di antara Lin Dan atau Kenichi Tago pada perlawanan separuh akhir kedua. Lin Dan menjadi pilihan untuk bertemu pada DLCQ pada perlawanan akhir nanti dan menjadikan ulangan perlawanan akhir tahun lalu apabila pemain China itu tewas 17-21, 17-21.

Pasangan bergu campuran negara Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon juga mungkin berada di final juka dapat memenangi perlawanan separuh akhir mereka menentang pasangan dari Indonesia Tuntowi Ahmad dan Liliyana Natsir.


Update:


Lin Dan (China) kalahkan Kenichi Tago (Jepun)
21-18, 21-17


Goh Liu Ying/Chan Peng Soon (Malaysia) kalah kepada Tuntowi Ahmad/Liliyana Natsir (Indonesia)
25-27, 21-17

Ads by Nuffnang